Monday, May 11, 2009

Jadi Baiklah Sangat Encik

Aku ni tersangatla nakalnya. Selalu sangat menyakat orang yang melatah.Hua hua hua. Lepas ni aku pulak la yang melatah (choi). Tak nak la aku bahaya woo. Tapi yang tak melatah pun aku nakal gak. Paling nakal bila buat panggilan hangit bulan lepas. Sampai ade orang panggil aku ‘Abang hangit’, masih ok la kan, dari di panggil ‘Abang Asmara’. Hua hua hua

Kadang-kadang aku ni tersangat la jahatnya. Hua hua hua. Tak tahu la nak describe jahat macam mana. Tapi still ok la. Bukan sampai bunuh orang pun. Tak sampai ke tahap tu jahatnya. Ala, jahat-jahat mat rempit memori cinta luka. Hua hua hua. Kejam juga aku kadang-kadang. Terutama dalam menjaga hati dan perasaan orang. Biasalah, ego aku ni kuat. Tersangatlah kuat.

Tapi aku rasa aku ni kalau ter’baik’ dengan orang, maka akan tersangatlah baiknya (masuk bakul angkat sendiri Nampak). Sampai kadang-kadang aku rasa tak berbaloi menjadi orang yang sangat baik. Lebih baik pentingkan diri sendiri. Tapi hidup kat dunia ni bukan la sorang-sorang. At the end aku pun perlukan seseorang. Mati pun nak kene minta orang mandi, kapan, sembahyang and tanamkan. Betul tak?

Jadi sombong pon ok gak ape. Sebelum ni ramai je cakap aku ni sombong. Tapi perlu ke nak menyombong hidup dalam dunia ni. Tak perlu kan. Sebab makin orang sombong makin orang lain tak suka. Jadi, pada pendapat korang apa yang aku perlu buat? Jadi baik ke? Jadi jahat ke? Jadi nakal ke? Jadi sombong ke? Tapi aku tau, mesti korang akan cakap, jadi dirimu sendiri. Yer idak?

Semalam masa pulang bersama Wak SoNto (dalam pukul 9.30malam dari UK ke SK). Kepala ni asyik fikir pasal peribahasa ‘Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali’. Betul juga kata peribahasa tu. Kalau kita ni buat baik pada orang biar ada batasan, jangan sampai orang salah anggap kebaikan kita. Kalau orang salah tafsir kebaikan kita susah juga kan. Tapi janganlah kita buat jahat, seksa woo nanti hidup dunia akhirat. Tapi pada saya nakal tak apa. Ala, nakal budak-budak Biasa la kan.

Nota kaki: Buat baik pada orang pun susah. Baik buat baik pada binatang ke, pokok ke. Senang, takdenya depa nak merungut atau menyalah anggap kebaikan kita.

7 comments:

Cik AniS GalaxY said...

mat rempit mmg nakal
anis x menafikan itu
dah yg pasti mat rempit mmg jiwang.
memori cinta luka...hahaha.

El-Zaffril said...

Anis...

memang semua mat rempit nakal... tapi tak jahat... ada beza disitu ye... jahat dengan nakal... huhuuh

Mat rempit pun ade hati dan perasaan bukan... Hahahaha

rizz said...

kemaenn nk nyakat g wekk

WaNz HaQQ said...

Nakal atau jahat memang lain tetapi ianya mungkin membawa kearah satu tujuan yang samer...

yezza mat rempit sowang ni memang jiwang tahap agung!!

:P

El-Zaffril said...

Rizz: i selalu je nyakat orang kan

Wan: Cinta i ni cinta hang tuah... cinta agung

Nur Farhana Abdullah said...

Pendapat saya.. Saya nak awak jadi.. Hurrmm.. Jadian.. Haha.. Takde laa.. Jadi comel boleh tak? Heehee..

Kamu tersangat baik eh? Btol2.. Mmg kamoo sgt baik pada semua.. (Sy tlg angkatkan gak bakul tu, brat wo nk angkat sorang).. =p

El-Zaffril said...

Farhana: Memang saya tidak dinafikan tersangat la baik