Sunday, July 27, 2008

Speeding je (Episod: Bek Woh)

I goreng tauhu tu sampai pukul 2.00 pagi. Penat. Then tengok la orang karaoke. Layan mengantuk la plak. Aku dah mengantuk gile. Haha, then balik rumah tido la ape lagi. Hehe

Pagi mak kejut Solat Subuh. Aiyak, dah lambat. Then mak suruh pegi kedai beli bihun dengan taugeh. Sebab aku dah lama teringin nak makan bihun goreng mak buat. Hehe, kat kedai banyak, tapi aku nak makan bihun goreng mak buat gak.

Then sampai rumah makan dulu cempedak goreng. Lepas tu baru makan bihun. Nyum nyum. Sedap siol. Memang sedap bangat. Aku makan banyak gile time tu. Lepas tu bungkus hadiah untuk sepupu aku ni. Then selesai makan, aku bersiap-siap pegi rumah sepupu aku. Tolong ape yang patut. Nak sampai adik tepon. Borak lama gak. Hehe, dah lama tak borak dengan dia. Sempat la aku tolong mak masak sambal goreng sikit.

Bergambar je koje kau, kacau ler... nanti hangit

Selesai tu perut rasa lapar. Melihat menu hari tu:-
  1. Nasi ayam
  2. Sayur Cap Cai
  3. Acar Timun dengan Lobak
Terus aku jadi lapar bangat. Haha, aku amek nasi and makan dengan Ila, Cik Nor dengan Anak Edy yang aku lupe nama dia.

Cik Nor (Left) Ila (Right)

Ni anak edy yang aku tatau nama tu

Suhaida yang semakin kurus kering

Dah kenyang aku tatau nak buat ape. Terjumpa Cik Enon. Borak-borak and dia mintak rambutan. Aku plak memang nak bawak balik sikit. So aku terus la balik rumah mencari gergaji. Aku gergaji semua dahan yang ade buahnye. Sampai togel dah pokok rambutan tu aku kerjakan. Takde buah langsung. Aku dapat 10 karung. 1 karung tu bersamaan saiz untuk 25kg tepung. Memang banyak bangat la kan.

Aku terus paksa anak sedara aku semua kutip rambutan la. Dah la banyak. Nasib baik ade abg ipar aku. Dia tolong aku sekali. Memang banyak sangat. Kalau aku sorang memang tak larat nak buat semua tu la. 1 karung aku bagi Cik Enon, 2 karung aku bagi abg ipar aku (Suami Kak Nor), 3 karung kak idah amek. 4 karung lagi, aku punye la. Haha

Lepas tu aku pegi rumah sepupu aku semula. Pengantin dah nak sampai dah. So ape lagi. Aku posing la depan cam. Hehe, dah lewat petang dah pengantin sampai. Ntah ape ntah yang ditunggu. Nak sanding lagi, nak potong kek lagi.

Pengantin lelaki muke bengang je. Bang, takut kene bayar tol banyak ke. Ilek la, tu baru sikit bang

Toll gate girl and toll gate boy

Toll gate untie pon ade

Aku cume tumpang amek gambar. Tapi dapat gak toll fee. hehe

Malu-malu konon. Ila, ko ni makin gemuk la

Lepas bayar toll banyak2, dapat gak kau duduk sebelah siti kan. Ni lagi satu. Makin kering la kau siti

Salam siti, Cium tangan. Jangan jadi isteri durhaka. Kang adi sumpah kau jadi batu kang. (Macam hindustan pun ade kan)

Satu family portrait

Dannish yang tembam

Melepaskan tensen tak dapat nak karaoke malam tu. Aku nyanyi 3 lagu. Haha, first aku nyanyi lagu Mimpi Yang Tak Sudah (Ibnor Reza). Lagu wajib keje kawen. Haha. Memang lagu peberet untuk aku nyanyi la kan. Tapi aku a bit shaky la sebab dah lama tak pegang mic la kan.

Then terus masuk lagu second plak. Aku nyanyi lagu Ketahuan (Matta). Yang ni aku dah mule konpiden. Tapi bile 2nd chorus tu aku loose focus. Sampai tempo berjalan sikit. Then pitching ade lari-lari anak ikan. Haha.

Pastu aku tanye dj tu ade lagu Mahakarya Cinta tak. Dia kata ada. Aku kata, ok set, gua layan. Aku memang suke dengan lagu abang superman kite tu. Pastu aku cakap kat Adam (sepupu aku gak) yang aku nak nyanyi lagu tu. Dia ajak duet. Tapi dengan syarat. Yang tinggi-tinggi aku nyanyi la kat. Terutama chorus dengan satu part yang tinggi bangat.

Pergh memang mantap la masa nyanyi. Aku balun abes lagu tu. Best bangat lagu abang superman tu. Adam dia tak sampai nak tarik. Aku memang yakin boleh. Tapi tempo ade terjalan ar. Haha

Then abes nyanyi, Cik Nor cakap gua pukul abes. Haha, memang ler pukul abes. Aku memang gian nak menyanyi. Tapi aku takde la gile kose macam orang lain. Dari pagi sampai petang nak pegang mic. Takde la sampai macam tu kan. So cukup la 2.5 lagu. Hehehe yang 0.5 lagi tuh share dengan Adam.

Then balik la rumah mak aku. Sebab dah exhausted gile. Then terbaring la kat rumah. Solat Asar, lepas solat pegi cari durian untuk anas dengan manggis untuk aidil. Jenuh pukul keliling kampung mencari.

Then mak ajak pegi kenduri kawen kat 2 tempat. Yang 1st tu layan je la kan. Yang 2nd tu tak sangka pegikenduri kawen exgf aku masa form 4. haha, ala cinta monyet masa form 4. Time tu aku ramai peminat. So aku tinggalkan dia la. Tapi tak sempat nak jumpa dia. Sebab sibuk mengemas. So aku just kim salam kat dia la. Kisah lama tak baik di kenang.

Lepas tu malam aku siap-siap balik ke KL. About pukul 8.00mlm aku bertolak. Then isi minyak kat Air Hitam, lepas tu terus shoot ke Nilai, anta Manggis dengan Rambutan Erna. Then terus ke Jalan Klang Lama untuk anta durian, manggis dengan rambutan khas untuk Anas. Then terus shoot ke Shah Alam. Anta Manggis si Aidil. Aku bagi rambutan sikit untuk dia. Hehe. Aku dah tak larat. Tido je la rumah Aidil. Hehe

2 comments:

government loans said...

very awsome.


government loans

Anonymous said...

Pakcik... rambutanmu ku sedekah kan kepada akak2, makcik2, pakcik2 kat FABER tower nie tempat ku mengaudit sekarang.. huhuhu auditor bagi rambutan kat client... bahaya kalau bos tau..matilah sebab baik sangat ngan client...apa2 pun depa suka sangat.. kul 9 pagi lagi atas meja penuh rambutan.. masing2 dok ngunyah rambutan sambil bergosip..
Apa2 pun thanks tau.. sedap durian, manggis ngan rambutan dari kampung..banyak pahala pakcik dapat :)