Tuesday, July 15, 2008

Saya tidak akan melalui jalan ini lagi

"Saya perlu melalui dunia ini tetapi apa sahaja kebaikan yang boleh saya lakukan atau apa sahaja kejujuran yang boleh saya tunjukkan kepada sesiapa sahaja biarlah saya lakukan sekarang dan tidak akan menangguhkannya demi kerana saya tidak akan melalui jalan ini lagi"

Bukan nak bercerita tentang quote kat atas tu. Nak bercerita tentang hari ni. Hahaha. Hari ni kelas banyak. 6 jam lecture. Penat siol. Kelas start pukul 8.00pg. Penat siol, pagi-pagi dah kene bangun. Tapi dah biasa dah bangun pagi-pagi.

Kelas pagi tadi biasa je. Cume aku blur banyak. Sebab tatau ape yang dia ajar. Yer la, dah meninggalkan arena blaja lama bangat. Mana nak ingat semua yang dia ajar masa di MMU dulu. Hahaha, abes kelas pukul 9.00pg, aku terus pegi breakfast. Tak sempat nak breakfast pagi tadi. Huhu, aku sambar karipap sebiji, puteri salad sebiji dengan cucur udang sebiji. RM1.20, mahal ke murah tak tahu la. Standard price la kot. Huhu.

Lepas breakfast aku lepak kejap. Then continue kelas pukul 10.00pg sampai pukul 12.00tgh. Masa kelas ni aku kenal la beberapa budak senior. Senior untuk degree la. Cause diorang budak final year. Memang la paling senior. Aku ni budak junior la. Tapi different level la.

Masa kelas tadi lecturer bagi assignment. Haha, kene form group plak. Aiyak, aku takde kenal sape-sape pun. Nasib baik la ade senior yang duduk belakang aku offer untuk buat sama-sama. Haha, aku on je. Terus la gua kenalkan diri. So kenal la Rahman, Syam, Ganesh dengan Akmal. So diorang akan jadi assignment member aku sampai hujung semester. So aku memang akan jadi geng diorang la sampai hujung semester.

Habes kelas, aku terus pergi makmal. On the way tu kenal la Baz, seorang pompuan dari Melaka. 2 lagi geng dia aku tak kenal. Sempat tak sempat bertanye nama. Tak ape la. Next class aku tanye nama dia.

Sampai makmal aku jenuh cari buku online. Malas nak beli sebab mahal la kan. Kalau online just download chapter-chapter penting je. So dapat la 1 buku dari beberapa buku yang aku cari. Huh, jenuh nak mencari tu. 2 jam baru jumpa 1.

Then pukul 2.00ptg masuk kelas semula. Sebelum masuk kelas Kak Mas suruh tolong angkat buku. Sampai kelas terlambat la plak. So Aku, Kak Mas, Zura dengan Azrim sampai kelas lambat. Kelas dah start. Haha, buat bodoh je la.

Then kelas habes pukul 5.00ptg. Memang exhausted. On the way nak balik rumah hujan la plak. Aiyak, terpaksa berhenti kat bus stop Sri Kembangan. Kene tunggu hujan reda. Baru boleh bergerak semula. Hahaha, tak ada la penat sangat.

Malam ni free sikit. Ingat nak buat assignment. Lepas tu ade self study untuk 6 chapter. Lebih kurang 300++ muka surat. Aiyak, konpem mata gua juling. Haha, tak ape la. Dah nama pun student. Kene la tunaikan tanggungjawab as a student la kan.

P/s: Bukan senang nak senang, dan bukan susah sangat nak susah. My engish conversion was so bad. Hahaha

No comments: