Tuesday, September 09, 2008

Selamat Pagi Cikgu

Rupanya bukan senang menjadi seorang cikgu. Adeh, begini la rupanya menjadi seorang cikgu. Ni baru jadi tutor dengan lab demo. Dah susah cenggitu. Nanti kalau jadi lecturer macam mana. Hebat gak dugaannye.

Mula dengan 3hb. Aku mula mengajar la tutorial time tu. Bile dah kat depan baru la kita tau perangai kite kat belakang. Tapi ade 3 jenis student yang aku kategorikan dalam kelas:-
  1. Student yang datang kelas. Sebab nak belajar and tumpukan perhatian sepenuhnya. Bila tak paham sikit dia terus tanya. (Jenuh aku nak menjawab soalan dia ni. Kadang-kadang out of my mind. Jenuh aku mencari jawapan dia. Tapi kene bagi jawapan yang logic and releven.)
  2. Student yang datang kelas. Duduk belakang, salin je ape lecturer tu tulis. Salah tulis pun dia salin gak. Tak kira la ape jadi pun dia tetap salin. Salah ke betul salin gak. (Yang ni senang nak handle tapi kesian ma. Sebab maybe dia tak paham ape yang dia belajar and apa yang kita ajar. Camne nak handle tu?)
  3. Student yang datang kelas semata-mata nak cukupkan 75% hours untuk kedatangan. Mungkin sebab dia dah paham dalam kelas and tak perlu nak datang tutorial. Ataupun dia nak belajar sendiri kat rumah. Yang peliknya, dah la datang tak concerntrate, boleh plak dia berborak non-stop dalam kelas. Aku pun pelik. Padahal macam takleh gossip kat luar kelas. Kat cafe ke. Kadang-kadang dengan roomate pun nak bergosip dalam kelas. Camne nak handle tu? Aku tanye, "You just borak-borak je. Tak buat ke yang I suruh buat. " Dia boleh jawab. "Tak paham la Encik apa yang dia ajar dalam kelas." So untuk yang macam ni at last aku biaq pi jer la.
Betul tak kepada Mr. Hazimin and Mr. Fendi. The student can be categorized onto this three groups right. Betul cakap orang tua-tua. Kalau kita buat macam tu, satu hari kite akan kene balik. Hahaha.

Dulu masa aku belajar, aku dalam katregori 2 dan 3. Kalau 2 tu selalu kelas electronics la. Yang mana aku jadi lone ranger. Tapi kalau yang ke 3 tu kalau ade geng borak dalam kelas la. Dengan adi pun boleh borak-borak. Padahal kat rumah pun boleh borak kan. Hahahaha So amek kau. Kan dah dapat student macam kau gak.

Semalam handle lab session. Yang ni bagus gak. Sebab diorang concerntrate dalam kelas. Senang jer aku nak handle. Yer la, mengadap pc mencari jawapan dia la kan. So ok la. Senang sikit nak handle. Baru nak try aku punye program (actually P-ja punye, aku edit), dah ade yang angkat tangan camne nak buat. Haha, lepas satu angkat tangan. Semua la angkat tangan. Pusing-pusing dalam kelas. Wakakaka, mantap aku. Mesti kaki aku berketul-ketul lepas ni.

Yang peliknye, ade sorang student aku tu. Dalam lab tu bukan run program. Tapi buka frenster. Aiyak, aku cakap kat dia senang je, "jangan lupa add saya dalam frenster yer". Terus dia minimize. Maybe malu kot. Keh keh keh, diorang dah besar la kan. Takkan nak marah-marah macam budak sekolah tadika. Tak sesuai. So ni marah teknik aku la kan. (Tuh la kau, dulu dalam kelas computer application asyik mirc je. Kan dah kene balik. Hamek kau setepek)

Jadi cikgu ni kene sangat bersabar la kan. Tapi I'm having fun. Mengajar student yang dewasa dan juga bijaksana. Lebih bijak dari aku pun ade. So aku just doakan semua student-student aku ni lulus.

Tapi aku yang jadi student ni plak yang pemalas sikit. Malas betul nak study. Bukan malas sikit, tapi malas banyak gile. 3 chapter nak masuk test pagi ni. Aku memang habes la. Habes menyelak je. Alamak, aku tatau la ape jadi dalam exam aku nanti. Habesla aku.

Tak ape. Ada sikit masa lagi. Sempat nak study. Tengok-tengok ape yang patut.

So untuk cikgu semua. Selamat pagi cikgu. Semoga cikgu rasa apa yang cikgu kepada cikgu dulu rasa macam mana cikgu buat cikgu kepada cikgu di dalam kelas. Bape banyak cikgu da.



Kepada Azmi dan Shikin terima kasih la kerana meng'tag' saya. Maafla, saya belum sempat nak menjawab tag tag anda. Hujung minggu ni insyaallah. Disebabkan banyak cerita yang masih belum di kongsi. Plus saya terpaksa menghadapi 4 paper test dan juga 1 paper assignment. Kat sini memang gile test dengan assignment. 1 subjek ada 2 test dan 3 assignment. Nasib baik la final dia bukan 4, kalau idak cukup 1, 2, 3 dan 4.

Nota lantai: Kenapa perempuan yang dah kurus, tahap kurus kering macam ikan tamban masin lagi kering tak cukup makan merasakan diri mereka gemuk. Pelik aku. Lelaki plak, gemuk and perut boroi tapi merasakan buncit diri mereka itu adalah six pack yang diorang built up kat gym. Renung-renungkan dan selamat beramal.

3 comments:

fendy_ahmad said...

Salam,

Mr. Fendi bersetuju dengan apa yg saudara penulis katakan ;)

Dah nak masuk 4 tahun jadi cikgu ni, terasa seronok setiap hari tengok gelagat anak-anak murid yg pelbagai.... Kadang-kadang geram, kadang-kadang wat kite tertawa, kadang-kadang pelik tgk ragam yg pelbagai.... huhu

RiiE said...

hahha.. nk jd cikgu,, mcmm ne erk.. huhuhu

Muhammad Hazimin Wahab said...

Welcome to the club !

Begitulah karenah nya.. tapi yg pastinya, perit lelah terbayar apabila student paham apa yg kita ajar...kan...

yg penting jgn syok sendiri ja.. mengajar d depan.. hehehe

biasalah,mula-mula...lama kelamaan ,dah tak payah rujuk apa, dah expert...

selamat mendidik anak bangsa ke arah yg cemerlang dgn ikhlas !