Hari ni pagi-pagi masuk opis kejap. Memandangkan aku masih ade beberapa hari kontrak dengan company, so aku gagahkan diri gak pegi keje. Banyak keje kat opis sebenarnye. Tapi aku dah pass sume all my pending job. Huhu
About pukul 12.00 tengahhari aku balik la. Kene siap-siap nak gi oath taking kat kampus. Tengok langit mendung kelabu. Memang tiada maaf bagiku. Terus la aku siap-siap and pegi bus stop depan umah. Hehehe
Nampak bas Rapid KL terus aku tahan. Bayar la RM2. Then terus la sampai stesen star titiwangsa. Aku ape lagi. Kalut2 la. Sebab aku ade masa 1 jam je nak kene sampai kampus. Aku gelabah je. Sampi bandar tasek selatan aku tuka train. Naik KTM komuter plak. Then sampai stesen Serdang. Aku terus tahan cab. Naik cab je la, takyah pening kepala.
Sampai pintu pagar fakulti terus aku tepon kak mas. Dia kata nak solat dulu sebelum pegi hall. Aku pun ok je. Alang-alang dah masuk waktu aku pun solat zuhur la dulu. After solat aku tepon kak mas semula. Kak mas ni muke dia ade sikit macam Naima, ala yang watak pembantu dalam Sinderella. Yang butang minat gile tu.
Then terus shoot pegi ke Hall yang ntah ape ntah nama dia. Then register la katanya. Tak macam register pun. Setakat amek leaflet dengan sikit handout. Hurm, rasa macam takyah datang pun tak ape. Then jumpa la latep. Hahaha, sian dia. Tak dapat nak jalan jauh. Sebab kaki dia sakit bangat. Aku decide duduk sebelah Kak Zura dengan Kak Mas. Senang nak gossip. Lagipun bapak bosan tak hengat.
Then menunggu si canselor ni. Haiy, lambatnye. Aku dah la tak suke delay. Ikut tentatif dia patut sampai pukul 2.00ptg and dia kene bagi speech at 2.15pm. Hurm, tak ape la. Orang besar ni penuh schedulenye. Unlike me yang tak banyak schedule pun. About 3.00pm baru la dia sampai. Aku pun tak ingat nama dia. Hahaha.
Then acara dimulakan dengan menyanyi lagu Negaraku. Aku pun nyanyi la. Then dengar lagu rasmi Universiti. Aku senyum je. Tak hafal, plus skema je lagu dia. Tak ape. Aku harap this is the 1st time aku akan dengar lagu ni and last aku akan dengar masa aku convo. Hehe, sebab lepas ni aku tak terlibat dengan protokol ape ape lagi dah.
Then selesai sume about 4.30pm. Amin, aku rasa breifing ni patut dibuat sebelum kami mule kelas. Sebab banyak menganggu masa kami. Dengan kelas yang terpaksa kami tuang. They should improve on this la. They should improve on time management. Itu yang aku rasa paling perlu la.
Then habes semua tuh baru dia distribute matrix card. Aku pun beratur. Hahaha, ok la. At least ade nama kan. Aku simpan dalam poket je la. Time exam jer baru gua pakai. Ataupun time pak guard tanye. Hehehe, atau untuk bende2 penting je. Diorang saja je hold semua tu, sebab takut semua student akan balik. Coz breifing tuh pun aku blur tahap tak ingat.
Then balik saing kak mas. Aku suruh kak mas drop aku kat Bus stop je. Sebab sian la plak kat dia kaedahnye nak suh dia hantar kan. Then aku tunggu je bas Rapid KL. Sampai komuter serdang. Huhuhu, lepas ni hope aku tak akan naik bas lagi. Teruk siol sistem pengangkutan awam kat sini. Hurm, ini yang kerajaan patut improve kalau nak naikkan harga minyak.
Then sampai stesen komuter serdang aku terus naik komuter. Then terus shoot ke kl sentral. Then terus ke stesen Asia Jaya. Malam tu aku ade meeting insurans. Plus aku nak amek my bee yang dah boleh kuar hospital. Hehe
Sampai tuh aku terus tahan cab, pegi ke Toyota Syek 19 kat PJ. Hurm, nasib baik la jumpa Mr. Zul tu. Then sampai, aku terus baca all the document. Tak miss out 1 pun. Hurm, then aku cek My bee aku. Every single side. Tak kisahla. Ade ape-ape yang aku tak puas hati aku terus raise out. Tanak nanti jadi isu. So jangan risau. Nanti aku komen your job Mr. Zul. Siap ko.
Then terus isi minyak. Adeh, stesen minyak kegemaran takde. Yang ade yang kurang gemar. Nak tanak terpaksa la gua isi kat sana. Isi $20 je. Ok la tu. Cukup sampai aku nak balik kg nanti.
Then terus shoot pegi meeting. Adeh, hari yang sungguh memenatkan. Balik meeting aku terus tido. Gua tak larat. Dengan tak mandinya. Terus tido. Aiyak. Nasib baik la kan. Aku sentiasa wangi. Hahahahahha
No comments:
Post a Comment