Sunday, July 06, 2008

Mahligai Bernama Cinta

Aku tengah berdebar-debar. Esok nak start kelas. Tapi aku takde idea langsung tentang klas. Serius, aku blur nak blaja ape esok. Aku tak prepare ape pun. Tengok kat student portal pun takde lecture notes. Kene buat notes sendiri kot. Aiyak, leceh siol. Dah la kelas mostly tak ramai student.

Aku pun tengah risau pasal scholarship ni. Camne nak dapat ye. Pening duk pk pasal scholar. Hurm. Kepala asyik berangan hidup di sponsor. Haha. Tapi aku tau. Halal haram la. So takleh la macam tu kan.

Hari ni pegi beli barang-barang untuk kelas. Pen, A4 paper. Semua sekali la aku beli senang cite. Pencil case pon aku beli. Sebelum ni gune pencil case pemberian Hazimin. Sempena ole-ole dari cambodia. Hehehe. Masa tu dia melawat Cambodia la.

Baru lepas settlekan pasal schedule kelas. Adeh, risau sangat aku ni. Perut aku pun sakit. Darah gemuruh aku memang akan di transfer ke perut. Dari dulu macam tu. Aiyak, sakit perut. Tulun, sakit perut.

Ade orang cakap, aku ni tersangat la mat jiwang tua berkarat. Hahaha. Dah tua-tua nak jiwang bangat. keh keh keh. Agaknye la kot. Tapi ok jer, makin tua makin gatal. Macam miang keladi. Hehehehe

Lagu ni aku dengar masa aku tengok cerita VCD, Aku Cinta Padamu. Tak bape ingat dah jalan cite dia. Tapi memang aku suke lagu ni la. Huhu. Tatau la kenapa? No komen. (Sungguh artis jawapan aku itu). So kita layan je. Lagu lain akan menyusul kemudian. So lagu untuk posting hari ni, Mahligai Bernama Cinta - Farish. So kite layan.



Padamu ku serahkan
Suatu yang bernama cinta

Ku peluk jasadmu
Dalam bayangan
Biar tak terasa
Namun ku bahgia
Resahku Berlalu
Rindu pun bertakhta
Mengharap mimpi
Memutik kenyataan

Tersentuh di jiwa
Terkesan di hati
Kemelut nan melanda
Diminda ku ini
Ingin ku katakan
Tapi tak berani
Bimbang jika kau berubah hati
Menjadi benci

Satukan dua jiwa ini
Dimahligai bernama cinta
Biar harus aku korbankan kaulah segalanya
Kasih dapatkah kau mengerti
Apa yang tersirat di hati
Bukan gurauan satu kebenaran

Nyata impianku bukan khayalan
Kesabaran kini ternyata beerti
Kesetiaanku telah dihargai
Kujanjikan kebahagiaan untuk selamanya

Satukan dua jiwa ini
Dimahligai bernama cinta
Biar harus aku korbankan kaulah segalanya
Kasih dapatkah kau mengerti
Apa yang tersirat di hati
Bukan gurauan satu kebenaran

Tabahkanlah hatimu oh kasih
Mengharungi dugaan
Kutetap disisimu oh kasih
Usah kau curiga
Percayalah sayangku

Satukan dua jiwa ini
Dimahligai bernama cinta
Biar harus aku korbankan kaulah segalanya
Kasih dapatkah kau mengerti
Apa yang tersirat di hati
Bukan gurauan satu kebenaran

No comments: