Friday, May 29, 2009

How do you measure success level?

Sticky Mode Entry
Due: 29 May 2009 (12.00pm)

Dulu masa aku kecik sehinggalah zaman sekolah, selalu gak la kawan-kawan bawak gi sekolah majalah URTV tak pun Mangga atau yang sewaktu dengannya. Dalam dok selak-selak tu, korang ade perasan tak ruangan untuk berkenalan tu. Ala, orang-orang poyo yang berangan hensem and cun sangat tu letak gambar diorang. Pastu mesti korang ada terperasan kat biodata diorang tu. Ada sesetengah orang tu tulis "Cita-cita: ingin berjaya dalam hidup". Korang nak tau tak, dulu masa aku muda remaja, aku dok kutuk orang-orang yang tulis cita-cita dia macam tu. Tak mencabar langsung.

Tapi aku bukanlah nak mengutuk orang-orang yang hantar gambar poyo diorang kat majalah. Tapi aku nak buat terapi motivasi untuk diri aku dengan semua pembaca blog aku la dengan tajuk, bagaimana anda mengukur atau menilai tahap kejayaan.

Bukan apa, semalam on the way pegi kampus. Aku dok terfikir, kalau Bill Gates yang dah kaya raya tu orang kata berjaya. Tapi kenapa dia masih lagi jalankan bisnes lagi. Kalau tauke gula kat Malaysia ni dah di anggap orang kaya yang berjaya. Tapi kenapa masih nak naikkan harga gula?

Jadi aku nak tanya pendapat korang la. Pada pandangan korang, macam mana kita nak ukur kejayaan seseorang. Mungkin kejayaan kita sendiri.

Nota kaki: Gigih memotivasikan diri sendiri ni

19 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

kejayaan nih ikut individu tu sendiri...dan kejayaan tu byk cabangnya bukan dr segi kekayaan,populariti,kerjaya hebat n so on-so on...

ada yg pakai kete besar then pk diorang dah berjaya

ada yg pk dia cantek, dia berjaya pikat semua orang dan tunduk bawah dier

ada yg pk dia berjaya kalau org len percaya pada dia yg dia betul walaupun sbnrnya dia salah

apa2pun kejayaan, selalunya org yg fikir dia berjaya sbb dia berpuas hati dengan kejayaan dia sendirias simple as that

my opinion sajo...ngee :D

El-Zaffril said...

Anuar: El sokong Idea Nuar tu... by the way thank you ok... I like your idea...

Next...

cik PELANGI . said...

ehem ehem , dgn ini , saye megumumkan pembukaan blog pn siti azmah & cik alyayaya ,
haha ,
url nnti mntakk kat i yee :D

WaN HaQQ said...

Salam..
Zaffril, untuk Berjaya sebenarnya banyak perkara perlu dinilai, tetapi bilamana persoalannya disini adalah bertanya bagaimana kita nak ukur kejayaan seseorang. So kenalah ada kayu ukur, yang berfungsi sebagai rujukan aras kepada kejayaan setiap individu.
Contohnya.. kayu ukur disini sebagai perbandingan atau rujukan kepada seseorang itu untuk mencapai kejayaan. Contoh mudah, aku nak Berjaya macam Dato’ Jimmy Choo jadi fahamlah kita bahawa kita nak Berjaya at least mampu terkenal macam beliau dan juga mempunya butik dengan label sendiri.

Sebenarnya juga target memainkan peranan penting dalam ukur kejayaan. Yerla tanpa target aper yang u tak tahu aper yang u nak capai so dengan itu u tak akan tahulah tahap kejayaan u sendiri. So target ini BERGANTUNG pada individu, keadaan, masa dan persekitaran dan ianya biarlah masuk dek akal dan bersesuaian. Untuk senang buat satu target untuk jangkamasa pendek dan satu lagi pula untuk jangka masa panjang. So dengan itu u mampula untuk Berjaya.

Okey u persoalkan even tokey gula dah Berjaya tapi still harga naik. Hello harga naik bukan la disebabkan oleh kejayaan tetapi kekangan ekonomi dunia yang sekarang ni sedia maklum mempunyai masaalah. Tapi kalau ianya tetap jadi persoaalan untuk u cuba u fikir macam ni..

Target pertama tokey gula
- Untuk kaya – then now dia dah Berjaya membuktikan dia mampu kaya dengan hanya jual gula.
Then dia kemukakan target baru
- Dah kaya tapi mahu buat saving dan simpan untuk beberapa keturunan dan juga simpan untuk kecemasan pada masa hadapan – so sebab itulah dia still berusaha untuk capat target dia tu
So KESIMPULANNYA.. Berjaya adalah terletak pada diri kita sendiri, nak ukurnya kenalah ada target..

Kalau tak faham call me.. will explain to u

Adi Yuseri Md. Yusof said...

Kejayaan lebih senang diukur dengan nombor. Ingat lagi tak kat sekolah...siapa dapat nombor 1 dalam kelas atau tingkatan...dia dianggap berjaya. Kalau siapa yg dapat nombor terakhir secara tidak langsung dia gagal menjadi orang pertama..maksudnya dia telah gagal. Sama juga dalam bisnes...kejayaan lebih mudah diukur dengan nilai kekayaan yg diperolehi. Sekiranya dia kaya raya...duit berjuta...dia dianggap berjaya dan sebaliknya. Hakikatnya kejayaan terlalu subjektif... contoh, dapat mengorat awek dah dikira berjaya bagi seorang romeo. Satu lagi contoh dapat habiskan tesis dikira berjaya bagi seorang siswazah. Kejayaan2 subjektif sebegini masih layak diiktiraf sebagai kejayaan namun sebagai pemudah cara, sistem nombor di jadikan kayu ukur supaya mudah untuk menilai. Dalam dunia materialistik sekarang kekayaan monetary lebih diberi keutamaan. That's why orang yg dah kaya masih lagi meneruskan bisnes untuk memperolehi kekayaan yg lebih banyak. ~Hanya pendapat daripada seorang yg bakal berjaya

Unknown said...

kejayaan diukur sejauh mana seseorang itu bangkit dari kegagalan yang dia telah hadapi.Ketabahan dan kegigihan dari kegagalan itu adalah kejayaan yang amat manis

El-Zaffril said...

Auji: Adeh... orang minta pendapat... bleh plak promote blog kat sini...

El-Zaffril said...

Wan: Thanks ye...

Adi Yuseri: Betul gak your idea tu...

zannetti_be: yang tu agak menarik... nanti i cari how to elaborate your point

WaN HaQQ said...

thanks jer?

El-Zaffril said...

Wan: u punye panjang sangat.... so I nak buat buku nanti... i tulis your whole story k...

Adi Yuseri Md. Yusof said...

orang yang betul2 di iktiraf sebagai berjaya adalah orang yg ada pengaruh dan dapat mempengaruhi orang2 di sekeliling. Contoh mudah Bill Gates... bagaimana formula dia dapat berjaya dengan memperkenalkan perisian Windows.. kita sedia maklum bahawa Windows bukan perisian yg pertama diperkenalkan pada khalayak umum... Apple Macintosh terlebih dahulu ada dipasaran... namun apabila windows di menemui pengguna dan perisian ini terus mendapat tempat di hati pengguna komputer. Formula nya Windows memudahkan pengguna melaksanakan tugas2 dgn komputer dgn Graphic User Interface (GUI). Dahulu platform Macintosh tidak semudah sekarang...pengaruh Windows tersebar dengan mudah dan menguasai market komputer dunia. Dan Bill Gates sebagai pencetus idea di anggap orang yg berpengaruh didunia dan dianggap orang yang sangat2 berjaya. skop yg lebih kecil, seorang bos yg memudah kerja2 orang bawahan nya eg: bagi panduan, mencetus idea, appreciate kerja2 pekerjanya akan dianggap berpengaruh di kalangan staffnya dan di anggap berjaya.

Manusia secara amnya lebih terdorong kepada benda2 yang mudah... orang yg memudahkan perkerjaan orang lain dgn apa cara sekalipun akan mendapat pengaruh dan dapat membina kejayaan sedikit demi sedikit.

P/s: Kejayaan dari sudut pandangan yang lain...

El-Zaffril said...

Adi Yuseri: Masuk En. Adi di sini ialah, meluaskan pengaruh juga salah satu kejayaan. Maksud saya, mempengaruhi seseorang untuk kepentingan diri juga di anggap berjaya. Tapi ade gift and take kan.

Adi Yuseri Md. Yusof said...

menggunakan pengaruh untuk kebaikan bersama...win-win situation maa... if success...both are success... and the mastermind even successful.. get it??

Melancholic said...

Kehidupan manusia sebenarnya antara dua..syurga atau neraka..syurga itu kejayaan dan neraka itu kegagalan. Manusia sendiri yg menentukan untuk menghala ke syurga atau neraka..kejayaan didunia hanyalah satu peratus sahaja, dan seseorang itu masih tidak boleh dikategorikan sebagai seorang yg berjaya kalau pun dia dianugerahkan dgn pelbagai anugerah kecemerlangan jika akhlak dan kehidupannya bisa membawa dia ke neraka kelak..sbb, kejayaan sebenar, bukan disini tapi disana, iaitu akhirat..penentu segala-galanya..ini hanya lah pendapat dari seseorang yg juga tidak tahu samaada dia diantara org yg berjaya atau gagal..

El-Zaffril said...

Melancholic: It was the perfect one...

El-Zaffril said...

Adi: Yes... get it... hehehe

Anonymous said...

hi, apa khabar sekarang? dah takingat bila last time kita jumpa kan. abg wat master by reaearch eh, tu ader pakai sarong kat kepala katgambar bawah tu. nwy, selamat berjaya.
nazrikatimon

Anonymous said...

simple saja.
dare to fail.
jatuh ketujuh bangun kali kelapan.

bila hidup sudah sempurna rohani dan jasmani dan semua org dapat meliht dan bcakap mengenai kejayaan dia.itulah namanya berjaya.

tp kita juga boleh labelkan diri kita ni mencapai kejayaan apabila matlamat hidup kita tercapai. :)

El-Zaffril said...

Ayin: Terima kasih... saya akan mula mengulas mengenai semua pendapat motivasi diri saya sendiri ini