Friday, September 26, 2008

10 Hari Mencari Raya (1st day)

Hari ni gua balik kampung. Syok bangat gua time nak balik kampung macam ni. About pukul 6.00 pagi gua dah bangun. Adeh, sah-sah gua tak sahur. Bukan ape, gua malam tadi balik lambat. Sampai rumah terus pekene nasi kerabu. Nyum-nyum. Sedap bangat nasi kerabu tu. Lain dari yang lain.

Lepas mandi and solat subuh terus kemas barang segala. Baju aku masuk dalam bakul je. Senang, Tak payah aku nak masuk dalam beg. Then kemas buku-buku semua. Buku aku le, balik ni nak buat assignment la kononnya la kan. Then nak tanda lab report my student. Plus hari tu aku bagi kuiz kat student. Pastu nak tanda yang tu. Then bawa la sikit borang insurans. Mana la tau ade yang nak beli insurans time raya-raya ni. Rezeki kan.

Tapi sebelum balik kene siapkan semua keje dulu. Mana bleh nak balik kg, tapi keje semua gua tinggal terbengkalai. Haha. Pagi ni nak kene settlekan proposal untuk project master. Tapi sikit jer la. Minta tandatangan Dr. Hamiruce Marhaban. Hehe. Pastu lepak lab tolong si Akmal buat dia punye final year project. Weaahooo PCB design. I like. Tapi bhanyak dah lupa la weh. Sorry la Mal. Dah 2 tahun tinggal. Mana nak ingat. Nota aku pun terbang ke mana ntah. Nanti aku try tanye my ex boss. Mana tau dia bleh tolong la kan. Aku just nak refresh balik my memory.

Pukul 11 pagi baru gua bertolak dari UPM. Haha, gua isi minyak kete then baru la shoot masuk lebuhraya melalui tol serdang. Ngeh ngeh ngeh. Pastu ada sekali berhenti tepi lebuhraya. Tunaikan kewajipan. Selambe kodok tepi lebuhraya. Weahoooo

Pastu aku decide la kan. Memandangkan hari jumaat. So aku membuat keputusan untuk Solat jumaat di masjid MITC Melaka. Sampai-sampai terserempak dengan ayah angkat gua. Nama dia Encik Ismail. Weahoo anak angkat durhaka sungguh aku ni. Ape taknya. Tak pernah tepon. Dah lama aku tak jumpa dia. Hehe lepas sembahyang sunat ternampak plak Mohsin. My good friend time form 6 dulu. Terus je gua sms dia. Nak pegi duduk sebelah and borak-borakkan. Hehe so sms je lebih menghormati orang lain.

Habes solat which I really can’t remember tajuk khutbah dia. Aku terus pegi dapatkan Mohsin. Jenuh kejar nak jumpa dia. Ape taknya. Dah lama tak jumpa ma. Dah 8 tahun tak jumpa dia. Borak la kejap. Sedikit info pasal Mohsin. Dia sekarang lecturer kat Kolej Komuniti Bukit Beruang. Dulu form 6 sama dengan aku. Lepas tu sambung blaja kat Kuitho (nama sekarang UTHM). Lepas dari jauh sayup-sayup ternampak muka yang sangat familiar. Terus kejar dan kejar. Akhirnya dapat berborak dengan dia. Siapa dia? Biarlah rahsia. Hehehe.

Lepas solat aku tunggu kejap sambil mengimbau kenangan aku duduk Melaka. Dulu aku duduk Melaka. 6 tahun tu. Bukan sekejap. Lama la jugak. Siap keje kat sana lama gak la bleh tahan lamanya tu.

Terus shoot ambil my anak sedara, Azri kat Kem Terendek. Dia bukan tentera. Tapi anak tentera. Bukan sekolah MRSM Terendak. Tapi Sekolah Menengah Kem Terendek. Ade asrama kat situ. Then pick up dia terus pergi umah Bamin. Takde orang plak. Tak ape la. Lain kali aku singgah. Terus aku shoot pegi Muar. Ikut jalan biasa je la. Jimat duit tol. Lagipun kenderaan tak banyak ma. Yer la. Masih ramai yang bekerja.

Singgah Bazaar Ramadhan kat Muar. Kat situ my Kek Dah berniaga. Huhu Lepak-lepak sampai pukul 5.00 petang. Jumpa la si anak sedara aku Esah dengan Mael. Mael makin kurus. Pelik gak aku. Kenapa ntah kurus. Mak dia kata isap rokok. Hoho, perkembangan yang menarik. Tuh la Esah, kau nak kurus sangat. Tapi orang lain plak yang kurus. Camne tu.

Then teruskan perjalanan balik ke Rengit lebih kurang p[ukul 5.00 petang la kan. Hahaha, penat siol drive. Aku non-stop kali ni except pukul 6.30 berhenti solat Asar kat Koris and then berhenti sekejap kat BP senggarang untuk beli Air minuman. Tu jer la untuk berbuka.

Sampai umah about 7.30. Memang sudah berbuka la dalam kereta. Heheh. Malam my mum ajak terawwikh. Tu jer la yang aku buat sepanjang hari ni. Takde banyak bende pun yang aku buat. Seronok nak update blog ni. Weaahhoooo. Bukan ape, cuti panjang kan. Nanti balik kampus baru nak update takut banyak plak yang dah lupa. Hehe.

Kita sambung hari esok. Ok. Till then, wassalam.

P/s: Awak, yang kita cakap rahsia tu kan, bukan sape-sape pun. Hehe, cume jumpa one of my good frenster buddy. Hehe, sayang awak sangat-sangat. Muah muah.

3 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

smooth journey...alhamdulilah :)

Anonymous said...

ishhh...tetiba plak nama aku ader dlm tu... aper2 pun mmg dah lama tak jumpa zafril nih.time memula aku dpt keje melaka ni ingat dpt la dok serumah ngan dia.sekali dia pindah texas instrument kat KL ler plak. aper2 pun nice to see you la. dulu masa sekolah si zafril nih nmpk cam nyah jer...tp skrng dah lain, macho~...hehehe. nnt dtg beraya umah aku...ok!

Anonymous said...

waaa...tingat la plak masa sambut ramadhan kat johor dulu..:D