Semalam bithday sorang member aku. Nama fiddeen. Masih single. Keje sebagai lawyer kat sebuah lawyer firm. Haha, promote sikit member aku ni. Untuk reader yang masih single boleh jer kalau nak aku adjust-adjustkan dengan dia. Hehehe no tepon dia sila minta personally k.
So aku dengan dia decide pegi makan kat Chicken Hartz Buffet la. Sebab memang plan kami mahu melantak sepuasnya. Hahaha, baru la syiok buka puasa. So kami decide nak buka puasa di time square, sebab chicken hartz paling mudah di access di sana.
So aku berkira-kira untuk makan:
- 8 ketul ayam
- 1 pinggan spaghetti
- 1 pinggan salad
- 1 pinggan buah
- 1 Cawan aiskrim
- 1 cawan air
Then terus la dengan fiddeen pergi ke Hartz chicken buffet. Tak mahal tapi puas hati la nak melantak makan. So bile tengok menu yang ade hari ni, best gak. Tapi aku menyumpah-nyumpah sebab machine aiskrim rosak. Lainkali aku nak pegi yang kat sunway pyramid la. Kat sana lagi best tempat dia.
Makan punya makan aku kire apa yang aku makan:
- 8 ketul ayam (berjaya)
- 1 pinggan pasta (ganti spaghetti kira berjaya la tu)
- 1 pinggan salad (berjaya)
- 1 pinggan buah (berjaya)
- 1 pinggan pedal ayam, kentang sagat, wedges, pie ayam, puding roti (ni aku amek sikit2, penuh gak pinggan so extra berjaya la gak kan)
- Aiskrim gagal sebab machine rosak.
- Air aku minum 2 cawan. Hehe
Lepas tu window shopping kat Sg. Wang Plaza. Terawikh sendiri la kat umah. Selalu macam tu. Hehe, balik kekenyangan. Memandangkan misi tak selesai, aku singgah McD sri serdang. Beli Sundae. sambil tuh beli la McChicken Burger sekali. Nyum nyum. Balik boleh buat moreh. Keh keh keh.
Itula kisah aku berbuka puasa yang paling banyak la kot. Aku rasa kalau 1st ramahdan dulu buka puasa kat situ, konpem makan lagi banyak. Ni dah kurang makan. Sebab dah slim sikit la aku rasa. Hehehe, till then. Nite
Nota lantai: Aliza, kau jangan lupa mintak kat kawan kau resepi kek yang aku mintak. Nanti raya aku nak buat.
1 comment:
err bela hantu raya ke apa nih??
heheh
regards
012-2X42X05
Post a Comment