Monday, July 21, 2008

Speeding Vs Rempiting (Episod: Pakej Merajuk)

Tetibe baca blog adik pagi tadi, terbaca pasal package. Ade ke dia nak merajuk dengan sayang dia 3 hari 2 malam. Cheh, merajuk pun kene ade package ke? Ampeh betul adik kesayangan gua ni. Nak buat macam mana. Pompuan ni kalau dah merajuk memang macam tu.

Aiyak, harap awek aku tak merajuk sampai macam tu sekali. Hahaha, sekarang sangat menjaga kesopanan dan kesusilaan. Baru la lelaki sejati nama dia. Kalau idak, mampos kene baling dengan baldi penuh dengan air longkang. Adeh, ape aku merepek ni.

Hari ni kelas cancel. Haha, dah la kelas satu jam je. Tibe-tibe kelas cancel. Datang jauh2 merempit hampir 30km. Kalau kire minyak moto semua. Memang tak berbaloi la. Dah dua minggu begini. Haiya, Pening palo den. Kelas asyik cancel je. Dah la subjek ni gua lembap sikit. Yer la. Dah lama tak blaja. Tibe-tibe jadi student. Tuh yang lembap banyak. Dah banyak masuk air. Wakakaka

Hari sabtu lepas lepak kat umah pejal kat AU2. Huhu, saja melepak di rumah member aku yang bakal menjadi suami kepada seorang doctor. Haha, percayalah yang dia adalah kawan baik aku yang tersangatla baik. Muka bercahaya. Sebenarnye saja nak amek kad jemputan. Hahaha, baju untuk majlis dia baru 1 je selesai. Kene la ikut tema. Satu warna oren, satu warna pink. Baju pink dah settle. Oren je tak settle lagi.

"Sayang, bleh belikan baju warna oren untuk abang tak. Abg tak sempat nak gi beli la."

Ya Allah, gediknye aku. Keh keh keh. Gedik pun gedik la. Janji rempit. Ingat nak merempit pegi ke Jusco kot. Beli baju segala. Hujung minggu ni nak balik kampung. Mahu makan durian, rambutan and pulasan. Sangat menyelerakan. Insyaallah, ade lebih aku sedekah-sedekah le kan. Hehehe. Kalau tak sampai ke rumah tu paham-paham la yer. Minyak mahal. Huhu

1 comment:

Anonymous said...

Pakcik...

Nanti ada rambutan, durian, manggis, langsat lebih bawa balik la.. bagi kat orang2 KL nie yang tak ada kampung... kami nie dusun pun tak ada..

jangan lupa hantar mai kat Jalan Klang Lama tau.. Lagipun on da way je.. Mai la singgah umah kita nie.. jumpa sahabat lama.. mai la sini, tgk keta baru dia :)