Wednesday, February 20, 2013

Wordless Wednesday Episode 2


Footnote: ..................................................
Takkan pernah aku menyerah
Walau harus terpisah ruang
Hanya bisa bermimpi terlukis dalam khayal
Betapa ku junjung setia

Tuesday, February 19, 2013

Survivor X, Batu Pahat

Title post macam gempak je kan ko Abam. Padahal ko lari 3km Fun Run je kan. Betul tak? *"ye ye," jawab Abam sambil mengia-iakan kata-kata itu.* Lepas tu ko peram lama-lama kan cerita ni. Event 13 Januari, ko hapdet hari ni. Memang dasar pemalas betul ko ni Abam. Nanti aku suruh Coach kau cepuk ko sikit. Baru ko hapdet sesuai ikut time kan.

Setelah Chap Ayam Run mengecewakan Abam disebabkan pembatalan pada saat akhir, Abam telah membawa hati yang duka dan lara dan keciwa pergilah ke Batu Pahat pepagi selepas Subuh. Kaedahnya nak support Zana dan Abang Mahdi. Alang dah Pergi, Abam pun larilah jugek 3km. Nasiblah nak cakap Abam tak cool sebab lari 3km je. Haha *hati ko hancur jadi berapa abam*

Bergaya kan Abam, style ala-ala pemenang kan.
Macam dapat no 1 je. Padahal takde hadiah pun.
Sekali ko tengok depan tu Siapa? Budak Sekolah menengah ye.
Abam dengan malunya telah dikalahkan oleh budak sekolah.
Depan tu ade lagi beberapa orang yang dah sampai.
Sumpah, abam  malu menjadi runner. Terasa maruah abam
sebagai pelari elit tercalar. *Elit hangguk ko la abam*
So Abam telah berhempas pulas berlari dalam kebun sawit. First time ni lari dalam kebun kelapa sawit dengan permukaan tanah berpasir, ada tanah merah. Siap ada lopak air ye. Terlompat-lompat si katak lompat la Abam berlari.

Oklah, sebab Eco Fun Run 3km ni free. Jadinya Abam berpuas hati dengan sijil yang diberikan. Alhamdulillah. Terima kasih kepada penganjur. Tahun depan kalau ade kategori 7.5km setengah, konpem Abam masuk, #kali ni kengkonon nak berangan jadi Kilian Jornet atau nama jawa totoknye, Khiriah Jonet.

Style tak timing abam? Since takde timing cip. Abam gune
Timing endomondo sajo.
Sehingga bertamu di kalbu tahun depan. Abam tak sabar nak berlari di Hong Kong. #eh. Bye bye.

Footnote: terima kasih Survivor X, event meriah. Tahun depan Abam minta tolong Ultraman Bintang registerkan kalau susah nak register cam tahun ni. Siapakah Ultraman bintang? Dia seorang lelaki. Sekian.