Hari ni dah selesai 7 hari berpuasa. Aku masih sibuk dengan hal-hal dunia. Kenapa la aku jadi begitu sibuk. Kerja, belajar dan semua keseronokan dunia. Tapi tak mampu aku luangkan sedikit masa untuk muhasabah diri. Hurm, tahun depan la agaknya, kalau diberi masa yang panjang lagi.
Sepanjang tujuh hari berpuasa, 2 kali berbuka puasa di rumah kakak saya di keramat, 2 kali berbuka puasa bersama teman serumah yang baru, 1 kali berbuka puasa di pejabat insurans di PJ, 1 kali berbuka puasa di rumah supervisor di Bangi dan 1 kali berbuka puasa di Damansara.
Bersahur pula setakat ini saya baru 1 kali bersahur dirumah kakak saya, 1 kali bersahur bersama Shah, Baz dan Fiza. Selebihnya bersahur air masak je. Tu pun kalau aku rajin nak bangun la.
Semalam dapat sms. Dia kata aku ni seorang yang Ego, yes aku mengaku. Dah menjadi lumrah lelaki menjadi seorang yang sangat ego. Tapi berpada-pada la kan. Jangan la melampau sangat. Then dia kata aku seorang yang degil. Haha, sememangnye aku seorang yang degil. Susah nak mendengar kata.
Tapi ok gak kadang-kadang menjadi sedikit ego dan menjadi seorang yang degil sedikit. Kalau tidak, masakan saya diberi nama sedemikian. Dan nama saya sangat sinonim dengan itu semua kan.
Hari Jumaat lepas, saya menumpangkan seorang pelajar dari Iraq. Dia tanye aku la nama aku ape. Then dia kata maksud nama aku "A stronger person". Selame ni aku tak pernah tahu pun maksud nama aku. Terima kasih kepada semua orang yang pernah menyebut nama aku dengan penuh. Kerana itu satu doa buat aku. Patut la aku jadi sangat strong. Hahaha

Nota lantai: Suka membaca blog iwan aka aben. Jarang di update, tapi kalau dah di update. Pergh, bisa buat orang menangis.
No comments:
Post a Comment