Tuesday, January 06, 2009

Its All About Unit Trust

Hari ni decide nak tulis dalam bahasa melayu semula. Setelah jenuh memikirkan perkataan yang bombastic bagai semua tu la. So hari ni jadi melayu pula la ye. Nanti orang kata very the berangan nak jadi mat salleh berkulit jawa. Hahaha

Untuk pengetahuan semua pembaca, saya bukan agent unit trust. Tapi saya pelabur unit trust yang ada sedikit pengetahuan mengenai unit trust untuk dikongsi dengan semua pembaca blog aku. Aku takde lesen unit trust la. Nak jual kene ade lesen.

Semalam ade sorang tu suruh aku post pasal Unit Trust. Hows things work. Macam mana untung. Macam mana rugi semua la. Aku akan share dengan korang dengan pengetahuan aku yang agak sedikit ni. Kalau ade yang salah betulkanlah ye.

Macam mana unit trust works? Begini. Unit trust menggunakan unit untuk berniaga, dan yang berubah adalah nilai seunit itu. Perubahan dalam nilai seunit yang membuatkan kita untung dan rugi.

Sebagai contoh, anda melabur dalam unit trust sebanyak RM10,000 dan membeli satu dana yang diniagakan RM0.50 seunit hari itu. (Kadar yuran pengurusan adalah 6.5%)
  • Modal anda = RM10,000
  • Yuran pengurusan = RM650
  • Jumlah yang dilaburkan = RM9,350
  • Jumlah unit yang akan diniagakan = 18,700 unit (Pada kadar RM0.50 seunit)
Bagaimana keuntungan boleh diperoleh? Keuntungan dan kerugian anda bergantung 100% pada kadar unit itu diniagakan. Sebagai contoh di atas, anda membeli dengan kadar RM0.50 seunit dan pada keesokan harinya. Ianya diniagakan pada kadar RM0.55 seunit.
  • Nilai Unit = 18700 unit
  • Nilai pelaburan = RM10,285 (Keuntungan adalah RM285)
Begitu juga sebaliknya. Sekiranya harga yang diniagakan menyusut, kita akan rugi. Itulah risiko yang terpaksa diambil oleh pelabur-pelabur.

Bagaimana nak mengetahui nilai-nilai setiap unit? Anda boleh melihat di papan-papan unit trust di website-website syarikat unit trust ataupun di akhbar harian.

Terdapat 3 kategori dana dalam unit trust,
  1. Ekuiti – Dana yang sangat agresif. Yang mana memberi pulangan yang tinggi, dan juga memiliki kerugian yang tinggi. Senang cite kalau harga unit dia nak naik, suka hati gile dia nak naik, kalau nak turun, boleh sakit jantung. So faham tak agak-agak. Pelaburannya ke syarikat-syarikat gergasi yang memberi pulangan lumayan la. Contohnye syarikat petroleum la. Minyak kan turun naik suka hati je.
  2. Manage – Dana yang kedua ni pula dana yang lebih moderate. Maksudnya kalau dia nak naik, ok ok saja. Kalau dia nak turun. Ok ok la. Tapi darah tinggi bleh naik gak la. Tapi tak sampai sakit jantung. Aku tak pasti la labur kat mana.
  3. Bon – Dana ketiga ni, saya panggil dana selamat. Sebab dana ni berisiko rendah. Kadar keuntungan dia pula. Boleh la. Dia naik sikit-sikit. Kadar keuntungan dia slow sikit. Tapi kadar kerugian tu. Kalau rugi tu bleh gelak2 lagi la. Selalunya dana ni akan melabur dalam projek2 kerajaan.

Memilih dana terpulang la kepada selera pelabur. Setiap syarikat unit trust memiliki lebih dari 20 dana yang menjanjikan pulangan yang baik. Anda harus bijak membeli. Tapi bagi orang islam. Anda di galakkan melabur dalam dana syariah. Kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita.

Insurans dan takaful kini melaburkan semua caruman pencarum insurans dan takaful ke dana-dana unit amanah yang mana ia akan memberikan pulangan yang lumayan kepada pencarum insurans dan takaful. Mesti tak ramai yang tahu tentang hal ni.

Dan kalau nak tahu juga, pelaburan insurans dan takaful juga saya panggil pelaburan yang sangat selamat dan memberi jaminan masa depan. Kenapa sangat selamat dan menjamin masa depan. Yang tu adalah rahsia saya, kalau nak tahu jumpa la saya. Sebab nak kongsi cerita di sini sangat susah.

Selamat melabur ok. Pastikan pilihan anda bijak dan melaburlah dengan tepat. Jangan sampai kene tipu sudah.

6 comments:

Anonymous said...

perghh.. mantap!!

JR said...

urmmm...menarik!! =P

Adi Yuseri Md. Yusof said...

ehh...dah dpt lesen unit trust ke?? baru jer masuk Public Mutual yg cousin.... tuh laa dulu tanya kata belum lagi...

Unknown said...

hehehehhehe,
mat salleh jawa yer,
mcm best jer bunyinyer,
hehehehehehe

smile alwaz:)

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

tatau pape pung ttg investment...terlopong jer dgr nnt...

fendy_ahmad said...

Salam,

Kalau sesiapa nak beli unit trust seeloknya jangan sekadar dengar promosi para ejen-ejen unit trust sahaja...

Dapatkan juga pandangan pihak yang neutral tetapi adalah sikit sikit ilmu yang berkaitan...

Pernah juga orang terpesona sangat dengan unit trust keluarkan wang KWSP akhirnya apa yang diperoleh tak seindah khabar...

Berhati hati juga dengan metodologinya...

Makan di PIZZA contohnya, jangan tengok harga saja..tapi lupa lak ada 5% tax gomen ngan 10% service charge...

Sila rujuk ejen anda tentang segala jenis FEES dan CHARGE tersembunyi yang dikenakan...

Janji yang mengatakan 10% adalah returns nya atau 15% atau apa sajalah itu bukanlah NETT / pulangan bersih...

Yang Benar,
Cikgu Finance MMU :) merangkap pelanggan Tuan Blogger, sahabatku Zaff ...