Best word
Tiga ayat untuk berjaya: - Tahu lebih banyak dari orang lain- Bekerja lebih lama dari orang lain- Mengharap kurang dari orang lain
Suatu hari, jika anda tidak mengalami sebarang masalah, anda mesti sedar yang anda melalui jalan yang salah
Jika anda mula menilai seseorang, pasti anda akan tiada masa untuk menyintai mereka...Jika kita tidak dapat menyintai seseorang yang kita dapat lihat, bagaimana kita mampu menyintai Allah, yang kita tidak dapat lihat
Manusia selalu berfikir bagaimana cara untuk mengubah dunia dan sekelilingnya, tapi tiada siapa yang terfikir untuk mengubah diri mereka sendiri.
Sekiranya seseorang itu merasakan dia tidak pernah melakukan kesilapan dalam kehidupannya, maka dia tidak pernah cuba melakukan perubahan atau sesuatu yang baru dalam hidupnya.
Jangan hancurkan empat benda dalam hidup anda - kepercayaan, janji, hubungan dan hati kerana bila semua ini hancur tiada suara akan kedengaran melainkan kesakitan yang teramat sangat.
Kemenangan bukanlan semestinya mendapat nombor 1, tetapi kemenangan bermaksud anda telah melakukan sesuatu yang lebih baik dari apa yang anda lakukan sebelum ini
Sekiranya anda menang, tiada apa yang perlu dijelaskan... tetapi jika anda kalah, anda tidak perlu berada di sana untuk menjelaskan...
1 comment:
entry ni menarik! suker2.. :)
Post a Comment