Lepas Solat Jumaat aku terus siap-siap. Nak gi last minute call up briefing tu. Nak tak nak terpaksa la pegi gak. Memandangkan my lecturer takde. So at least I got something there. At least la kan. Then ade few briefing from few person. Aku plak tatau nak tanye ape. So aku diamkan je la. Habes about pukul 4.30ptg. Ade refreshment. Aku makan 3 biji karipap, 2 piring mee hoon dengan 2 biji kueh ape ntah. Yang tepung kaler hijau kat atas dengan pulut dibawah. Aku main makan je. Nama tatau. Hehe masa makan ni latip dengan kak mas la menemankan aku.
Pukul 5.00 petang baru settle. Then aku terus shoot masuk plus highway. Menuju ke arah selatan. Hehe, sampai di exit Air Keroh gua terus masuk dan bercadang untuk bersolat asar. Dah pukul 6.45ptg aku sampai ke Masjid MITC. So solat la Asar. Dah lewat senja dah. Habis solat, aku memerhatikan sekeliling Taman Tasek Utama. Sudah jauh berbeza la. Memang lain dah.
Akhirnya aku sampai jugak kat Bear Hill, memang jauh berbeza la dengan dulu. Memang sejak tahun 2000. Memang banyak berubah. Ni antara gambar yang aku amek tentang Bear Hill. Memang berbeza.
Then aku terus pegi ke rumah Irra. Lama dah tak jumpa dia. Selalu datang melaka tapi tak pernah nak singgah rumah dia. Then aku lepak umah dia, sampai lebih kurang pukul 7.45ptg. Makan buah betik dengan air oren.
Lepas tu aku terus pegi rumah Fendi. Bercadang untuk Barbeque dengan Fendi and Hazimin and few of our geng la kan. Aku pick up Fendi sebab dia teringin nak naik My Bee. Huhu, Pastu aku pick up Hazimin dengan Shahrul Ikmar kat kampus. Sambil tunggu Shah tu, aku melawat la bilik-bilik bekas my lecturer la kan. Tak dapat amek gambar dengan lecturers, amek gambar nama diorang pun jadi la.
Shahrul Ikmar ni aku kenal time dia baru masuk MMU, junior yang lahir pada tahun 1985. Dia lahir 17th July, sama dengan aku. Aku dah jumpa 2 orang yang celebrate birthday dengan aku. Shahrul Ikmar, Ahmad Afiq dengan aku. Huhu, Kire malam tu kami celebrate aku dengan Shah punye belated birthday.
Kami sampai about pukul 9.00mlm. And then tunggu tunggu other person. Malam tu yang join this bbq is:-
- Aku
- Fendi
- Hazimin
- Shah
- Rashid
- Fahmi
- Kalis (Macam lagu kalis rindu elyana la plak)
- Kambing
- Ayam
- Honey dew
- Yellow Melon
- Watermelon
- Air soya
Then borak punye borak sampai pukul 12.00Mlm, aku nak kene balik Batu Pahat ni. So aku balik dulu la. Sambil bawak Fendi dengan Shah ke Bear Hill. Shah aku hantar ke MMU. Fendi ke Bear Hill Park.
1 comment:
Salam,
Undilah Fendy ! Hidup ElZafril !
Post a Comment