Saya ingin berkongsi pengalaman melabur di Unit Trust. Saya mula melabur di unit trust pada August 2007. Berapa yang saya laburkan biarlah rahsia. Di dua buah syarikat Unit Trust gergasi di Malaysia ni.
Alhamdulillah, pelaburan di syarikat pertama hanya mengambil masa 1 bulan untuk mengaut keuntungan. Dan saya mengambil keputusan untuk menjual semua unit di Syarikat ini pada January 2008. Alhamdulillah. Selama lebih 4 bulan itu, saya mengumpul untung sebanyak 16%. Banyak bukan.
Pelaburan saya di syarikat yang kedua membuat hati saya cukup gemuruh. Bayangkan, hampir 3 bulan, tiada perkembangan yang positif dari pelaburan itu. Sekejap naik, sekejap turun dan tempoh mula melabur adalah sama dengan syarikat pertama. Saya menjualnya pada January 2008 juga dengan keuntungan 2% sahaja dalam tempoh hapir 5 bulan. Sedikit sahaja, tapi lebih baik dari tiada langsung.
Saya juga membuat pelaburan di 3 buah syarikat insurans dan juga takaful, seperti yang saya katakan semalam. Pelaburan insurans dan takaful adalah pelaburan yang paling selamat. Yang ni saya tak mengambil tahu sangat mengenai berapa jumlahnya. Kerana saya melihat pelaburan saya ini untuk tempoh 30 tahun lagi. Yang pasti waktu tu, nilai pelaburan saya dalam syarikat insurans ini mungkin mampu membeli Lexus RX350 dan sebuah rumah idaman saya tu. Atau mungkin lebih dari tu.
Selepas saya menjualnya pada January 2008, Harga unit amanah di kedua-dua syarikat mula merudum akibat ketidakstabilan politik Malaysia akibat kelemahan pentadbiran oleh kerajaan. Diikuti pula kejatuhan ekonomi dunia kini yang mula meruncing. Harga unit amanah merudum sehingga lebih 50%. Bayangkan anda kerugian lebih 50% dari ape yang anda laburkan. Tentu rasa tertipu bukan. Tapi sebenarnya bukan salah di unit trust atau agennye. Salahkan ekonomi, baru betul. Tak lupa juga pentadbir negara ye.
Ada yang bertanya pada saya, bila waktu yang sesuai untuk membeli unit trust? Sekarang waktu yang sangat sesuai untuk membeli unit-unit amanah. Tapi jangan harapkan pulangan dalam jangkawaktu terdekat. Kerana harga unit amanah ini dijangka akan hanya kembali mengukuh dua tahun dari sekarang.
Kalau nak bertanya pendapat lebih lanjut, boleh saja hubungi saya. Saya sedia membantu. Saya bukan menjual, tapi sekadar berkongsi pendapat apa yang sesuai. Saya boleh dihubungi di 012-2421433.
Sekian...

1 comment:
Do you got sell unit trust? If got, any proposal for a student?
Post a Comment