Saturday, September 20, 2008

Gian Plus Gersang Bangat

Dah lama tak buat posting. Lama-lama macam gian plak. Novel tu ditangguhkan dulu k. Sebab saya berkira-kira mahu membuka blog baru untuk setiap expresi bakat dalam diri saya. Pergh ayat tak tahan. (Ada yang kagum dengan setiap ayat yang aku gunakan tu)

Anyway tak tahu nak mula dengan ape. So aku start la dengan Tag dari Encik Rizz aka Abang Designer (bukan fashion designer) tapi designer ape ntah and model wannabe la katanya. Keh keh keh Chiayok2. Selamat posing ok.


1) 5 perkara wajib di pagi raye anda..
- Memula mandi sunat hari raya la kan. As usual. Hari raya pertama. Tuh perkara pertama aku akan buat bile bangun pagi.
- Lepas siap mandi. Aku pakai baju biasa. Nak melantak ketupat dengan rendang. Nyum nyum. Ade lebih dari 15 jenis rendang daging di pagi raya. Masak lodeh pun sama, lebih 15 jenis, Masak sambal goreng pun sama, ade lebih 15 jenis. Masak ayam pun banyak. Biasa la. Orang kampung memang selalu begini. Saling berkongsi makanan. Tu yang penuh meja makan tu. Selalu mak akan buat ketupat lebih kurang 200 biji. Tapi memang kami tak merasa la. Sebab semua bagi-bagi kat jiran. kalau nak merasa kene buat 300 biji la. Sebab keluarga kami yang sederhana besar kan. Memang makan sampai lebam la ketupat jiran-jiran tu.
- Dah lepas makan. Aku akan terus bersiap-siap untuk ke Surau berdekatan untuk Solat Sunat Aidilfitri. Selalunya sembahyang ok, boleh handle. Time khutbah la. Mengantuk sial. Malam raya dok merempit. Pastu melepak tak hengat. Mana nak cukup tido. Memang aku tersenggut2 la selalunya. No talking ok. Hilang pahala.
- Kemudian pergi ke kubur. Paling aku rindu Arwah Kak Mi (dia ni makcik aku yang paling aku sayang la). Teringat dulu masa kecil-kecil. Selalu kene marah dengan dia sebab lengahkan solat waktu asar sebab sibuk main kat luar rumah. Then dia akan datang kat aku marah aku. Dulu tak suke dengand ia. Now aku hargainya. Walaupun dah 12 tahun dia pergi, tapi aku masih lagi terasa bahangnya di sisi. Sebab dia selalu datang dalam mimpi aku sambil tersenyum. Aku tahu dia bahagia di 'sana'. Dan sememangnya kalau aku ke kubur. Di situ la paling lama aku akan duduk, Sedekah apa yang patut dan mengadu apa yang patut. I miss you so much Kak Mi (Adeh, berjurai air mata aku tulis ni weh. Tuh la Rizz, sape suruh tag)
- Balik dari kubur terus ke rumah. Then masa pagi raya baru nak pasang langsir. Kemas rumah semua. Biasa la. My mum is a bery bery bizi women lah kan. So terpaksa la pagi raya tu baru kemas. Raya tahun ni lagi la agaknya. Paling sibuk nak kemas rumah. Bila plak nak bermaafan. Lepas siap kemas rumah la.

2) 3 kueh rye kegemaran?
- Aku paling suka makan kueh tart nanas. Sedap wooo. Memang takleh nampak balang berisi kueh tart. Habes aku lahapkan.
- Dulu ada sorang member baik aku jual kurma delight. Best gak kueh tu. Tapi tatau la. Mana nak cari. Memang best bangat.
- Kueh batang buruk. Memang buruk benor batang dia (eh betul ke ayat aku ni). Tapi memang sedap la. Aku tak reti nak buat. So aku makan je la. Pergi raya rumah orang tengok 3 jenis kueh ni dulu, pastu clearkan balang dia baru balik. Hehehe

3) 2 sebab ape yg mbuatkan anda sebak di hari raya?
- Saya pernah jatuh moto pada hari raya ke3 sewaktu tingkatan empat. Memang sedih time tu. Tengah syok-syok raya jatuh moto plak. Memang seksa la nak beraya kan.
- Takde cerita hindustan kat TV. Adeh, tak dapek nak tengok hindustan. Sedih siol.

4) 2 sebab ape yg membuatkan anda girang di hari raya?
- Dulu masa kecik-kecik aku suka sangat pergi beraya. Nanti dapat duit raya. Sekarang dah lanjut usia mana ada lagi la kan. Yang ada kenangan beraya je la.
- Pada hari raya ke2 selalu nya ade ziarah marhaban dari orang-orang bujang dan juga yang perasan bujang seluruh kampung dari rumah ke rumah. Aku memang excited nak join la Sebab aku kan bujang. Heheh, lagi satu tak perlu nak susah-suah pegi sorang-sorang kat rumah tu nak minta maaf. Pergi sekaligus terus. Kan senang tu.

5) duet raye pling byk dpt?
- Tak ingat. Seingatnye ada sekali tu dapat 100 kot. Alhamdulillah. Tapi sekarang dah tak bape nak besar nilai tu dah.

6) 3 perkara paling tak suka/pantang di hari raya?
- Saya sangat pantang minum air berkarbonat sewaktu hari raya. Dan tak akan sekali-sekali meminumnya sewaktu hari raya. Tak kira lah pepsi ke, coca-cola ke, F&N ke (sekadar menyebut beberapa nama). Saya tak akan minum. Kalau di rumah yang saya datang tu tak ada air selain dari air berkarbonat. Saya akan minum di rumah berikutnya. (Boelh macam tu)
- Saya sangat pantang kalau baju raya tak siap. Hehe sebab tu la saya hantar tempahan awal.
- Saya tak suka tengok tv time raya. Takde cerita best.

7) 5 org yg perlu di tag!
- Kamu
- Awak
- Anda
- Mereka
- Siapa-siapa


3 comments:

Nash said...

Another raya abroad for me. *sob2*

Really missing to celebrate raya with family...uwarghhhhhhhhhh

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

haha...peminat hindustan kamoo yer :p

farish izaryl @izreez said...

lalaa lmbt jwap tag!:p