Thursday, July 31, 2008

Posting terbanyak

Banyak gile posting aku bulan ni. Meroyan ntah ape ntah. Ape taknye. Termasuk posting yang ni dah 58 posting dah. Haiya, banyak tu. Bukan sikit. Orang lain selalu tulis lebih kurang tu jugak untuk 1 tahun. Tapi aku takleh lawan record adik la.

Hurm, lately kepala otak aku tepu. Takde cite-cite best yang untuk di kongsi. Selain semakin sibuk dengan study, plus semakin menekankan perasaan sebab tak dapat scholarship lagi. Aku pun agak confuse sebenarnya ape yang aku perlu buat. Mengikut 7 plan yang aku rancangkan tu, sepatutnya berjalan dengan baik. Tapi aku sangat di uji. Mari aku refresh balik 7 plan tu dan cabaran yang mendatang.

  1. Jadi Graduate Research Assistant (GRA) di UPM. - Tengah tunggu result dari UPM, penantian sungguh menyeksakan.
  2. Buat tutoring kat OUM. -Tengah tunggu OUM panggil interview
  3. Jual Insurans - Lately banyak assignment, tak banyak masa nak keluar
  4. Jadi Band Singer - Tak sempat nak gi audition lagi
  5. Jadi Model. - Time nak buat casting muka aku plak buat hal. Jerawat naik tak hengat. Baru nak ok sikit ni
  6. Menulis lagu dan juga lirik. - Kepala otak dah mule tepu daaa
  7. Tulis skrip drama, filem atau teater. - Computer aku plak rosak. Haiya
Haish... banyak sungguh cabaran dalam hidup ni. Tapi aku percaya yang cabaran tu tak akan melunturkan semangat aku sikit pun. Aku doa-doa macam tu la hendaknye. Ingat petang ni kalau ada masa nak apply hostel je la. Susah sangat nak fikir.


Mengapa pompuan melayu jer kena histeria?

Message: Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri.. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india . Di mana salah nya... ... ..Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

Kes histeria di sekolah kat BSB... .Misteri di Asrama Puteri terjawap! Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!

Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???" Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab... ""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"" ""Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK... "" ""Aduhai... kekekeekeeee. ..

Harga Sebuah Iman

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam". Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

DUNIA sebagai ALAT
AKHIRAT sebagai MATLAMAT

Nikmat Hidup

  1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
  2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
  4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
  7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
  9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
  10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
  11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
  12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
  13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
  14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
  15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
  16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
  17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
  18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
  19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
  20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
  21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
  22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
  24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
  25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
  26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari
  27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
  28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
  29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
  30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
  31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
  32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
  33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
  34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari
  36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
  37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
  38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
  39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
  40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
  41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
  42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
  43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
  44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
  45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
  46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
  47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
  48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
  49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
  50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Wednesday, July 30, 2008

GMBees and their hair style

Hari ni as usual la lepak2 makan dengan GMBees, for the last 2 days la. Lepas ni dah tak keje kat sini lagi la kan. Lepas ni study sepenuh masa. So tengah dok lepak-lepak makan, macam best plak kalau aku post pasal style rambut each and everyone. So layankan je la rambut depa ni

Enol, seorang pendandan rambut yang success

Butang dengan rambutnye yang sudah siap didandan oleh Enol

Wira dengan style rambut tajam depan pucuk bontot itik sedang mengambil gambar Butang yang siap didandan

Takkan tak siap lagi kot adjust rambut si Butang ni

2 rambut berbeza, Faredi dengan style rambut ‘guna jari pun boleh’ dan Butang dengan style rambut gula-gula kapasnye


Enol engineer style merangkap pendandan rambut yang success, bergambar dengan hasil kerjanya, rambut Mr. Butang

Wira, jangan gelak

Syaari, seorang tech yang sangat stylo di TI. Jerawat kau dah elok belum?

Imran ni tibe-tibe nampak stylo gak

Mr. Alam yang hensem sebenarnye. Dengan style rambut botak

Ya Allah enol, udah-udah le tu adjust rambut Butang

Herol control macho. Rambut static tang tu gak. Awat termenung jauh ni

Aku lupe nama mamat pendek ni. Padahal ahli GMBees gak. Najib ke hapa ntah nama dia

Mie budget comel la tu. Ahaha

Ni ape kes ni. Tapi smart la beb. Bibir nipis, janggut tebal, misai tebal. Mesti Norma suka


Doktor: Tiada kesan Saiful diliwat

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Hrkh) - Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.

Menurut Malaysiakini, salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar.

Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.

Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.

Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya.

Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar".

Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam. - mks._


Sumber:Harakahdaily

Teknik Apakah

  1. Kalau tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..
  2. Kalau terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...
  3. Kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...
  4. Kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..
  5. Kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....
  6. Kalau terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalau takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....
  7. Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

Harga minyak Singapura turun lagi, kali kelima dalam 20 hari

HARGA minyak petrol turun lagi semalam, sebanyak 10 sen setiap liter - penurunan terbesar sejak Ogos 2003. Ini kali kelima harga minyak petrol turun dalam masa 20 hari.

Langkah mengurangkan harga minyak petrol semalam dimulakan Shell, yang kemudian diikuti Caltex, Singapore Petroleum Company (SPC) dan Mobil.

Dengan penurunan harga itu, harga minyak petrol sebelum ditolak diskaun di kedai minyak sekarang adalah $2.110 seliter bagi petrol oktana 98, $2.036 seliter bagi petrol oktana 95 dan $2.003 seliter bagi petrol oktana 92.

Harga minyak petrol premium sebelum ditolak diskaun pula adalah $2.239 seliter bagi Shell V-Power dan $2.236 seliter bagi Caltex Platinum.

Menurut para penganalisis, harga minyak petrol turun kebelakangan ini kerana kebimbangan tentang permintaan minyak semakin reda.

Harga minyak mentah mencecah paras AS$100 setong pada awal tahun ini, sebelum meningkat ke beberapa paras rekod akibat kebimbangan mengenai permintaan minyak yang terus bertambah ekoran ketegangan antara Barat dengan Iran mengenai program nuklear Teheran.

Ketidakstabilan di Nigeria, salah sebuah negara pengeluar minyak Afrika utama, turut menjadi faktor, kata para pengamat.

Harga minyak boleh jatuh ke paras AS$70 dan AS$80 setong jika dolar Amerika terus kukuh dan kebimbangan mengenai Iran berkurangan, kata ketua Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec), Chakib Khelil, Sabtu lalu.

Berita penurunan harga minyak petrol semalam melegakan para pemandu, terutama seperti Muhd Fuzail, yang perbelanjaan kereta beliau mencecah sekitar $500 sebulan.

'Oleh kerana saya perlu menggunakan kereta untuk ke sana sini dalam menjalankan tugas saya, tentunya penurunan harga minyak menggembirakan saya. Saya harap harga minyak akan terus berkurangan,' kata pegawai teknikal berumur 32 tahun itu.

Tuesday, July 29, 2008

Pendek tapi sangat bermakna

"Aku hanya tahu di mana ia bermula kerana hanya Allah sahaja yang tahu di mana ia akan berakhir"





Monday, July 28, 2008

Speeding je (Episod: Akhirnya)

Bangun pagi aku rasa tak larat. Aku ponteng kelas then balik rumah keramat. Hehe sampai rumah plak aku siap-siap la nak pegi keje. As usual. Hurm. Penat tapi rasa tak puas hati la. Memula plan nak balik Subuh. Tapi aku rasa macam tak sempat nak hantar kat semua orang hari ni. Jadi aku balik malam tadi. Senang sikit. Semua orang ade kat rumah. Kalau aku balik pagi tadi entah bile la aku nak anta buah-buah tu semua kan.

Then petang tadi Mai amek bahagian dia. Nyum nyum. Selamat menjamu selera sume. Huhu. Letih mengupdate hari-hari. Tapi gua puas.


Sunday, July 27, 2008

Speeding je (Episod: Bek Woh)

I goreng tauhu tu sampai pukul 2.00 pagi. Penat. Then tengok la orang karaoke. Layan mengantuk la plak. Aku dah mengantuk gile. Haha, then balik rumah tido la ape lagi. Hehe

Pagi mak kejut Solat Subuh. Aiyak, dah lambat. Then mak suruh pegi kedai beli bihun dengan taugeh. Sebab aku dah lama teringin nak makan bihun goreng mak buat. Hehe, kat kedai banyak, tapi aku nak makan bihun goreng mak buat gak.

Then sampai rumah makan dulu cempedak goreng. Lepas tu baru makan bihun. Nyum nyum. Sedap siol. Memang sedap bangat. Aku makan banyak gile time tu. Lepas tu bungkus hadiah untuk sepupu aku ni. Then selesai makan, aku bersiap-siap pegi rumah sepupu aku. Tolong ape yang patut. Nak sampai adik tepon. Borak lama gak. Hehe, dah lama tak borak dengan dia. Sempat la aku tolong mak masak sambal goreng sikit.

Bergambar je koje kau, kacau ler... nanti hangit

Selesai tu perut rasa lapar. Melihat menu hari tu:-
  1. Nasi ayam
  2. Sayur Cap Cai
  3. Acar Timun dengan Lobak
Terus aku jadi lapar bangat. Haha, aku amek nasi and makan dengan Ila, Cik Nor dengan Anak Edy yang aku lupe nama dia.

Cik Nor (Left) Ila (Right)

Ni anak edy yang aku tatau nama tu

Suhaida yang semakin kurus kering

Dah kenyang aku tatau nak buat ape. Terjumpa Cik Enon. Borak-borak and dia mintak rambutan. Aku plak memang nak bawak balik sikit. So aku terus la balik rumah mencari gergaji. Aku gergaji semua dahan yang ade buahnye. Sampai togel dah pokok rambutan tu aku kerjakan. Takde buah langsung. Aku dapat 10 karung. 1 karung tu bersamaan saiz untuk 25kg tepung. Memang banyak bangat la kan.

Aku terus paksa anak sedara aku semua kutip rambutan la. Dah la banyak. Nasib baik ade abg ipar aku. Dia tolong aku sekali. Memang banyak sangat. Kalau aku sorang memang tak larat nak buat semua tu la. 1 karung aku bagi Cik Enon, 2 karung aku bagi abg ipar aku (Suami Kak Nor), 3 karung kak idah amek. 4 karung lagi, aku punye la. Haha

Lepas tu aku pegi rumah sepupu aku semula. Pengantin dah nak sampai dah. So ape lagi. Aku posing la depan cam. Hehe, dah lewat petang dah pengantin sampai. Ntah ape ntah yang ditunggu. Nak sanding lagi, nak potong kek lagi.

Pengantin lelaki muke bengang je. Bang, takut kene bayar tol banyak ke. Ilek la, tu baru sikit bang

Toll gate girl and toll gate boy

Toll gate untie pon ade

Aku cume tumpang amek gambar. Tapi dapat gak toll fee. hehe

Malu-malu konon. Ila, ko ni makin gemuk la

Lepas bayar toll banyak2, dapat gak kau duduk sebelah siti kan. Ni lagi satu. Makin kering la kau siti

Salam siti, Cium tangan. Jangan jadi isteri durhaka. Kang adi sumpah kau jadi batu kang. (Macam hindustan pun ade kan)

Satu family portrait

Dannish yang tembam

Melepaskan tensen tak dapat nak karaoke malam tu. Aku nyanyi 3 lagu. Haha, first aku nyanyi lagu Mimpi Yang Tak Sudah (Ibnor Reza). Lagu wajib keje kawen. Haha. Memang lagu peberet untuk aku nyanyi la kan. Tapi aku a bit shaky la sebab dah lama tak pegang mic la kan.

Then terus masuk lagu second plak. Aku nyanyi lagu Ketahuan (Matta). Yang ni aku dah mule konpiden. Tapi bile 2nd chorus tu aku loose focus. Sampai tempo berjalan sikit. Then pitching ade lari-lari anak ikan. Haha.

Pastu aku tanye dj tu ade lagu Mahakarya Cinta tak. Dia kata ada. Aku kata, ok set, gua layan. Aku memang suke dengan lagu abang superman kite tu. Pastu aku cakap kat Adam (sepupu aku gak) yang aku nak nyanyi lagu tu. Dia ajak duet. Tapi dengan syarat. Yang tinggi-tinggi aku nyanyi la kat. Terutama chorus dengan satu part yang tinggi bangat.

Pergh memang mantap la masa nyanyi. Aku balun abes lagu tu. Best bangat lagu abang superman tu. Adam dia tak sampai nak tarik. Aku memang yakin boleh. Tapi tempo ade terjalan ar. Haha

Then abes nyanyi, Cik Nor cakap gua pukul abes. Haha, memang ler pukul abes. Aku memang gian nak menyanyi. Tapi aku takde la gile kose macam orang lain. Dari pagi sampai petang nak pegang mic. Takde la sampai macam tu kan. So cukup la 2.5 lagu. Hehehe yang 0.5 lagi tuh share dengan Adam.

Then balik la rumah mak aku. Sebab dah exhausted gile. Then terbaring la kat rumah. Solat Asar, lepas solat pegi cari durian untuk anas dengan manggis untuk aidil. Jenuh pukul keliling kampung mencari.

Then mak ajak pegi kenduri kawen kat 2 tempat. Yang 1st tu layan je la kan. Yang 2nd tu tak sangka pegikenduri kawen exgf aku masa form 4. haha, ala cinta monyet masa form 4. Time tu aku ramai peminat. So aku tinggalkan dia la. Tapi tak sempat nak jumpa dia. Sebab sibuk mengemas. So aku just kim salam kat dia la. Kisah lama tak baik di kenang.

Lepas tu malam aku siap-siap balik ke KL. About pukul 8.00mlm aku bertolak. Then isi minyak kat Air Hitam, lepas tu terus shoot ke Nilai, anta Manggis dengan Rambutan Erna. Then terus ke Jalan Klang Lama untuk anta durian, manggis dengan rambutan khas untuk Anas. Then terus shoot ke Shah Alam. Anta Manggis si Aidil. Aku bagi rambutan sikit untuk dia. Hehe. Aku dah tak larat. Tido je la rumah Aidil. Hehe

Saturday, July 26, 2008

Speeding je (Episod: Merewang-rewang)

About pukul 12.30pg, aku terus shoot balik ke bp. Dari melaka tu. Dah la sorang-sorang. Takut siol. Tapi aku kan lelaki, gagahkan diri la speeding malam-malam. Aku ikut jalan lama. Tak ikut lebuhraya. Nak jimat beb. Minyak dah la mahal. Toll tak lama lagi naik. Macam siol la. Tensen aku.

Tengah syiok2 drive tu, ade sorang minah drive kete kancil. Dah la malam-malam buta, bawak laju tak hengat. Aku ape lagi. Terasa tercabar le. So aku pun menekan pedal minyak dah terus shoot. Pergh macam nak terbang my bee aku. Kancil aku biar kat depan. Aku kat belakang. Kitorang dah macam jawa drift da (sebab kawasan orang jawa kot kat situ). Atas dasar ‘kalau nak langgar ape-ape, biar la kancil tu langgar dulu.” Hahaha, punye la syok memfollow tibe-tibe dia belok ke arah mana ntah. Tapi aku nampak la masa dia belok tu. So lepas tu aku drive normal balik. Tanak la laju-laju. Merbahaya ma.

Then aku sampai rumah about pukul 3.00pagi. Terus on the phone, buka torch light. Tengok rumah my mum yang tengah renovate. Then tengok rambutan. Makan rambutan. Tengok pokok durian. Tengok pokok manggis. Then tengok pokok pulasan. Selambe kodok je aku ni pegi meredah. Dah la gelap gelita. Kang kene sergah demam la plak. Tibe-tibe mak tersedar. Hahaha. Sorry la terkacau mak tido. So aku pun masuk la. About 3.30pagi macam tu terus aku tido.

Sedar-sedar mak kejut solat subuh. Then aku sambung tido semula. Then mak cakap mak nak pegi mesyuarat. Jangan lupa buatkan air untuk kontraktor buat rumah tu. Aku ye kan je la. Dah la mengantuk. About pukul 9.00pagi baru aku bangkit dari tidur. Sebab lapar. Haish. Takde makanan langsung. Aku sorang je kat rumah. Faris dengan Nana, pegi sekolah.

Aku pun buat la air untuk kontraktor. Tak lama lepas tu kak paezah balik, dia masakkan pisang goreng. Then Epool dengan Fazuna datang melawat nak tengok buah-buah. Tak banyak pun buahnye. Hehehe

Then Epool dengan Fazuna balik, aku masuk rumah. Bersarapan dengan durian sorang-sorang. Aku bagi kak paezah seulas je. Lain aku makan. Keh keh keh. Adik yang kejam. Hehe. Tapi at least aku bagi satu kat dia. Kalau idak aku makan semua. Haha

About 10.30pg aku mandi and siap-siap pegi rumah siti(sepupu aku yang nak kawen tu). Yer la, tolong-tolong ape yang patut. Memandangkan tiada sape di rumah. So aku pun pegi la merempat kat sana. Dapat la gak kueh sepotong dua.

Sampai sana. Aku terus duduk dengan Su dengan Ila, sebab diorang tengah balut bunga telur. Haha, keje senang je kan. So aku pun buat tu je la. Instead buat keje lain la kan. Jenuh gak nak buat. Aku plak bab mencucuk-cucuk je. Nice kan aku buat. Ade sape-sape nak tempah ke?

Smart sial aku buat

Anak Epool, nama Dannish. Dah besar dah

Sambil buat keje tu sambil bergosip la kan. Baru la syiok buat keje. Dah lama tak jumpa sepupu-sepupu aku ni. Memang syiok la. Banyak bende nak gosipkan. Dari kisah rumahtangga ke kisah anak dara yang dah tak dara. huwa huwa huwa. Tttteeeeettttttttt off record.

Aku buat keje tu sampai petang. Hahaha then my mum suruh gorengkan kentang. Untuk buat sambal goreng. Hahaha. So aku pun duduk khyusuk menggoreng kentang. Hahaha. Selesai goreng aku balik rumah le. Ape lagi la kan nak buat. Then aku terus bersiap untuk yang malam punye.

Menggoreng kentang

Gigih bangat

Sampai rumah sepupu aku tu. Terus aku menggoreng tahu plak. Nyum nyum. Tahu tu. Nak buat sambal goreng gak. Hahaha. Memang syiok la aku buat. Keh keh keh. Malam tu Abang-abang aku yag dua orang sibuk karaoke. Aku sibuk menggoreng. Bagus sangat tu. Yang sorang layan pop yeh yeh. Yang sorang tu layan rock kapak. Aku plak RnB je (tapi aku tak nyanyi la malam tu). Yang aku tak puas hati, abang aku yangs orang tengah syiok layan lagu Derita Cinta (abang Jamal) gerimis mengundang la plak. Hampeh betul. Tensen aku. Dah la aku menggoreng kat open air. Hehe Nampak sangat sore dia tak sedap.

Friday, July 25, 2008

Speeding je (Episod: Barbeque)

Lepas Solat Jumaat aku terus siap-siap. Nak gi last minute call up briefing tu. Nak tak nak terpaksa la pegi gak. Memandangkan my lecturer takde. So at least I got something there. At least la kan. Then ade few briefing from few person. Aku plak tatau nak tanye ape. So aku diamkan je la. Habes about pukul 4.30ptg. Ade refreshment. Aku makan 3 biji karipap, 2 piring mee hoon dengan 2 biji kueh ape ntah. Yang tepung kaler hijau kat atas dengan pulut dibawah. Aku main makan je. Nama tatau. Hehe masa makan ni latip dengan kak mas la menemankan aku.

Pukul 5.00 petang baru settle. Then aku terus shoot masuk plus highway. Menuju ke arah selatan. Hehe, sampai di exit Air Keroh gua terus masuk dan bercadang untuk bersolat asar. Dah pukul 6.45ptg aku sampai ke Masjid MITC. So solat la Asar. Dah lewat senja dah. Habis solat, aku memerhatikan sekeliling Taman Tasek Utama. Sudah jauh berbeza la. Memang lain dah.

Ni Wisma Negeri

Ni Masjid MITC

Tengah buat, tatau nama ape

Ni tengah buat jugak

Ni Klinik Melaka

Akhirnya aku sampai jugak kat Bear Hill, memang jauh berbeza la dengan dulu. Memang sejak tahun 2000. Memang banyak berubah. Ni antara gambar yang aku amek tentang Bear Hill. Memang berbeza.

Ni dulu takde.

Ramai dah bunuh diri kat bangunan tinggi ni

Then aku terus pegi ke rumah Irra. Lama dah tak jumpa dia. Selalu datang melaka tapi tak pernah nak singgah rumah dia. Then aku lepak umah dia, sampai lebih kurang pukul 7.45ptg. Makan buah betik dengan air oren.

Lepas tu aku terus pegi rumah Fendi. Bercadang untuk Barbeque dengan Fendi and Hazimin and few of our geng la kan. Aku pick up Fendi sebab dia teringin nak naik My Bee. Huhu, Pastu aku pick up Hazimin dengan Shahrul Ikmar kat kampus. Sambil tunggu Shah tu, aku melawat la bilik-bilik bekas my lecturer la kan. Tak dapat amek gambar dengan lecturers, amek gambar nama diorang pun jadi la.

The haunted Fosee

Lecturer Physic kesayangan

Ni pun my physic lecturer

Shahrul Ikmar ni aku kenal time dia baru masuk MMU, junior yang lahir pada tahun 1985. Dia lahir 17th July, sama dengan aku. Aku dah jumpa 2 orang yang celebrate birthday dengan aku. Shahrul Ikmar, Ahmad Afiq dengan aku. Huhu, Kire malam tu kami celebrate aku dengan Shah punye belated birthday.

Kami sampai about pukul 9.00mlm. And then tunggu tunggu other person. Malam tu yang join this bbq is:-
  1. Aku
  2. Fendi
  3. Hazimin
  4. Shah
  5. Rashid
  6. Fahmi
  7. Kalis (Macam lagu kalis rindu elyana la plak)
Then aku keje hidupkan bara api ler. Menarik gak BBQ diorang ni. Aku sangat suke ler. Then aku just lepak-lepak lepas tu. Rashid dengan Kalis dok bakar ayam dengan kambing. Menu malam tu:-
  1. Kambing
  2. Ayam
  3. Honey dew
  4. Yellow Melon
  5. Watermelon
  6. Air soya
Sambil makan plak, kami borak soal politik. Tapi aku tak salahkan mana-mana pihak. Atau berat pada mana-mana pihak. Sebab aku ni pengundi atas pagar. Atas pagar macam mana tu? Ha, cube tengok gambar bawah ni.

Macam ni la pengundi yang bijak, suka tanda 'right' tak suka tanda 'pangkah'. Selamat mencuba

Then borak punye borak sampai pukul 12.00Mlm, aku nak kene balik Batu Pahat ni. So aku balik dulu la. Sambil bawak Fendi dengan Shah ke Bear Hill. Shah aku hantar ke MMU. Fendi ke Bear Hill Park.

Speeding Vs Rempiting (Episod: Surat Dari Toyota)

Dear Encik El-Zaffril,

Greetings.

We refer to your e-mail dated 24th July 2008 and would like to express our gratitude that you have taken time to e-mail us. We really appreciate your kind words and encouragement.

Indeed, it delights us to know that you are satisfied with the services provided by UMW Toyota Motor Sdn Bhd Service Personnel. Customer satisfaction has always been our top priority through the activities organized. We are striving to achieve a closer tie with our valuable customers.

Encik Zuhairizam bin Zulkapli will certainly be recognized for a job well done in having provided you this level of service.

Please be assured that we will continue to serve our customers better especially with the support and opportunity given by our valuable customers such as your goodself.

Lastly, we would like to take this opportunity to thank you for your continuous support and kind patronage and wishing you and your family many years of safe and happy motoring with Toyota.

Warmest Regards,
Customer Support Team

Speeding Vs Rempiting (Episod: Surat Untuk Toyota)

Dear Toyota Team,

I had an accident 29th June 2008.

After doing all the report, I've decided to send my car to toyota PJ syek 19 on 1st July 2008, as they have all the facilities needed.

I was supervise by Mr Zul. He advise me to change all the damage part that come to my satisfactory in term of advise and also the service.

On 11th July 2008, I received a call from Mr Zul. Telling me that they are running out of spare part on their storage. I accept it as uncertainty for thing that unplanned.

On 17th July I come over to Toyota PJ syek 19 to visit and take a look what has been done and submitting some document for claiming purpose. After submitting all the document I ask about my car progress as it has been more than half a month there. He said they already received the parts (not sure when they received it) but the car haven't gone through any process yet.

On 22nd July I received a call from Mr Zul saying that my car is ready for delivered back to me, unfortunately I'm so busy lately so I cannot take the car on that day. So I make an appointment the following day.

On 23rd July, I come over to take my car. I do check few thing which come to my satisfactory even the duration is something unplanned, I still can accept it.

So now, I'm waiting for a letter for the purpose of claiming "elaun kesusahan" to claim the 3rd party insurance who bang my car. As per record, the car took only 7 days for repair but 15 days for waiting parts. Mr Zul told me that I can only claim for 7 days only. I can accept it. At least something than nothing at all. Now I'm waiting for his call when the letter is ready.

With this feedback, I want to say thank you for giving me the service, advise and also repairing my car. To Mr Zul, Thanks for your good advise and services. To all the repair team, thanks for repairing my car and doing all the job. Thank you.

Regards
El-Zaffril
My Bee Owner

Speeding Vs Rempiting (Episod: Aku Tak Suke Last Minute Macam Ni)

Dear Students,

We are pleased to inform you that Faculty Engineering will conduct a New Students Briefing Session First Semester 2008/2009 Intake.

The venue are as follow:

Date:25 July 2008
Day:Friday
Time:3.00pm
Place:Auditorium Jurutera

Tentative:
2.45pm: Registration
3.00pm: Briefing on Safety Procedures by the Deputy Dean (Development and Finance)
3.45pm: Briefing for new post graduate students by the Deputy Dean (Research and Post Graduate Studies)
4.15pm: Questions and Answers Session
4.45pm: Refreshments

Attendance are compulsory to those who don’t have any classes and it will be recorded. For further information, don’t feel hesitate to contact us at Deputy Dean Research and Graduate Office at Level 2.

P/s: Aku cukup bengang dengan last minit call up macam ni. Hurm, aku dapat email ni semalam and expecting me to come over. Hurm, aku rasa aku tak pegi la kot. Something that I planned earlier need to be settle down. Plus, kalau ikutkan aku ade kelas petang ni. Aku tak suke cara bekerja macam ni. Sorry to say 0 star out of 5 stars

Thursday, July 24, 2008

Speeding Vs Rempiting (Episod: Gile kuasa)

Hari ni as usual la kan. Merempit pagi-pagi pegi kelas. Dah jadi rutin la kan. So kene la berkorban sikit. Then kelas start sume. After kelas aku cakap kat lecturer aku nak handle industrial visit. So agak gile kuasa la kan. So aku kene plan everything. Lain dari cite ni, bosan la nak tulis. So aku senyap je la. Cut....

Then teringin nak dengar lagu Permata Dunia. Lama dah tak dengar lagu tu... so layan




Wednesday, July 23, 2008

Speeding Vs Rempiting (Episod: My Bee Sayang)

Hari ni pagi-pagi masuk opis kejap. Memandangkan aku masih ade beberapa hari kontrak dengan company, so aku gagahkan diri gak pegi keje. Banyak keje kat opis sebenarnye. Tapi aku dah pass sume all my pending job. Huhu

About pukul 12.00 tengahhari aku balik la. Kene siap-siap nak gi oath taking kat kampus. Tengok langit mendung kelabu. Memang tiada maaf bagiku. Terus la aku siap-siap and pegi bus stop depan umah. Hehehe

Naik ni pun boleh

Nampak bas Rapid KL terus aku tahan. Bayar la RM2. Then terus la sampai stesen star titiwangsa. Aku ape lagi. Kalut2 la. Sebab aku ade masa 1 jam je nak kene sampai kampus. Aku gelabah je. Sampi bandar tasek selatan aku tuka train. Naik KTM komuter plak. Then sampai stesen Serdang. Aku terus tahan cab. Naik cab je la, takyah pening kepala.

Sampai pintu pagar fakulti terus aku tepon kak mas. Dia kata nak solat dulu sebelum pegi hall. Aku pun ok je. Alang-alang dah masuk waktu aku pun solat zuhur la dulu. After solat aku tepon kak mas semula. Kak mas ni muke dia ade sikit macam Naima, ala yang watak pembantu dalam Sinderella. Yang butang minat gile tu.

Then terus shoot pegi ke Hall yang ntah ape ntah nama dia. Then register la katanya. Tak macam register pun. Setakat amek leaflet dengan sikit handout. Hurm, rasa macam takyah datang pun tak ape. Then jumpa la latep. Hahaha, sian dia. Tak dapat nak jalan jauh. Sebab kaki dia sakit bangat. Aku decide duduk sebelah Kak Zura dengan Kak Mas. Senang nak gossip. Lagipun bapak bosan tak hengat.

Then menunggu si canselor ni. Haiy, lambatnye. Aku dah la tak suke delay. Ikut tentatif dia patut sampai pukul 2.00ptg and dia kene bagi speech at 2.15pm. Hurm, tak ape la. Orang besar ni penuh schedulenye. Unlike me yang tak banyak schedule pun. About 3.00pm baru la dia sampai. Aku pun tak ingat nama dia. Hahaha.

Concerntrate ye

Then acara dimulakan dengan menyanyi lagu Negaraku. Aku pun nyanyi la. Then dengar lagu rasmi Universiti. Aku senyum je. Tak hafal, plus skema je lagu dia. Tak ape. Aku harap this is the 1st time aku akan dengar lagu ni and last aku akan dengar masa aku convo. Hehe, sebab lepas ni aku tak terlibat dengan protokol ape ape lagi dah.

Then selesai sume about 4.30pm. Amin, aku rasa breifing ni patut dibuat sebelum kami mule kelas. Sebab banyak menganggu masa kami. Dengan kelas yang terpaksa kami tuang. They should improve on this la. They should improve on time management. Itu yang aku rasa paling perlu la.

Then habes semua tuh baru dia distribute matrix card. Aku pun beratur. Hahaha, ok la. At least ade nama kan. Aku simpan dalam poket je la. Time exam jer baru gua pakai. Ataupun time pak guard tanye. Hehehe, atau untuk bende2 penting je. Diorang saja je hold semua tu, sebab takut semua student akan balik. Coz breifing tuh pun aku blur tahap tak ingat.

Then balik saing kak mas. Aku suruh kak mas drop aku kat Bus stop je. Sebab sian la plak kat dia kaedahnye nak suh dia hantar kan. Then aku tunggu je bas Rapid KL. Sampai komuter serdang. Huhuhu, lepas ni hope aku tak akan naik bas lagi. Teruk siol sistem pengangkutan awam kat sini. Hurm, ini yang kerajaan patut improve kalau nak naikkan harga minyak.

Then sampai stesen komuter serdang aku terus naik komuter. Then terus shoot ke kl sentral. Then terus ke stesen Asia Jaya. Malam tu aku ade meeting insurans. Plus aku nak amek my bee yang dah boleh kuar hospital. Hehe

Sampai tuh aku terus tahan cab, pegi ke Toyota Syek 19 kat PJ. Hurm, nasib baik la jumpa Mr. Zul tu. Then sampai, aku terus baca all the document. Tak miss out 1 pun. Hurm, then aku cek My bee aku. Every single side. Tak kisahla. Ade ape-ape yang aku tak puas hati aku terus raise out. Tanak nanti jadi isu. So jangan risau. Nanti aku komen your job Mr. Zul. Siap ko.

Then terus isi minyak. Adeh, stesen minyak kegemaran takde. Yang ade yang kurang gemar. Nak tanak terpaksa la gua isi kat sana. Isi $20 je. Ok la tu. Cukup sampai aku nak balik kg nanti.

Then terus shoot pegi meeting. Adeh, hari yang sungguh memenatkan. Balik meeting aku terus tido. Gua tak larat. Dengan tak mandinya. Terus tido. Aiyak. Nasib baik la kan. Aku sentiasa wangi. Hahahahahha


Speeding Vs Rempiting (Episod: Adik)

Hari ni tengok email. Nampak gambar budak kat bawah ni. Kesian adik ni kan. Tak ape la adik. Demi sesuap nasi kan. Adik, keje rajin-rajin k. Tetibe rasa kesian plak kat adik ni. Bersyukurnye aku rasa.

Jangan nangis ye adik

Jalan elok-elok ye adik

Adik, kalau penat rehat la dulu

Adik, rehat la dulu, nanti sambung k

Adik, jangan nangis k. Sian abg tengok adik.