Thursday, January 01, 2009

Azam 2009

Aku berazam untuk tidak menjadi seorang pendendam. Sebab berdendam tu akan menjadikan aku seperti bom jangka panjang yang bila meletup, macam-macam bende pelik boleh jadi. Yer tak.

Aku berazam untuk menjadi seorang yang pemaaf. Sebab aku rasa hidup aku akan lebih tenang kalau aku jadi seorang pemaaf. Hidup korang pun akan jadi lebih tenang kalau korang jadi seorang pemaaf juga. Kata Aishah - Kemaafan Dendam yang Terindah

Aku akan berusaha untuk menjadi seorang yang matang seiring dengan usia aku. Maksud aku dalam membuat keputusan, menentukan hala tuju hidup, merencanakan masa depan semua la dan matang dalam merencanakan kehidupan yang penuh cabaran. Insyaallah, aku akan berusaha untuk tidak tertipu lagi. Hehehe

Dan yang paling penting, aku akan cuba puaskan hati semua orang walaupun susah. Tapi aku rasa itu adalah lebih baik kan. Menjaga hati orang lain dengan kata-kata yang baik. Aku akan sangat berusaha untuk yang ini. Kalau tiba-tiba gurauan aku tu melampau, so aku akan minta ampun. Pastu aku sebolehnya akan berfikir sebelum menjawab. Jadi kalau aku lambat menjawab, maksudnya aku sedang berfikir la. Chewah.

Aku akan tetap maintain macam ni. Maksud aku, happy go lucky, slim melim, macam dulu gak la. Sebab aku rasa yang ni aku tak perlu nak ubah langsung. Betul tak.

Aku rasa cukup tu je la azam aku tahun ni. Malas dah nak azam berazam ni. Tak larat nak berazam banyak-banyak. Takut tak tertunai plak nanti. Ape pun. Hidup kene enjoy

2 comments:

cik wanie said...

dear el-zafrill...

dikesempatan ini,
wanie ingin mengucapkan "selamat tahun baru 2009" buat anda,
semoga tahun ini anda dpt capaikam impian anda itew......

semoga kita blh jadi kawan yer:)
amin:)

myZone | When Anuar opens to public said...

moga tertunai azam2 tuh ;)pendendam rupanya...haiyo!!! :p