Friday, December 22, 2006

Jumpa kawan lama... Hidup memang macam ni

Minggu lepas 14 December 2006. El ponteng kerja. Penat, tak sihat, tertekan semua ada. PAgi tu El ambil keputusan untuk berehat dirumah. Makan ubat semua tu la. Lepas sembahyang subuh El sambung tidur.

Petang El rasa dah ok sikit. Terus El ke KLCC. Hajat dihati nak mendaftarkan nombor maxis El. Nanti kene block. Alhamdulillah, Selesai tugasan pertama.

El ambil keputusan untuk window shopping di KLCC. Dalam keadaan penat dan tak sihat tu. El gagahkan juga. Dalam sibuk berjalan tu tiba dada ini tertusuk sesuatu.

Aduh sakitnye. Siapa la yang cucuk aku. Heri? Argh.. Lama banget tak jumpa mamat ni. Dah keje di TTDI katanya. Tak la lama sangat berborak. Jumpa sekejap saja. Lepas tu blah.

Heri ni Junior El masa blaja di MMU dulu. Rapat dengan dia sebab kami satu geng dalam club. I'm having fun masa tu. Hahaha

Semalam 21 December 2006. El pegi interview. Dalam nak naik LRT ni. Tiba-tiba nampak seorang minah pendek. Ahaks, Ziah. Lama banget tak jumpa dia. Lpeas abes form 3 takde sape pun yang aku kontek. Dia keje di celcom sekarang. bakal jadi job hunter macam el. Hahaha, Bukan senang nak dapat kerja.

Bercerita pasal interview semalam. El buat interview tu sempoi je. Memang tak nak post tu. Saja cari pengalaman. Lagipun seronok pergi interview ni. Petang dia terus Call beritahu yang El success. Dia panggil utnuk second interview. Gelakkan saja. El tanak la kerja tu. Kalau boleh EL mahu jadi Engineer. Tapi El akan pergi juga untuk 2nd interview. Just cari Pengalaman and have fun only. hehehe

Hidup memang macam ni. Kita berjumpa, berpisah. Setiap pertemuan akan ada perpisahan. Walaupun ia pahit untuk di telan. Kita harus menerimanya. Dan selalunya apa yang kita nak susah nak dapat. Tapi ape yang kita tak mahu, itulah yang kita dapat. Jarang sekali ape yang kita mahukan kite akan dapat. Cuma ape yang mampu kite lakukan adalah berdoa diberi yang terbaik.

Regards
El-Zaffril

Mencari Erti Kesempurnaan

Hidup ini sememangnya begini. Manusia tak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Walaupun apa yang cuba dikejar adalah untuk sementara.

El, Apa yang El kejar dalam hidup ini? Apa yang El pasti El mencari kesempurnaan dalam hidup. Mungkin tak terlalu lewat untuk mencari kesempurnaan.

El masih lagi muda. Mengejar masa di dunia ni. terasa semakin cepat masa berjalan. Masa yang diberikan semakin pendek. El perlu Selesaikan semua tugasan yang diberi sebagai seorang manusia yang menumpang.

Thursday, December 14, 2006

Mungkinkah terlewat

4 hari yang lepas, El sms adik angkat El. Lama tak dengar cite pasal dia. So El pun sms la. Dalam khusyuk sms tu tiba dia balas “Arwah Ayah”. El tersentak. Terlalu leka mengejar dunia sampai El sendiri lupa yang El punyai tanggungjawab. El terdiam sejenak. Terlalu banyak kesilapan yang El dah buat. Diri terasa lemah. Tiba-tiba El rebah. Ya Allah, Kau maha penyayang.

Dia pergi pada 31 Julai 2006. Sakit jantung. Demi Allah, El tak mengetahuinya dan tiada siapa pun yang menyampaikan apa-apa berita pada El. Nak mohon maaf pun tak guna. Orang yang pergi tak akan kembali. Dan El Cuma tahu mengenainya 11 Disember 2006. Dah 5 bulan arwah pergi.


Rasa terkilan, pilu, sedih semua ada. Tapi inilah kehidupan. Setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan.


El berdoa agar Arwah Ayah sentiasa dilimpahi rahmat. Insyaallah, selagi masih ade kudrat, akan El hadiahkan ape yang termampu. Itu saja yang mampu El lakukan.


Kalau la nyawa tu boleh di beli dengan wang ringgit, akan El usahakan demi kebahagiaan mereka. Andai nyawa itu boleh di ganti, akan El taruhkan nyawa El sebagai galang ganti. Dari melihat orang-orang disekeliling El bersedih, baik El yang bersedih.


Semakin hari El merasakan hidup El semakin sunyi. El pernah kehilangan makcik yang paling El sayang tahun 1997. Masa tu masih mentah nak memikirkan tentang kehilangan. Kawan baik El di ambil tahun 2000. 2005 bulan Disember, satu-satunya nenek yang El ada menemui ilahi. Januari 2006, Ayah angkat El di Kuala Kangsar meninggal. Sekarang, huh. Satu persatu di ambil.


Kadang-kadang mereka hadir dalam mimpi El, diam tanpa berkata apa. Seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. El tahu dan faham. Mereka perlukan El. Jadi El pun berikan ape yang mereka mahu. Mungkin kalian tak percaya, tapi itulah hakikat.