Saturday, July 26, 2008

Speeding je (Episod: Merewang-rewang)

About pukul 12.30pg, aku terus shoot balik ke bp. Dari melaka tu. Dah la sorang-sorang. Takut siol. Tapi aku kan lelaki, gagahkan diri la speeding malam-malam. Aku ikut jalan lama. Tak ikut lebuhraya. Nak jimat beb. Minyak dah la mahal. Toll tak lama lagi naik. Macam siol la. Tensen aku.

Tengah syiok2 drive tu, ade sorang minah drive kete kancil. Dah la malam-malam buta, bawak laju tak hengat. Aku ape lagi. Terasa tercabar le. So aku pun menekan pedal minyak dah terus shoot. Pergh macam nak terbang my bee aku. Kancil aku biar kat depan. Aku kat belakang. Kitorang dah macam jawa drift da (sebab kawasan orang jawa kot kat situ). Atas dasar ‘kalau nak langgar ape-ape, biar la kancil tu langgar dulu.” Hahaha, punye la syok memfollow tibe-tibe dia belok ke arah mana ntah. Tapi aku nampak la masa dia belok tu. So lepas tu aku drive normal balik. Tanak la laju-laju. Merbahaya ma.

Then aku sampai rumah about pukul 3.00pagi. Terus on the phone, buka torch light. Tengok rumah my mum yang tengah renovate. Then tengok rambutan. Makan rambutan. Tengok pokok durian. Tengok pokok manggis. Then tengok pokok pulasan. Selambe kodok je aku ni pegi meredah. Dah la gelap gelita. Kang kene sergah demam la plak. Tibe-tibe mak tersedar. Hahaha. Sorry la terkacau mak tido. So aku pun masuk la. About 3.30pagi macam tu terus aku tido.

Sedar-sedar mak kejut solat subuh. Then aku sambung tido semula. Then mak cakap mak nak pegi mesyuarat. Jangan lupa buatkan air untuk kontraktor buat rumah tu. Aku ye kan je la. Dah la mengantuk. About pukul 9.00pagi baru aku bangkit dari tidur. Sebab lapar. Haish. Takde makanan langsung. Aku sorang je kat rumah. Faris dengan Nana, pegi sekolah.

Aku pun buat la air untuk kontraktor. Tak lama lepas tu kak paezah balik, dia masakkan pisang goreng. Then Epool dengan Fazuna datang melawat nak tengok buah-buah. Tak banyak pun buahnye. Hehehe

Then Epool dengan Fazuna balik, aku masuk rumah. Bersarapan dengan durian sorang-sorang. Aku bagi kak paezah seulas je. Lain aku makan. Keh keh keh. Adik yang kejam. Hehe. Tapi at least aku bagi satu kat dia. Kalau idak aku makan semua. Haha

About 10.30pg aku mandi and siap-siap pegi rumah siti(sepupu aku yang nak kawen tu). Yer la, tolong-tolong ape yang patut. Memandangkan tiada sape di rumah. So aku pun pegi la merempat kat sana. Dapat la gak kueh sepotong dua.

Sampai sana. Aku terus duduk dengan Su dengan Ila, sebab diorang tengah balut bunga telur. Haha, keje senang je kan. So aku pun buat tu je la. Instead buat keje lain la kan. Jenuh gak nak buat. Aku plak bab mencucuk-cucuk je. Nice kan aku buat. Ade sape-sape nak tempah ke?

Smart sial aku buat

Anak Epool, nama Dannish. Dah besar dah

Sambil buat keje tu sambil bergosip la kan. Baru la syiok buat keje. Dah lama tak jumpa sepupu-sepupu aku ni. Memang syiok la. Banyak bende nak gosipkan. Dari kisah rumahtangga ke kisah anak dara yang dah tak dara. huwa huwa huwa. Tttteeeeettttttttt off record.

Aku buat keje tu sampai petang. Hahaha then my mum suruh gorengkan kentang. Untuk buat sambal goreng. Hahaha. So aku pun duduk khyusuk menggoreng kentang. Hahaha. Selesai goreng aku balik rumah le. Ape lagi la kan nak buat. Then aku terus bersiap untuk yang malam punye.

Menggoreng kentang

Gigih bangat

Sampai rumah sepupu aku tu. Terus aku menggoreng tahu plak. Nyum nyum. Tahu tu. Nak buat sambal goreng gak. Hahaha. Memang syiok la aku buat. Keh keh keh. Malam tu Abang-abang aku yag dua orang sibuk karaoke. Aku sibuk menggoreng. Bagus sangat tu. Yang sorang layan pop yeh yeh. Yang sorang tu layan rock kapak. Aku plak RnB je (tapi aku tak nyanyi la malam tu). Yang aku tak puas hati, abang aku yangs orang tengah syiok layan lagu Derita Cinta (abang Jamal) gerimis mengundang la plak. Hampeh betul. Tensen aku. Dah la aku menggoreng kat open air. Hehe Nampak sangat sore dia tak sedap.

3 comments:

Nash said...

comelnyer anak epool!!!!tembam!!!nak gigit2 pipi die...hihihihi

Anonymous said...

It enables us to express our feelings and opinions.

fendy_ahmad said...

Salam,

Menarik aktiviti saudara elzafrill di Rengit yek... Best suasana kampung !

Hidup Johor !

Hidup Jawa ! Hidup Bugis !