Wednesday, June 09, 2010

Dentuman Rasa: Wajah

Sudah lama aku tidak masuk ke laman sosial itu. Masa yang seberapa minit ini, aku gunakan sebaik mungkin. Tiada capaian internet di rumah, jadi mengharapkan kampus sahaja tempat untuk aku luangkan masa sebentar di laman maya.

Aku sempat mengerling, ‘Eh, ada kiriman di kantung pesanan.’ Desis hatiku sendiri.

“Salam, Maaf mengganggu. Wajah anda mengingatkan saya pada seseorang.”

Aku hampir tergelak saat menerima pesanan pendek itu, lantas aku buka profilnya. Aku amati gambar lelaki yang berada di sebelah gadis itu, langsung tidak ada yang serupa. Entah di mana kesamaannya, sungguh aku tidak mengerti. Aku balas pesanan itu dengan nada jenaka.

“Salam, Ahaks. Dah ramai cakap muka saya sama dengan ramai orang. Hahaha. Terima kasih. Tetapi Cik kan ada dia, tak perlulah Cik nak samakan dia dengan saya. Saya lain, dia lain. Kalau teringat dia, Cik pergilah jumpa dia.”

Aku tertawa sendiri, bagaimana mungkin wajah ini bisa persis dengan lelaki dalam gambar itu. Aku menggelengkan kepala. Ada juga menggunakan cara ini untuk mengurat di lama sosial. Tidak sampai dua minit, aku menerima kembali balasan pesanannya.

“Salam, Saya bukan Cik. Tapi puan, dan dia telah pergi buat selama-lamanya. Terima kasih.”

Saat ini, sungguh terasa berdosa mentertawakannya. Sungguh, aku tidak tahu. Aku terdiam. Bagaimana mungkin dia melihat kenangan indahnya menerpa kembali saat melihatkan diri aku. Melihatkan umur di profil tadi, umurnya baru saja menginjak ke angka 24 tahun.

“Salam Puan. Maaf kerana tidak mengenali dan tidak mengerti. Al-Fatihah saya sedekahkan buat dirinya. Dan tataplah wajah ini, saya tidak pernah menghalang. Kerana ini adalah pinjaman Allah untuk saya, kamu, dan seisi alam sekeliannya.”

Selepas itu, aku tidak menerima balasan emailnya. Terasa sesak nafas saat diri disamakan orang yang sama sekali sudah tidak wujud dalam dunia ini, dirinya sudah abadi.

Kadang-kadang aku terfikir sendirian, rasanya sudah lebih dari tujuh manusia disamakan dengan aku. Aku geleng kepala. Sukar benar tanggungjawab yang terpempan dibahu berwajah sebegini.

‘Kalaulah aku bisa merubah setiap apa yang ada pada diri aku mengikut kehendak hati. Alangkah mudahnya hidup.’ Aku berbisik dengan diriku sendiri

Aku pantas menutup laman sosial itu, kemudian mendengus perlahan sebelum bingkas bangun dan meninggalkan komputer yang ku gunakan di makmal.

‘Ada hikmah di sebalik setiap kurniaan. Dengan kurniaan ini mungkin bisa buat dia bahagia seketika. Itu kan satu ibadah juga.’ Aku pantas mengukir senyuman, masih ada hikmah setiap kurniaanku terhadap kedukaan orang lain.

‘Dengan wajah yang sama inilah membuat orang benci pada aku. Tak kurang yang cemburu.’ Hati aku terpempan dek rasa kurang senang orang pada diri ini. Pantas terdengar lagu Namun Ku Punya Hati berputar-putardi ruang minda.

14 comments:

Suziey Ahmad said...

erkkk aku pn tereksima jap baca..mudanya dia ..dh jadi J..hmmm..

byk muka org sama ngn ko..hmmm..okla ko dh dpt kembar xrasmi

oli said...

ini novel ke?
ataupun betul terjadi pada u?

saya pun 'muka public'...orang yang 1st time jumpa tu akan cakap 'u macam muka kawan i'...'i macam pernah jumpa u kat mana?'
sampai pakcik dan makcik i kutuk i nampak i kat kampung tapi tak pi kenduri kahwin anak mereka...
celaka nak mampus difitnah buta-buta!!!

hrap u faham apa yang i tulis!! hehehehe

hans said...

ramai orang kata muka aku macam orang nih la orang tu la
aku xpenah plak jumpa

El-Zaffril said...

Suziey: Aku serius terkejut masa baca msg tu...

El-Zaffril said...

Oli: Betul-betul... ini kisah betul...

El-Zaffril said...

Hans: Aku ade la jumpa... hehehhehe

El-Zaffril said...

Kak Ty: Sorry... terdelete komen... tak sengaja...

hans said...

ada yang kata kalau jumpa 7 orang muka macam kita
pastu mati
hahaha

akira sendoh said...

huu..siannya dia..el..ni in real life ker?? @ dlm jln cerita??

m.a.p.i.e [ Ku sEnDiRiAn] said...

xpe lh....
yg pasti dh taubat kan.
tapi betol ke...nape x tya lebih lanjut je...mcm plik lk...

El-Zaffril said...

Hans: Aku rasa macam dah lebih 7 weh

El-Zaffril said...

Akira: Dentuman rasa is always what was happen to me... hehehehe

El-Zaffril said...

Mapie: Maybe dia tanak aku bersangka buruk pada dia kot

Mommyyus said...

aku rase dia nak kaver line lah, lainlah kalau dia pernah face to face nak cakap mcm tu, tgk perangai ko live..kalau betul..berdosanye aku..ampun di pinta ya