Monday, September 22, 2008

Kerja Paling Gilos

Saya pernah membuat kerja gila pada tahun 2005 dengan pergi ke Audition AF3(Zon Melaka). Fuyoo, saja bereksperimen dengan suara saya. Waktu tu saya masih berada di tahun 3. Tak perlu la cerita panjang. Membawakan lagu Sway dari Micheal Buble yang sememangnya Suweeyyyyy.... Terima kasih kepada Kak Ellie Suryati dan Abang Adnan Abu Hassan kerana memberikan kad merah kepada saya.

Pada tahun 2006 pula saya sekali lagi membuat kerja gila, pukul 6 pagi saya bangun dan merempit dari Melaka sehingga ke Bukit Jalil untuk Audition AF4 (Ni perkara paling gila saya buat la agaknya). Menyanyi lagu warkah berlagu pilu. Memang pilu. Terima kasih saya Ucapkan kepada Encik Sham Kamikaze dan juga Kak Aishah kerana memberikan kad merah.

Saya juga selalu membuat stage present sewaktu belajar dahulu. Berlakon teater, menyanyi atas jemputan rakan-rakan untuk majlis makan malam dan juga pengacara majlis. Sewaktu bekerja, sekali saya di panggil untuk menjadi pengacara. Fully speaking english tu. Huyooo... budak-budak office kata berhabuk. Tapi aku kata, bukan berhabuk. Tapi English aku capuk. Hancos.

Tahun lepas nak raya. Saya menghadiri casting (ujibakat untuk modelling) di Damansara. Untuk Iklan Perodua raya. Saya bersama Kak Alice, Abang Shahrul, Hafiz. Kami ponteng kursus time tu. Haha, selambe pegi casting. Mula-mula nak teman Kak Alice, but at the end, kami berempat casting. Selambe kodok. Aku cakap yang aku nak temankan Kak Alice casting jer. Then dia kata why don't you have a try. Aku pun give a shot la. Isi form and study the script. memang selamba. Haha, best. But I didn't made it neither 3 of them. But it was fun actually. I'm having a lot of fun. Yer la, aku kan suka bereksperimen dengan diri aku kan. So memang should try la kan.

Terlalu banyak perkara indah untuk di ceritakan hari ni sebenarnye. Tapi saya ceritakan sedikit hari ini dan selebihnya saya simpan untuk diri saya sendiri. Apa yang saya nak kongsikan hari ni adalah peluang saya mengexplore diri saya dari sudut yang sangat berbeza. Mungkin nampak saya ni gila glamour. Tapi itulah saya, bukan gila glamour, tetapi seorang yang suka bereksperimen dengan apa yang saya ada.

Hari ni, saya memberi peluang sekali lagi untuk diri saya terus bereksperimen dengan apa yang saya miliki. Saya pergi casting model untuk sekali lagi. Kali ini ditemani oleh seorang rakan saya di UPM. Jadi saya tidak perlu berseorang. Tidak la terlalu nerves. Kenapa saya mencuba lagi sekali? Saya memberikan alasan, saya pernah menyanyi di atas pentas menghiburkan orang, saya juga pernah menangis di teater dan saya juga pernah berceloteh untuk menceriakan majlis. Cuma satu sahaja saya belum cuba, iaitu model. Itu sahaja.

Rakan saya ini juga buat pertama kalinya casting model. Atas alasan, dia mengagumi Sheikh Muzaffar Shukor. Selain menjadi seorang Doctor, dia juga adalah seorang model, selain menjadi duta, dan kini seorang angkasawan pertama Malaysia. Menurut rakan baik saya ini, mungkin dia tidak boleh menjadi SMS, tetapi menghampiri kejayaan yang dikecapi sudah cukup baik. Kerana itulah idolanya.

Selain tu cari extra income la kan. Nama pun student. Kene la sacrifice something untuk mendapatkan something. Am I right?

So about 10.00am habes kelas aku dengan kawan aku ni terus shoot pegi Jalan TAR (Jangan hengat kami ni nak jadi model kamdar ok). Sebab agensi-agensi yang kami janjikan bertempat di sana. So sampai dekat 1st agensi lebih kurang pukul 10.45am. Seperti biasa isi form dulu la kan. Nama pun mintak keje. Hapa la. Tunggu about 5 minit, kami di panggil untuk casting. Tak susah, kami cuma perlu tunjuk level of confident yang tinggi di hadapan camera (Record ok, bukan setakat camera je), so mula dengan aku la. Then my friend punye turn plak. Simple question yang dia tanye, tell me about yourself, and then what make you inspire to be model. What are you looking into this industry. What do you think Malaysian current fashion. (Nasib baik la I hup To date tentang fashion). Sekadar menyebut beberapa soalan la. Mati la aku kantoikan soalan casting. Hehe, then dia cite pasal profile company and T&C etc la kan. Takkan nak detail kot. Cukup la. Menurut kata Encik Hakimi (Pengurus Syarikat la) kami akan diberitahu seawal esok atau selewat-lewatnya hari khamis.

Then about 11.45 abes, aku apa lagi terus pergi tempat casting ke 2 (Gila tamak kami kan), Then terus jumpa tempat tu terus masuk. Should be our casting pukul 2.00 petang, tapi memandangkan aku ada lab session, so aku terpaksa cepatkan la. Nak cancel sayang sebab peluang tak datang banyak kali dalam hidup kan. So sampai je buka kasut dulu (Adab melayu masuk rumah, kene la sopan kan). So sampai as usual, isi form. Then dah isi form tunggu lama gak. Dari pukul 12.00 tengahhari. Pukul 12.20pm masuk bilik interview. then terpaksa tunggu sorang lagi. Pastu dia kata tunggu sorang lagi. Ampeh, macam ni sampai petang tunggu tak penuh bilik. At last aku buka pintu. Dia tanye ada apa. aku cakap la lambat lagi ke. Then dia balas, ade ape ape ke petang ni. Aku cakap ada kelas pukul 2. Kalau nak tunggu gak aku cancel jer la. Then dia proceed gak untuk 3 orang. Tau takut. Hahahah, then mula la.

Start dengan briefing at 12.40pm. Aku dengan member aku mula la sangap. Apa tak nya. Bende yang sama dia cite. Aiyak, macam copy bulat-bulat. Takde tuka sikit pun. Haiya, tak kisah la. Dengar je. Then pukul 1.00ptg habes la semua briefing. Then start dengan fotografi. Yang ni lain sikit la. Takde video, so you should talk with your photo, how we want to do it. Try your best. Kawan aku ni la, terus je nak memula. Haha, dah tinggi confident level. Pastu baru la aku pulak. Ok la. Then terus cepat-cepat balik. Jalan kl jam pulak. Tak ape la. Aku speeding tak hengat la apa lagi. Yang ni plak dia kata result akan tahu esok atau paling cepat lusa.

Aku tak mengharap pun. Just do it for fun. Lagipun ank tolong member aku kan. Dia yang beria nak casting. So aku bawak jer la. Anyway alang-alang tu join the club sekali la kan. So should be ok la. I'm having fun bereksperimen dengan myself.

Itu jer la aku nak cerita. Kalau ada cerita result aku dapat la tu ek. Kalau takde tu anggap jer aku tak layak. Wakaka. See you, Adios



Nota lantai: Seronok sebenarnye buat casting. Saya suka pergi interview kerja. Tak kisah tak dapat. Tapi seronok sebab dapat gain self confident. Ala bukan kene bayar pun pergi interview. Everything free of charge. What you earn, your confident level. What you spent, just time and some transportation money la kan.

1 comment:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

gud luck el ;)