Monday, September 29, 2008

10 Hari Mencari Raya (4th day)

Hari ni sambung buat ketupat la kan. Tapi takde la nak bercerita pasal buat ketupat lagi. Jenuh nak menulis pasal ketupat. Kalau dok cite pasal ketupat sampai aku pencen pun tak habes.

Hari ni aku pergi cuci My Vi gua la kan. Dah dekat 2 bulan tak cuci. Ya Allah kotor dia. Tuhan saja yang tahu. Tapi aku bukan nak cerita pasal My Vi aku yang sangat kotor tu. Aku nak cerita bende lain.

Masa aku tengah dok sedap menunggu kete aku yang siap di cuci. Ada 3 orang pompuan datang untuk cuci kete. Aku dok diam je then dia duduk sebelah aku la. Tapi bukan sebelah menyebelah k. Jauh la gak. Mulut Ya Allah, memang laser tahap Gaban Trek Potong Dua. Tu biasa la kan. Normal.

Yang sorang tu, Biasa la. Nampak sempoi je. Ok la. Nama pun anta cuci kete, Tak perlu nak vogue. Yang sorang tu macam make up artis. Huyooo memang stylo make up artis. Yang sorang tu plak ala-ala artis or persis model. Tapi tak siap. Wakaka selambe badak je aku kutuk. Dah la bulan puasa. Selambe buat doa kering kat blog. Hahaha

Tapi aku takde la nak cite pasal style diorang yang aku rasa tak sesuai tu. Tapi aku pasang telinga time dia borak. Nak tau what are their conversation?

Ms. Sempoi: “Kau tu dah la tak puasa?” (Masa memula dengar tu dalam hati cakap. Ala biasa la pompuan)

Ms. Make Up Artis: “Aku puasa 25 jam. Siap lebih sejam lagi” (Aku pelik sudah)

Ms. Model Tak Siap: “Balik ni nak siapkan ketupat?” (Tiba-tiba plak mencelah. Tak sesuai dengan topik la sayang oi. Tuh la, asyik berangan je)

Ms. Make Up Artis: “Aku bukan tanak puasa. Tapi aku lapo.” (Sah, bukan period)

Adeh, susah sangat ke nak tahan lapar yang sedikit. Bukan kecik pun. Dah besar panjang. Tapi itu hak dia la kan. Terpulang pada dia nak puasa atau tak. Sebab aku bukan nampak dia makan depan-depan aku. Maybe dia main-main je. Huhu

Ape pun, kepada Ms. Make Up artis. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Maaf la ye kutuk kau dalam blog. Haha.

Nota kaki: Puasa tinggal 2 hari je lagi. Rasa berat hati la plak. Hurm

2 comments:

you are now in my zone said...

haha, macam kerenah :p

Rin said...

hai zafril! slamat hari raya maaf zahir batin ^-^