Wednesday, September 26, 2012

Wordless Wednesday Episode 1

Tuesday, September 25, 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 2

Kepada isteri saya, selamat ulangtahun perkahwinan yang ke2. Wah, dah dua tahun rupanya. Rasa macam baru je dinikahkan. Diam tak diam dah dua tahun kan. Eh, merepek lebih-lebih sudah.

Berat!!!

Monday, September 24, 2012

Kacang Pool Haji

Malam tadi saya mengambil kesempatan untuk jalan-jalan cari makan. Buat mereka-mereka yang datang ke Bandaraya Johor Bahru, jangan lupa mencuba makanan ni. Nama dia Kacang Pool Haji. Setakat ni saya tak pernah jumpa lagi di tempat lain selain di sini.

Yummy
Kacang pool adalah kuahnya, di makan bersama telur mata kerbau, sedikit perahan limau, cili potong dan hirisan bawang beserta dengan roti bakar. Harganya tidaklah mahal, RM4 untuk satu set.

Tempatnya di medan selera berhampiran Bomba Larkin. Kalau tak tahu sangat Bomba Larkin ni di mana, anda boleh ke Medan Selera Plaza Angsana, di situ ada satu cawangan. Selamat melantak ya...

Sunday, September 23, 2012

My Running Time

Berikut adalah masa-masa larian aku. Serius, tak banyak event aku masuk. Sikit-sikit je. Haha. Tapi sikit-sikit lama-lama jadi banyak kan. Semoga terus di beri kesihatan yang baik. Amin

Full Marathon (42km)
Standard Chartered Marathon Singapore will be my first ever Full Marathon). Kalah nerves malam pertama. Menggigil lutut. Harap-harap boleh complete below 6 jam.
SCMS 12 - TBA

Half Marathon (21km)
PNM 12 - TBA
SCKLM 12 - 2:22:57
PJDawn 12 - 2:34:41.5
BrooksHM 12 - 2:44:49

Others
Passion Spore
9km - TBA
12km - TBA
10km SCKLM 11 - 1:05:13

Saturday, September 22, 2012

Brooks Ghost 5, one of good shoes for long distance run

Ghost 5 is a core shoe. It is suitable for running long distances, e.g. 21km and 42km. It comes with good cushioning, to bring you through your 42km run. You will feel its benefits towards the end, as your feet get tired.

Here is how the Ghost 5 looks like:
Ghost 5 retails at RM459. In conjunction with this month's Go Green Campaign, Brooks can offer you a RM150 rebate. You can have it for RM309. (Valid until 30th September 2012)

Friday, September 21, 2012

Vacation Mood - Percaya tak saya tak pernah naik kapal terbang

Hari ni sungguh la tiada mood nak membuat kerja, sebab nak vacation punye pasal. Nak kata vacation sangat tu idakler. Sebab pergi tidak membawa isteri dan anak. Haha. Ok la. tu je nak bagitau. (Percaya tak saya tak pernah naik kapal terbang?)


Thursday, September 20, 2012

Promosi Tudung Hijab by Mr. Akmal

Hari ni saya nak promo sikit perniagaan sahabat saya, Akmal dan Isterinya. Tudung online. Sesiapa yang berminat boleh ke laman facebook Hijab Online. Marilah membeli tudung.


About
We believe every muslim women deserved for comfortable, adorable and affordable Hijabb.Our Hijabb can be use for every occasional at any time.Made from quality material. 100% Guarantee from Hijabb Online

Description
We deal online only,we provide you virtual shop to make it easy for your shopping.You can shop at everywhere and anytime even at home.

Method of purchase :
Check the Hijabb Code that you want to buy.
  1. PM us for latest stock available,wait for our respond.
  2. Please bank in the money to our account either MAYBANK or CIMB(Refer below)
  3. PM us back the transaction ID and your corresponding address.
  4. We will send you the postage tracking number once we send the product.

CIMB---14120022447529 (MUHAMMAD AKMAL BIN ABDUL MALEK)
MAYBANK ---512334055096 (MUHAMMAD AKMAL BIN ABDUL MALEK)

Wednesday, September 19, 2012

Melewati 30 tahun, Rahsia Awet Muda

Ya, usia saya sudah melewati 30 Tahun. Serius, saya sudah berusia. 10 tahun penuh keriangan dunia kanak-kanak. 10 tahun keindahan dunia remaja. 10 tahun penuh keistimewaan dunia dewasa. Saya sungguh gembira melalui 30 tahun itu. Meninggalkan setiap saat yang berlalu tidak pernah saya kesalkan. Bahkan, saya bersyukur, setiap saat itu saya belajar dan terus belajar. 10 tahun akan datang? Saya tak tahu apa akan jadi 10 tahun akan datang, yang saya pasti saya seronok mengeksplorasi dunia ciptaan Allah ini.

"Kenikmatan hidup yang paling besar dalam hidup adalah kesihatan yang baik."

Ramai yang bertanya, apa rahsia awet muda? Saya tak awet mudalah. Dah berkedut-kedut sekeliling mata. Mungkin sebab besi di pipi kiri ni membuatkan kulit saya tegang. Haha (Maaf saya bergurau). Tiada apa rahsia ataupun amalan yang saya amalkan untuk menjadikan seadanya saya sekarang.

Tak lebih dan tak kurang, inilah yang saya amalkan dan terapkan.
  1. Jangan lokek dengan senyuman.
  2. Kurangkan marah
  3. Jangan merungut dengan kehidupan.
  4. Jangan mendengki dengan oranglain
  5. Sentiasa gembira dan bahagiakan dengan hidup
  6. Jaga makan dan kesihatan
InsyaAllah, seri itu akan terpancar di wajah. Walaupun dah berkedut sana-sini. Tetap berseri. Amin.

Nota kaki: Saya tak menggunakan apa-apa pencuci muka ataupun toner ataupun moisturizer atau apa-apa produk penjagaan kulit. Basuh muka dengan sabun mandi je. Murah dan menjimatkan... haha

Tuesday, September 18, 2012

Panggilan Hangit ke Wedding Planner di Kedah

Hari Khamis, 13 September 2012 pada jam 9.30 pagi

Aku: Hello, boleh saya bercakap dengan Cik Siti Nor Salwani Abd Ghani
Mangsa: Ia, saya bercakap.
Aku: Saya Kamal dari CIMB, Bangunan Tuanku.
Mangsa: Ok.
Aku: Saya nak mengesahkan mengenai pinjaman perniagaan Cik sebanyak RM50,000
Mangsa: Eh, Saya tak ada buat pinjaman.
(Yes, dia dah gelabah)
Aku: Borang Cik dengan salinan kad pengenalan Cik ada pada saya ni. Pinjaman ni untuk memperbesarkan perniagaan SNS Anggun.
Mangsa: Ya, itu saya punya butik. Tapi saya tak ada buat permohonan pinjaman pun.
Aku: Tapi Cik, Ini ada borang permohonan dan amoun sebanyak RM50,000 berserta dengan salinan kad pengenalan Cik sekali
Mangsa: Betul, saya tak ada buat permohonan pinjaman.
Aku: Kalau macam tu saya nak buat apa dengan borang ni.
Mangsa: (blur)
Aku: Tak apalah Cik, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ya Cik
Mangsa: Haaaaaa!!!
Aku: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Mangsa: Siapa ni?
Aku: El
Mangsa: KURANG HAJARRRR!!!
Aku gelak-gelak je. Hahaa

Sunday, September 16, 2012

Iphone5 Review

Iphone5 yang depan tu ya.
Waktu Malaysia Khamis 13 September 2012 lebih kurang jam 1.00 pagi, Apple telah melancarkan Iphone5. Rata-rata ramai yang kecewa dengan gadget terbaru Apple itu. Termasuklah saya, beria berangan nak cekau satu ni.

Menurut seorang sahabat saya Ajiz (bukan nama sebenar), Iphone5 tiada pembaharuan, almost identical design. Cuma nipis sikit dari 4s dan skrin panjang sikit. No more innovation katanya. Dia nak membeli satu cadangnya. Tapi nothing impress him.

Menurut Hisham pula (bukan nama sebenar juga) Expect a lot sebab Apple patent macam2 dah keluar. Tapi tak diimplement lagi to consumer just because of marketing wise kot.

Aku plak, since diorang kata macam tu, baik aku beli Iphone4s je. Mesti iphone4s turun harga sebab nak buat stock clearance. Anyway, harga yang dicadangkan di US untuk Iphone5 adalah USD199. Wow, kalau sesiapa kat US, tolong belikan abang blogger yang perasan kacak ni boleh tak?

Nota kaki: Nokia lumina lagi better innovation katanya.

Saturday, September 15, 2012

Gathering SMKPB

Sebahagian dari mereka yang datang
Pada hari raya ke empat, saya telah membuat satu perjumpaan ringkas dengan sahabat-sahabat sekolah lama saya sewaktu tingkatan 1-3, (saya bersekolah di tiga buah sekolah menengah). Argh, seronok betul saya akhirnya keinginan hendak bertemu kawan-kawan lama menjadi kenyataan.

Walaupun jumlah yang datang kecil, tapi hati saya sangatlah besar menerima kehadiran diorang. Yang pasti, semua yang datang sudah berkeluarga. Alhamdulillah, senang hati saya melihat sahabat-sahabat saya berbahagia.

Terima kasih kepada mak saya yang mengizinkan saya menggunakan rumahnya untuk dijadikan tempat perhimpunan kami. Terima kasih kepada yang membawa makanan tambahan. Haha kenyang gila.

Nota kaki: Kalau ada rezeki, tahun depan ketemu lagi ya.

Friday, September 14, 2012

Cerita Raya Saya

Cerita raya saya biasa-biasa saja. Sama macam oranglain juga. Ada yang indah, ada juga yang kecewa. Ada yang menyakitkan hati gak kan. Tapi semua indah-indah belaka. Walaupun dah agak lambat, tapi tak mengapalah.

2010, Aidilfitri terakhir saya secara solo. Memang super enjoy. Keluar rumah suka hati, balik rumah suka hati. Berjalan sakan. Serius, saya seronok dan puas hidup sebagai seorang bujang. Masa tu la bujang.

Adik ipar, adik saya dan saya yang gila-gila (sumber 2010)

2011, Aidilfitri pertama bergelar suami. Jujur, saya nerves. Ingat menikah je nerves. Ingat malam pertama je nerves. LOL. Aidilfitri pertama bergelar suami memang mendebarkan. Ialah, dulu lain sekarang lain. Dahulu bujang sekarang dah kawin.
Inilah isteri saya, haha (sumber 2011)
2012, Aidilfitri tahun ini sungguh lain. Saya sudah bergelar seorang ayah. Yer, sudah lama saya tak update tentang diri saya. Saya sudah bergelar ayah kepada seorang anak lelaki. Doa untuk memiliki anak sulung seorang lelaki dimakbulkan. Kenapa saya nak anak sulung saya lelaki, biar Allah sahaja yang tahu.

Di rumah grandmother in law. Maaf
dengan batang penyapu itu

Just the three of us, Salam Aidilfitri
2013, Aidilfitri tahun depan bagaimana pula ya. Nantikan, kot-kot la beraya berempat pula kan. Tapi kalau di Salam perantauan achaner. Mesti nangis guling-guling. Ok, still a very long way to go.

Nota kaki: If you don't have nice word to say, just say 'thank you'. So, terima kasih

Thursday, September 13, 2012

Indah

Lama tak mengupdate blog, rasa janggal mahu menulis momen momen indah (pekup mulut). Jujur, saya sungguh senang mengupdate status-status muka buku ataupun bertweet-tweet. Blog saya sudah tidak seindah dulu. Teman-teman hanya mengikuti kisah saya di FB.

"Takkan tak mahu update blog. Sayang pula terbiar macam tu."

Aku tersengih. Tidak ada jawapan untuk soalan itu. Antara ya atau tidak. Antara mahu terus membiarkan blog ini begini atau di tulis dengan kisah-kisah hidup saya.

Jujur, sejak berpindah ke selatan, saya kurang aktiviti dan kurang bersosial. Masa saya banyak saya habiskan dengan keluarga. Selain dengan cerita memasak dan berlari, saya mula aktifkan kembali menulis. Sesuatu yang saya minati sejak dari sekolah.

Umar
Inilah permata hati saya, Umar namanya. Baru 9 bulan. Alhamdulillah, sihat hendaknya sentiasa. Saya pula, semakin sihat kan?

Hari ini, saya mengambil keputusan untuk menghubungi sahabat lama saya. Sudah lebih setahun setengah tidak berhubung. Saya speechless, dan entry ini juga speechless sepertinya. Apapun belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya dan Mohon Maaf atas segalanya.

Nota kaki: Saya dah invite isteri saya untuk menulis bersama. Harap kalau saya tak update, dia akan update. Harapnyalah...