Sunday, May 24, 2009

Rempiting: Makan banyak dan melompat-lompat

Hari ni termengah-mengah. Menyiapkan chapter 6, Novel 17. As usual la kan. Dah janji 3 hari satu chapter. Kene la buat. Walaupun seriusly memang masa sangat la constraint. Nak rehat pun takde masa. Ni pun tak mandi lagi even dah 12 tengahhari. Biasalah, mandikan Wak Sonto pagi tadi. Lepas tu basuh baju. Rutin hujung minggu.

Tingginya aku melompat. Gila mantap, walla weh.

Wah, intro dah dengan picture melompat-lompat. Dari hari tu melompat-lompat. Memang takde keje la asyik melompat je. Ape pun bak kata Wanie, "I Like Mat Rempit". Actually hari khamis lepas ade dinner lab kitorang. Takde ape la sangat pun. Just gathering untuk meraikan budak-budak final year yang sama lab project dengan kitorang. So pegi la makan-makan. Bukan ape. Meraikan sahaja. Kira jamuan perpisahan la ni. (lepas ni tinggal budak postgrad je dalam lab)

Ni la kitaorang. Bersama supervisor lab and isteri dia. Berdiri dari kiri, Muhammad Jeffri Sia, Akmal, Raja, Gustav Tee, El-Zaffril Duduk dari kiri, Ami Nurul, Amirah, Dr. Hisam, Pn. Nashiren, P-Ja.

Lepas makan, sesi penyampaian cenderamata untuk diorang sebagai kenangan. Macam Cha Ya Nun Aliff mampus pun ada.

Habis makan melepak pulak kat tasek titiwangsa. Masa tu ape lagi. Sesi bergambar kenangan la. Tapi akmal tak join la. Anak mak. Kena la balik awal.

Ami dengan anak ikannya. Hua hua hua.

Ada tangan orang tu cacat. Tak bleh buat.

Tengah menari tiang sebenarnye. Wow.

Upacara melompat lagi. Hua hua hua.

Sopan sungguh saya melompat. Hua hua hua.

Sebenarnya ada lagi gambar untuk hadiah depa. Nanti malam-malam sikit la aku upload story pasal hadiah untuk diorang. Banyak betul story nak cite kat blog ni. Hua hua hua. Apa-apa pun. All the best to Akmal, Jeffri, Tee and LooQian (tiada di gambar). Have the best journey young engineer.

Nota kaki: Apa cerita kawanku seorang di Kelana Jaya ye. Lama tak sms aku, hidup lagikah engkau.

6 comments:

Cik Wanie said...

eh!!!!
i ke yg ckp "i like mat rempitzzzz"
hurm...

tapi mmg pun kan,
i like mat rempitzzzzzz....

bluek!!!!!

Nur Farhana said...

Hamboi3.. Mcm knak2 riang haa.. Apa kes mat rempit riang nih??? Heehee.. Bebudak final year ni lepak2 plak, pi baca buku.. Huuhuu.. =p

edancoba said...

Astagfirullah...
hehehe..

El-Zaffril said...

Cik Wanie: mat rempit memang i suka... baru semalam mat rempit sorang ni hangitkan anis... you know what i mean... hahahaha

Farhana: Diorang dah abes dah... so bleh je nak huha huha

Edan: Istighfar banyak-banyak

ilyia nur ab rahman said...

i like u punye gamba yang striptease tu...hahahahhaaha..

El-Zaffril said...

Ilyia... Aku pun suka... muahahahahha