Monday, September 08, 2008

When I grow up, I want to be..

Masih teringat lagi bila Mohd Yuan Fitri Khan bin Mohd Yusof membacakan sajak berbahasa Inggeris bertajuk "When I grow up", sungguh ringkas tajuknya. Dia memenangi pertandingan membaca sajak itu. Mungkin character dirinya banyak membantu dia untuk terus berjaya memenanginya.

Sewaktu tu aku baru sahaja berada di darjah 5, 14 tahun yang lalu. Lantas aku terfikir. Apa yang aku nak jadi bila aku besar nanti. Mungkin menjadi guru (melihatkan kecenderungan aku pada matapelajaran matematik di kelas). Mungkin juga menjadi polis (setiap petang asyik main polis entry). Mungkin menjadi menteri (melihatkan keseronokan ditemubual di berita). Mungkin menjadi penyanyi (selayaknye jadi penyanyi dalam bilik air saja). Itu antara rentetan ape yang aku nak jadi bila dewasa.

Satu petang, aku pernah mendongak di langit. Ternampak satu kapal terbang lalu di atas kepala. Hati aku terdetik, 'menjadi salah seorang di dalam isi perut kepala terbang itu tentu seronok'. Lantas aku nyatakan pada mak yang aku mahu menjadi seorang pilot. Mak kurang bersetuju.

Memang restu ibu sangat penting. Tidak mengapa, aku akhirnya apa yang aku ada sekarang. Bekas jurutera dan menuju menjadi seorang pendidik. Tapi aku harap tidak bernoktah di situ. Sebab aku masih merencanakan sesuatu. Masih banyak lagi yang boleh aku lakukan. Semoga aku berjaya dan success selalu. Amin..



Nota lantai: Bangun pagi cat rumah. Haish. Baru siap cat rumah. Bile la bilik aku nak bercat yer. Sorry la. Lately takde masa nak cat bilik. So mengecat rumah je. Haiya, busy betul aku lately.

No comments: