Saturday, May 30, 2009

Seksa si isteri


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com



“Aduh.....sakitnyer...isk..... aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.

Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan zakri tadi.

Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak.

Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi.

Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan dinursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa.

Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung...Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.

"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa" Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi.

"Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan- bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja.

Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.

"Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri.

"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri..

"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.

Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas.. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa.

Kalau diminta jemput...macam-macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya.Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.

Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan"kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri.

"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.

Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak...berdenyut2..."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak- esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa pulak nie sebok je...."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?nbsp;?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.

"Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan Cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau,cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri.

"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba.

"Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri.

"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........."panggilan kecemasan dari Doktor Johari

"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt. Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.

"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan.

"Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri.

"Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.

Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.....Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya...

Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..

Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?

Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang........Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang.

Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka....Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang.

Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in Cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin.. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.

Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama.

Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang- kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang....Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya...sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang.. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.

Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa

"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya.

Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya...seperti wayang jelas terpampang... kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.

Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa.

Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.

Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka.

Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan.. YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus.

Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa...

Moral value cerita ni:
Kalau korang lelaki, and buat camni kat bini, korang ni memang bangsat abis la

Nota kaki: Kan best kalau dapat isteri macam Nisa ni. Dah la elok perangai. Penyayang. Pencinta agung. Paling best, kembar tu. Sape tak nak.

Motivasi: Kejayaan Bergantung Pada Individu by Anuar Kamaruddin

Masih ingat dengan posting ini [klik], so semalam last untuk komen posting tu. Jadi hari ni saya akan mengulas setiap satu komenan yang diberi. Dan terima kasih yang memberi komenan itu. Berikut adalah komenan Anuar Kamaruddin [Blog Anuar]:

"kejayaan nih ikut individu tu sendiri...dan kejayaan tu byk cabangnya bukan dr segi kekayaan,populariti,kerjaya hebat n so on-so on...

ada yg pakai kete besar then pk diorang dah berjaya

ada yg pk dia cantek, dia berjaya pikat semua orang dan tunduk bawah dier

ada yg pk dia berjaya kalau org len percaya pada dia yg dia betul walaupun sbnrnya dia salah

apa2pun kejayaan, selalunya org yg fikir dia berjaya sbb dia berpuas hati dengan kejayaan dia sendirias simple as that

my opinion sajo...ngee :D"

Pendapat Anuar itu ada betulnya. Kejayaan itu begantung pada diri seseorang itu sendiri untuk menilai. Sebab dia sendiri yang tahu sama ada dia dah berjaya dalam hidup dia atau belum. Atau dia sendiri masih terkial-kial mencari ruang untuk berjaya dalam dunia yang sangat singkat ini.

Ada orang pakai kereta besar then kata dah berjaya. Selalu orang yang pakai kereta besar dan tayang-tayang kat orang kata dia dah berjaya is orang multilevel marketing. Itu cara dia menunjukkan kejayaan untuk attract orang berjaya macam mereka dalam bidang itu. Dan di situ mereka sudah dianggap berjaya, walaupun orang-orang yang membantu dibawahnya banyak yang gagal untuk berjaya seperti mereka.

Pada Anuar kecantikan itu juga sudah dianggap berjaya. Dan tidak salahnya semua itu. Kecantikan yang dikurniakan harus dibina dengan pakej yang lengkap. Akhlak yang baik, pakaian yang cantik, kebijaksaan dan tutur kata yang sungguh sopan serta elok pengangan agamanya. Kerana semua itu adalah pinjaman. Jangan risau kepada semua orang yang tak cantik dan tak kacak seperti saya. Semua ni pinjaman je. Nanti kat akhirat kita minta tukar yang lain erk. Dan kepada mereka yang menggunakan pinjaman ini untuk kepentingan atau kemewahan hidup, saya tak rasa itu berjaya. Kerana itu akan mengundang kemudaratan kemudian hari sebenarnya. Percaya atau tidak, sesuatu perkara jahat akan dibalas juga, sama ada lambat atau cepat, itu sahaja bezanya. Dan kegagalan akan muncul disitu. Kejayaan sementara saya kira.

Yang ni pula saya tidak berapa suka. Orang yang sentiasa nak menegakkan benang yang basah. Tanpa menerima pendapat orang lain. Tidak pun, menipu orang untuk kepentingan diri individu itu sendiri. Saya tidak rasa orang-orang sebegini patut dicontohi. Selalunya orang-orang begini nak sangat kaya segera. Jadi jangan tertipu dengan Skim cepat kaya atau jualan langsung. Tak pun gores dan menang.

Dan yang last tu, kejayaan itu akan hadir kalau dia berpuas hati dengan apa yang dia kecapi. Tapi ada saja orang yang tak boleh lebih daripada dia. Untuk orang macam ni, dia tak akan pernah senang dengan hidup dia. Dan tak pernah merasa berjaya dalam hidup dia. Jadi ikhlaskan diri untuk membuat sesuatu. Pasti ada kemanisan yang anda rasa dengan apa yang anda perolehi itu.

Jadi apa sahaja yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu, hendaklah kamu terima dengan hati terbuka dan ikhlaskan diri anda. Kerana kejayaan itu, kamu yang akan merasainya. Bukan orang lain. Sekian untuk motivasi hari ni. Wassalam.

Nota kaki: Next ulasan dari pandangan Wan Imran

Friday, May 29, 2009

Rempiting: Yenna Dey

46 perkataan

Speed test

Yenna dey (sambil geleng kepala) Lambat betul aku menaip lah deyy (geleng kepala lagik). Teruk kan. Nampak sangat aku ni penulis yang sangat lembap. Untuk bos-bos yang nak ambil secretary. Bolehlag gunakan speedtest ni untuk cari secretary korang. Kalau tapi 1 perkataan seminit. Jawabnye sehari pun tak siap 1 surat kan.

Tak kisah lah bab tu, memula chapter 7, novel 17 dah siap. Semua orang kata ok je chapter tu. Aku tak kisah sangat la. Chapter 8, novel 17 Insyaallah akan siap hari ni. Tinggal sikit je lagi. Tak banyak dah tu. So akan di upload esok.

Weekend ni plan nak balik uk. Bosan plak kat sini. Pastu nak lepak texas. Weahooo. Suka sangat Texas. Pastu nak rearrange balik blog yang aku rasa dah screw up sangat2 ni. Adeh, tak apa. Buat satu persatu.

Hari rabu lepas main boling dengan member-member Lembaga Hasil Dalam Negeri. Yang tu kene highlight sikit. Sebab, untuk mereka-mereka yang tak declare pendapatan diorang. Sila-silalah bayar compound. Jangan malu-malu. Pasal boling tu takyah la cita. Takde gambar. Malas nak cita.

Saja masukkan gambar tu. Perasan apa tak? Aku botak lagi. Hua hua hua. Aku suka botak la. Nak jadi trademark sampai hujung tahun. Raya pun botak gak. Boleh kan. Botak ni seksi. Terima kasih kepada jurugambar iaitu saya sendiri di lokasi Jusco Au2 keramat.

Nota kaki: Lagu Kenanganku boleh tak?

How do you measure success level?

Sticky Mode Entry
Due: 29 May 2009 (12.00pm)

Dulu masa aku kecik sehinggalah zaman sekolah, selalu gak la kawan-kawan bawak gi sekolah majalah URTV tak pun Mangga atau yang sewaktu dengannya. Dalam dok selak-selak tu, korang ade perasan tak ruangan untuk berkenalan tu. Ala, orang-orang poyo yang berangan hensem and cun sangat tu letak gambar diorang. Pastu mesti korang ada terperasan kat biodata diorang tu. Ada sesetengah orang tu tulis "Cita-cita: ingin berjaya dalam hidup". Korang nak tau tak, dulu masa aku muda remaja, aku dok kutuk orang-orang yang tulis cita-cita dia macam tu. Tak mencabar langsung.

Tapi aku bukanlah nak mengutuk orang-orang yang hantar gambar poyo diorang kat majalah. Tapi aku nak buat terapi motivasi untuk diri aku dengan semua pembaca blog aku la dengan tajuk, bagaimana anda mengukur atau menilai tahap kejayaan.

Bukan apa, semalam on the way pegi kampus. Aku dok terfikir, kalau Bill Gates yang dah kaya raya tu orang kata berjaya. Tapi kenapa dia masih lagi jalankan bisnes lagi. Kalau tauke gula kat Malaysia ni dah di anggap orang kaya yang berjaya. Tapi kenapa masih nak naikkan harga gula?

Jadi aku nak tanya pendapat korang la. Pada pandangan korang, macam mana kita nak ukur kejayaan seseorang. Mungkin kejayaan kita sendiri.

Nota kaki: Gigih memotivasikan diri sendiri ni

Thursday, May 28, 2009

Aku nak hadiah

Aku nak hadiah besar ni time birthday, boleh tak? hahaha, gile la aku nak hadiah besar ni. Yer la. Best ape peluk. Nak kawen and peluk bini, aku belum sedia lagi. Hahahaha. Tapi jangan fikir bukan-bukan.

Aku bukan ape. Saja je tu. Huhuhuhu saja selak album gambar lama. Terjumpa gambar ni. Masa ni muka aku teruk penuh dengan jerawat. Hurm, siap ada yang tegur aku kene chicken pox ke? hahaha, aku cakap jerawat. Diorang kata, awat jerawat teruk sangat. Hahahah

Nota kaki: Ni Memori Cinta Luka katanya

Wednesday, May 27, 2009

Rempiting: Hurm

Rempiting: Sesak Napas

Huh, Sesak napas menyiapkan chapter 7, Novel 17. Idea dah ada. Masa serius shit memang tak ada nak buat. Memandangkan bos takde. Apa lagi, sambung la menulis. Kalau idak memang jangan harap la nak menulis kan. Malam memang pun tido sikit je. Kepala penuh bende memikionye. Sabo la jang. Dugaan den jo tu.

Aiks, apesal terbahasa nogori pulak tu. Kang tak pasal-pasal ade yang termelatah masak lemak cili api kang. Hua hua hua. Taku takut.

Huargh, ngantuk sangat ni. Mata pun dah macam panda. Malam balik pukul 1@2 pagi. Then mandi-manda. Pastu tido dalam pukul 3pagi. 6.30pagi dah bangun, siap-siap nak gi kampus semua. Hujung minggu plak ada hal macam-macam. Malam minggu lagi la ade. Hahaha

Tak ada story nak cite la. Banyak bende yang kene simpan sendiri-sendiri. Nanti ade story lagi aku cite. Lagipun kepala tengah tensen ni.

Ha, tensen-tensen ni, apa kata kau baca blog kak senduk. Aku tak jadi follower dia. Aku just baca je. Hilang tensen dapat bahan gelak-gelak. Hahahah

Nota kaki: Ada satu cite lama aku nak story. Bahan gelak-gelak. Yang penting aku cuak timetu

Monday, May 25, 2009

Rempiting: Edisi Taman Botani Putrajaya

Hari sabtu hari tu, si Najib ajak aku berjalan untuk negara di Taman Botani, Putrajaya. Memula nak jalan-jalan naik beskal. Pastu tak jadi, sebab beskal takde. So terpaksa la meredah seluruh taman dengan berjalan. Tapi kitorang bukan berjalan sangat. Amek gambar yang banyak. Gila-gile punye banyak. Nak tengok, semua ada kat facebook la. Nak upload kat sini semua tak larat la eden.

Rupanya banyak gak tempat menarik kat Purajaya ni ye. Tak sangka, nampak sangat Malaysia ni aku tak abes jelajah lagi. Oversea, memang jangan harap nak pi la buat masa sekarang. Mana aku ade passport. Hua hua hua, ade sesape nak sponser. Boleh dipertimbangkan. Hahaha

Ni sementara tunggu Najib, si Ami ni pulak la kan. Nak posing dengan Bluey dia. Ok la. Bagi chance la.


Awal-awal sampai dah melompat dah. Yang belakang sekali tu nama dia Jijah. Orang Batu Pahat juga. Aku baru kenal hari masa gi taman botani. Jawa jugak. Habeh la...
So ade satu monumen jam la. Menarik gak jam tu. Aku, Najib dengan Raihan je yang gi situ.

Aku dengan Ami tak melepaskan peluang melompat la kan. Hahaha, trademark gambar aku sekarang.

Awak, terornye boleh buat camtu.

Nampak macam tempat tinggalan sejarah pun ade.

Yang ni macam cun je. Pandai sorang-sorang pilih batu nisan masing-masing. Hua hua hua.

Laju-laju, buaiku laju.

Gambar kat tepi tasik plak. Comel gile gambar ni

Yang ni pose istimewa dari Najib, Ami, Jijah and Raihan

Comelnya awak buat gambar macam ni.

Penat dah berjalan. Kitorang lepak kejap kat kerusi malas ni. Tengok pemandangan Tasek Putrajaya.

Lepas tu kitorang pegi la Taman Warisan Pertanian. Kat sana apa lagi. Melantak and lepak-lepak. Tak lupa juga Solat Asar. (Nampak punggung aku macam makin besar plak)

Awak, gambar ni macam gambar dolu-dolu kan awak.

Lepak taman warisan, aku takde amek gambar ape-ape pun. just lepak menghilangkan dahaga and Ami kata lapar sangat-sangat. So dia makan Char Kuew Tiow, aku dengan yang lain. Tengok je dia makan. Boleh macam tu?

Kadang-kadang aku sendiri tak sedar ape yang aku tulis kat YM, Blog, sms. At the end aku pun tak ingat ape yang aku cakap. Ntah lah. Lately ni terlalu banyak bende berlaku. Which aku tak rasa korang perlu tau. You just want to hear all the good news je kan. All the bad news, aku simpan je buat pekasam. Sodap di makan.

Hidup kan ade turun naiknya. Mungkin masa sekarang ni, bertalu-talu masalah datang. Kekecewaan datang sekali, bukan sekali je. Berkali-kali. Tapi aku sabarkan sahaja. Aku tau, aku semakin kuat. Lantak pi la orang nak kata aku kaki clubbing ke, kaki tonggang ke, Kaki pompuan ke. Lantak la. Aku tak kacau hidup orang lain pun. Banyak lagi bende yang aku perlu fikirkan.

Nota kaki: Awak, terima kasih ye awak sebab gembirakan saya. Saya hargai awak sangat-sangat. Nanti kita lawat taman-taman awam yang lain ye. Miss you awak, muaxxx...

Rempiting: Edisi Melompat Lebih Tinggi

Awal-awal dah upload gambar macam ni. Hahaha, saja nak tunjuk muka yang tak hensem tu la. Hua hua hua. Promote lagi, Novel 17 jangan lupa baca. Dah upload chapter 6. Tengah gigih menulis chapter 7 ni. Nak kene Upload hari rabu. Then chapter 8 hari sabtu. Adeh, sempat ke aku nak buat ni.

Sebelum majlis makan malam perpisahan dengan budak final year tu, Muhammad Jeffri Sia bin Abdullah dengan Gustav Tee bagi kami semua dalam lab present. As a token of appreciation la. So aku apa lagi, terasa macam tak sedap hati la, dapat hadiah dari junior, tapi senior kerek nak mampus. Tak bagi hadiah pun.

So jenuh-jenuh fikir, aku pun timbullah dalam idea aku. Bagi hadiah gambar kitorang with the frame. Cantik ape gambar begitu. Hahaha.

Memula cari port baik punye.

Lepas tu aku pun ape lagi. Turun gi port la.

Amek gambar baik punye tepi tasek.

Posed tepi tasek lagi. Yang ni closed up.

Naik atas stage kat arena tu.

Smart ar kinot gambar yang kau amek ni. Lain kali aku import kau lagi erk. Pic macam ni ok la.

Akhir sekali. Melompat la. Macam tak biasa plak. Hua hua hua

Dan hasilnya. Macam gembira je diorang dapat hadiah dari kami ni.

Ada orang komplen, kenapa la asyik melompat je. Anyway aku tatau la kenapa aku ni suka saja nak melompat. Tapi memang baru nak belajar pic melompat2 macam ni. Jaguh lompat tinggi and lompat jauh masa sekolah rendah katanya. Jadi, nak tibai melompat je la.

Nota kaki: Aku nak botak lagi. Kutuk la kalau nak kutuk. Aku tetap nak botak.

Sunday, May 24, 2009

Rempiting: Makan banyak dan melompat-lompat

Hari ni termengah-mengah. Menyiapkan chapter 6, Novel 17. As usual la kan. Dah janji 3 hari satu chapter. Kene la buat. Walaupun seriusly memang masa sangat la constraint. Nak rehat pun takde masa. Ni pun tak mandi lagi even dah 12 tengahhari. Biasalah, mandikan Wak Sonto pagi tadi. Lepas tu basuh baju. Rutin hujung minggu.

Tingginya aku melompat. Gila mantap, walla weh.

Wah, intro dah dengan picture melompat-lompat. Dari hari tu melompat-lompat. Memang takde keje la asyik melompat je. Ape pun bak kata Wanie, "I Like Mat Rempit". Actually hari khamis lepas ade dinner lab kitorang. Takde ape la sangat pun. Just gathering untuk meraikan budak-budak final year yang sama lab project dengan kitorang. So pegi la makan-makan. Bukan ape. Meraikan sahaja. Kira jamuan perpisahan la ni. (lepas ni tinggal budak postgrad je dalam lab)

Ni la kitaorang. Bersama supervisor lab and isteri dia. Berdiri dari kiri, Muhammad Jeffri Sia, Akmal, Raja, Gustav Tee, El-Zaffril Duduk dari kiri, Ami Nurul, Amirah, Dr. Hisam, Pn. Nashiren, P-Ja.

Lepas makan, sesi penyampaian cenderamata untuk diorang sebagai kenangan. Macam Cha Ya Nun Aliff mampus pun ada.

Habis makan melepak pulak kat tasek titiwangsa. Masa tu ape lagi. Sesi bergambar kenangan la. Tapi akmal tak join la. Anak mak. Kena la balik awal.

Ami dengan anak ikannya. Hua hua hua.

Ada tangan orang tu cacat. Tak bleh buat.

Tengah menari tiang sebenarnye. Wow.

Upacara melompat lagi. Hua hua hua.

Sopan sungguh saya melompat. Hua hua hua.

Sebenarnya ada lagi gambar untuk hadiah depa. Nanti malam-malam sikit la aku upload story pasal hadiah untuk diorang. Banyak betul story nak cite kat blog ni. Hua hua hua. Apa-apa pun. All the best to Akmal, Jeffri, Tee and LooQian (tiada di gambar). Have the best journey young engineer.

Nota kaki: Apa cerita kawanku seorang di Kelana Jaya ye. Lama tak sms aku, hidup lagikah engkau.

Friday, May 22, 2009

Bapak Bosan Tahap Dewa

Hari selase hari tu adalah hari kebosanan terlampau sedunia. Bapak la bosan, so lepas solat Asar hari tu aku sempat la amek gambar. Saja amek gambar huduh-huduh, buat pencemaran mata kat blog aku. Hahaha

Ni kat makmal awam

Ni plak kat work lab aku. Comel tak aku

Ni sementara nak tunggu Wak Sonto bersedia merempit bersama

Gila la aku mencari publisiti aka mencapub. Dah takde cerita sangat la tu. Haish, nak story ape pun aku dah tatau dah. Haiya sebenarnye ada. Tapi aku tatau nak mula macam mana. So aku mula dengan posting macam ni la.

Minah ni datang UPM pun tak bagitau aku. Kecik ati 4 saat

Jangan gossip apa-apa. Si kawan aku ni akan bertunang bulan depan. Jadi aku nak ucapkan selamat bertunang kepada tuan punya gambar yang aku cilok dari frenster. Minta maaf ye. Susah betul nak contact kau Cik Zaliza. Busy sangat ke kau sekarang.

Nota kaki: Selamat tinggal selamat jalan... (macam lirik last lagu selamat ulangtahun sayang la pulak)