Monday, October 12, 2015

Jepun Osaka Chapter 8: Namba

Kalau datang ke Osaka, singgah la ke Namba. Specific place Namba Walk. Kalau kat Malaysia tempat dia macam Jalan TAR, Chow Kit dan Petaling street. Tapi tempat dia superb panjang dan bersimpang siur. Setakat ni yang aku jumpa la. Kalau datang ke sini, spend la sehari.

Barang dia bukan calang-calang ya. Semua original ya. Bukan ciplak. Kalau barang sports, Nike paling ekslusif kat sini. Masuk dalam kedai Nike, dah macam masuk LV ye. Kau bayangkan kalau masuk LV.

Berhampiran jalan utama, kedai barangan branded luar negara di jual. Konsep dia macam yang korang tengok dalam movie Confession of a Shophalic. Lebih kurang macam tu la. Tapi memang seronok jalan kat sini. Penuh pusing keliling. Manusia yang entah datang dari mana.

Tapi memang puas hati berjalan kat area Namba ni. Ada juga kedai barang 2nd hand kat sini. Handbag berjenama second hand pun banyak. Original ya. Jangan memain. Semua original. Kat sini, budak sekolah sanggup kerja part time semata-mata nak pakai barang branded. Nak suruh parent beli. Jangan harap le.
Masa ni dah penat gile dah. Tak larat nak jalan.

Sunday, October 11, 2015

Jepun Osaka Chapter 7: Umeda

Kalau korang jenis suka lepak shopping mall and lepak dalam bangunan, layan mata tengok manusia berjalan-jalan. Korang datang la ke Umeda. Ada Grand Hall Osaka, boleh la lepaskan rindu pegi MidValley. Feeling sikit MidValley sikit.
Yodobashi (Source google)
Kalau datang ke sini, jangan lupa singgah bangunan sebelah Grand Hall Osaka. Kalau berminat dengan gadget dan barang electronics, kat sini melambak-lambak. Bezanya dengan Malaysia, kat sini latest model. Itu je bezanya. Singgahlah ya. Harga kat sini tak boleh bargain. Tu je la. Tadah je la kredit kad kau ya. Tak pun bawak la cash bebanyak. Supaya tak makan hati. Recommended untuk mereka yang mencari gadget. Spend la sehari kat sini ya.

Nota Kaki: Busy nak exam, update la mana termampu

Saturday, October 10, 2015

Jepun Osaka Chapter 6: Osaka Castle

Mula mula layan dulu gambar ni

Memandangkan hari Ahad tiada kelas, cari geng jalan pergi ke Osaka Castle. Macam biasa, guna weekend daypass. Super jimat punya pasal. Sebab lepas tu nak pergi merewang tempat lain. Biasalah, kalau tak merewang memang tak sah kan.
Sekitar jalan menuju ke Osaka Castle.
Yer, besar. Serius besar. Tapi aku tak masuklah. Almaklumlah, student. Hatta JPY100 pun berkira ya. Haha, bukanlah berkira sangat sebenarnya. Sebab dari luar pun dah cun. Malas nak masuk walaupun pergi ke sini seumur hidup entah-entah yang ni sekali je.
View Sekeliling dari Pinggir Osaka Castle
Aku suka Osaka Castle ni pada senibina dia. Sangat detail senibina dia. Macam bertatahkan emas pula. Keliling dia ada Osaka Castle Park. Ramai la yang datang ke sini. Sebab tempat dia memang nice gile. Bukan setakat pelancong je datang. Rakyat Japan pun datang penuhkan tempat ni.
Sekitar Osaka Castle Park
Hamek la lagi
Sorry la tak baca pasal sejarah. Korang Wikipedia je la. Tapi kalau berjalan ke Japan, this is recommended place untuk datang di lawat. Till then, next post please.

Nota kaki: Nanti nak buat 9Days punye Japan Trip. Tak payah guna guide. Haha

Makan la apa yang kau confident.