Saturday, September 27, 2008

10 Hari Mencari Raya (2nd day)

Hari ni memandangkan tiada apa nak di buat. Aku decide tido and bangun lambat-lambat. Tido umah my mum yang baru ni sedap plak tidonya. Terasa malas nak bangun. Lepas solat subuh terus tido. Tak hengat dunia. Biasa la bujang. Kalau anak dara bangun lambat. Konpem diskaun 80%. Haha

Bangun je terus tolong my mum buat kueh tempeyek. Kali ni my mum bereksperimen pulak dah. Sama je macam anak dia. Tapi kali ni dia buat tempeyek guna pencetak. Bulat-bulat cantik. Tatau la apa rasanya. Puasa la kan. Mana nak tau rasa. Plus kat my house takde yang sedang ber‘cuti’.

Siap buat kueh tempeyek pun dah pukul 2.00 petang. Adeh. Eksperimen ni mengambil masa sangat lama. Dari pukul 9.30 pagi kitorang buat. Huwaaa. Penat. Tak apa. Sabar. Bulan puasa. Lepas siap buat kueh tempeyek baru la aku terhegeh2 nak mandi. Har har har. Malu siol. Tak apa. Nama pun bujang kan. Kalau ada isteri nanti mesti asyik komplen je aku jadi laki pemalas. Hahaha

Petang tu my mum decide kononnye nak beli la perabot. Haha, memandangkan rumah kami tiada perabot. Tapi bengkek gila. Semua yang my mum nak dah ditempah orang. Ntah ape ape ntah. Kalau berniaga, jangan la begitu beb. Tak baik wooo. Sian kat kami. At last my mum tak jadi beli la kan.

Terus beli barang runcit sikit. Hehe. Balik umah terus la on PC and then tido. Sampai about 6.30 pagi. Kelam kabut gua Solat Asar. Ape tak nya. Dah nak masuk waktu berbuka. My mum dah bising-bising suruh anta makanan kat Uncle Sareh. Dia tengah sakit Chikunia. Aku pun tatau sakit ape tu. Sort of Denggi modus operandinya. Nyamuk puncanya and then akan demam. Tak boleh nak bangun. Tak boleh nak makan. Badan bengkak. Sian my uncle. Anyway, any doctor yang tau camne nak bagi cepat sembuh.

Berbuka puasa simple je. Then pegi terawikh. Hebat. 20 rakaat lagi tu. Memang bravo aku kalau balik kg. hehe Bosan sikit hari ni. Takde apa nak buat.Hehehe So selamat menghadapi hari-hari terakhir puasa.

Nota lantai: Adik, ex-bf kau dah nak kawen 25 syawal ni. Kau balik la. Pastu nyanyi Pelamin Anganku Musnah. Weaaahooooooooo

2 comments:

Nash said...

cheitss....ko jgn nak buat cerita dongeng k!!!!suka2 jerk cakap mamat tuh ex-bf aku...aku silambam karang!!!!

you are now in my zone said...

tempeyek satu balang! ;)