Saturday, May 09, 2009

Blogger Tahun 2020

Melihatkan tugas terakhir ni sangatlah mencabar saya sebagai seorang penulis blog tegar. Tugas terakhir “PADA TAHUN 2020, ANDA SEORANG BLOGGER, APAKAH SUMBANGAN DAN TAHAP BLOG ANDA KETIKA ITU?”. Saya akan cuba menyelesaikan persoalan ini satu persatu dan sebaik mungkin, kerana takut terlalu melebih pula.

Pada tahun 2020, saya masih lagi seorang blogger dan saya sangat berharap yang ketika itu saya masih lagi menulis dan terus menulis. Harap impian saya untuk memiliki domain sendiri tercapai. Pada tahun 2020 saya berharap domain saya www.elzaffril.com, tiada blogspot lagi.

Saya melihat blog saya akan berkembang hari demi hari kini. Semakin ramai pembaca mungkin. Semakin ramai pengikut mungkin juga. Harap-harap tahun 2020 blog saya tidaklah di banned. Saya akan menggunakan medium blog dengan sebaik mungkin. Saya berharap saya akan menulis blog saya dalam bahasa melayu dan juga bahasa inggeris. Kerana untuk pergi jauh, seharusnya saya menulis dari pelbagai bahasa. Bahasa jerman dan Bahasa sepanyol akan dipertimbangkan supaya blog saya lebih berdaya saing. Maksud saya di sini dari segi Viewer.

Saya mengharapkan saya mampu menyumbang perkara-perkara seperti berikut:-

Pertama, saya sebenarnya suka membuat orang tertawa apabila membaca blog saya. Jadi, sumber bahan jenaka yang pernah saya selitkan sebelum ini dan pada masa akan datang akan menjadi terapi yang sangat baik untuk pembaca-pembaca blog saya.

Kedua, saya sangat suka menyalin bulat-bulat perkara-perkara agama yang saya dapat dari email saya dan masukkan ke dalam blog. Dan saya percaya, walaupun saya ni tidak la hebat dalam agama, saya juga harus belajar dan perkara inilah yang saya akan kongsikan dengan pembaca. Kan berkongsi benda baik itu satu amanah.

Ketiga, saya sangatlah flexible dalam politik. Apa sahaja perkara yang saya dengar mengenai politik, saya terima dan nilaikannya. Apa yang patut saya kongsikan di blog, saya akan tulis. Sebab saya juga ada hak berpolitik dan member pendapat hala tuju Negara saya ni. Tetapi kita kan rakyat Malaysia yang datang dari pelbagai kaum. Jadi sensitivity masyarakat Malaysia harus di jaga. Dan saya sebagai seorang bloggers bertanggungjawab menjaga keharmonian masyarakat Malaysia.

Keempat, saya pernah membuat iklan bukan. Seperti iklan perkasam, minyak kelapa dara, penaja-penaja top superb blogger etc (sekadar menyebut beberapa produk). Jadi saya akan menjadikan blog saya sebagai medium untuk saya membantu menjana ekonomi dengan membantu mempromosikan consumer product. Inilah satu lagi cara saya membantu menjana ekonomi rakyat Malaysia.

Kelima, saya juga pernah menjadikan blog saya sebagai medium untuk menyelesaikan masalah pembaca-pembaca blog saya. Kalau ada yang ingat kisah Joyah, kisah itu sudah pun selesai. Dan pada saya, pendapat dan kaunseling yang diberi oleh pembaca saya membantu saya menyelesaikan masalah orang-orang yang merujuk masalah kepada mereka. Ini juga sumbangan yang saya mampu berikan kepada mereka.

Keenam, perkongsian kisah hidup saya, perkara yang berlaku seharian diharapkan dapat member tauladan kepada semua pembaca saya. Mana yang baik jadikan tauladan ye. Mana yang buruk jadikan sempadan. Dan tergurlah di mana kesilapan-kesilapan saya.

Ketujuh dan yang terakhir sekali, saya amat berharap sekali, saya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara saya dengan kawan-kawan melalui blog saya dan inilah yang paling saya harapkan.

Cukuplah 7, sebab itu satu nombor yang sangat unik. Fikir-fikirkanlah apa yang ada pada nombor 7. Saya mempunyai 7 orang adik beradik. Itu salah satu kelebihan yang ada pada nombor 7.


7 comments:

rizz said...

yer hubungan silatur rahim bgus2

Gieyana said...

BAgus2..mempunyai planning yan sangat baik...all the best k!

along said...

ala... takat nk domain sendiri, krg pun bole, gi je bayo hosting kat nana, hehe

||| PöJìé PööH ||| said...

wahhh sgt bkobar² ini budak..
all the best to u dear..

El-Zaffril said...

Riz: Wajib menjaga silaturrahim ye anak-anak...

Gieyana: Planning nak menang TSB ni kak Gie... Hua hua hua

Along: Aku nak beli domain dengan google... huhuhu

Pojie: Mesti la... nak menang TSB katanya

jumiejumie said...

Salam,

• Ayat bersahaja dan menarik.
• Idea ok la. Actually mamat ni, macam cuba jadi siries, tapi dia actually is funny.

Yang benar,
Jumie Samsudin
Juri Pertandingan Blog
Fiq Online

El-Zaffril said...

jumiejumie: Terima kasih atas komen jujur... saya memang kadang2 serius... tapi dalam serius pun ter funny plak...