Sunday, May 17, 2009

Hari Tutup Handphone Sedunia

Memula aku nak ucap terima kasih kepada semua yang mengundi aku untuk Top Supeb Blogger tu. Yang tak mengundi tu sila-sila la ye mengundi. Talian undian masih lagi dibuka. Hua hua hua. Kalau ade yang sudi, iklan-iklankanlah undian ye. Jenuh nak cari undi ni. Aiyak, sebab Cik Pelangi sedang mengejar undian dengan gigihnya. hua hua hua

Semalam hari penutupan handphone sedunia yang aku anjurkan. (Untuk diri aku sendiri). Atas alasan apa, biarlah aku sendiri yang tahu. Maaflah kalau aku tidak dapat dihubungi hampir 24 jam semalam ye.

Anyway pengikut blog novel aku (klik sini). Aku dah schedule chapter 4 and 5. Chapter 4 akan menjengah pasaran hari Isnin bersamaan 18 May 2009 pukul 12.00 tengahhari. Chapter 5 pula pada 21hb may iaitu hari khamis. Jangan terkejut. Sebab aku buat major correction untuk dua chapter tu.

Ade yang tanye, kenapa tulis sikit dan upload lambat-lambat. maaflah, bukan sengaja nak upload lambat-lambat. tapi kadang-kadang ada yang memberi cadangan dan pendapat mengenai novel. Ade yang siap tu bagi next storyline yang depa nak. Jadi aku terpaksa tulis yang baru. Nak kerah idea semua. Minta maaf dan harap bersabar k.

Nota kaki: Anis minta dikembangkan wataknya. Jangan risau ye, saya akan kembangkan awak. Tengah kerah idea camne nak masukkan beberapa watak bloggers lagi. Siapa mereka... tunggu

No comments: