Tuesday, October 03, 2006

Memberi yang terbaik

Assalamualaikum...

Dah lama El tak menjengah blog ni. Mohon maaf kerana El tiada kesempatan. Sekarang ini pun mencuri masa untuk menulis sesuatu di tengah kesibukan dunia.

Sememangnya hidup begini. Sibuk sepanjang masa. Tapi sampai bila kita harus sibuk untuk dunia. Kadangkala yang akhirat harus di cari dan di jaga.

Sempena bulan Ramadhan ni El nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan Selamat berpuasa bagi seluruh Umat Islam Seluruh dunia. Semoga kehadiran Ramadhan kali ini, memberi seribu makna dan harapan buat kita semua.

El dilahirkan pada 23 Ramadhan 1402 hijrah. El akan menyambut ulangtahun yang ke 25 pada 23 Ramadhan 1427 hijrah. Bertambah 1 tahun umur, semakin bertambah beban yang terpaksa dipikul. Semoga hati ini sentiasa tenang, sabar dan cekal dalam meneruskan kehidupan yang penuh dengan cubaan.

Coretan El kali ini mungkin agak sentimental. Al maklumlah, bulan puasa. Mungkin El tak seceria dulu. El banyak berubah. Mungkin juga benar kenyataan itu. El banyak berubah. Semenjak Ramadhan menjelma, El rasa El banyak berubah. mungkin perubahan ini terlalu mendadak. tapi El rasa tidak.

Sebenarnye banyak yang El tak ceritakan di sini. Sudah hampir 2 bulan El tak menulis. Kisah konvokesyen El - akan El masukkan dalam jangka masa terdekat. Kisah seorang programmer. Kisah tahun 2006 yang memberi seribu makna. Apa lagi yang perlu El ceritakan yer. Mungkin banyak lagi yang perlu El ceritakan. Berikan El masa 3 minggu untuk menulis semua itu. El tiada daya untuk menulis buat masa sekarang.

Semoga berjumpa lagi.

Regards
El-Zaffril