Friday, January 16, 2009

Boikot: Sekelumit Kesan

Usaha memboikot sedang giat diusahakan oleh kebanyakan penduduk dunia yang prihatin akan ketidakstabilan di Gaza. Saya percaya ramai pembaca saya mula menjauhkan diri dan bertindak memboikot produk-produk yahudi yang berkaitan dengan Israel.

Saya tertarik dengan satu komen dari seorang pembaca saya:-

"Pada 2005, bantuan terus US kepada Israel dianggar berjumlah US$ 154 billion. Jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi kerana kebanyakannya tidak diistihar sebagai bantuan luar. Walaupun memboikot starbuck dan barangan-barangan lain yang ada kaitan dengan israel ibarat setitik air di lautan, namun saya harus memuji usaha murni dan niat suci anda. Tapi kesian pula nanti kepada berpuluh ribu rakyat malaysia yang akan hilang pekerjaan sekiranya syarikat-syarikat ini menarik keluar pelaburan dr Malaysia kerana kurang permintaan, sedangkan Israel masih gagah. Siapa agaknya yang akan jadi mangsa?"

Saya bukan nak menitikberatkan jumlah dana yang disalurkan oleh pihak Amerika yang sememangnya menjadi rahsia Rumah Putih. Tapi saya sangat berminat untuk komen mengenai tulisan saya 'bold'kan itu. Terima kasih kepada spygame yang memberi komen.

Saya sebagai seorang bekas jurutera dan kini pelajar sepenuh masa. Jadi saya tidak begitu mengetahui kesan dari sektor ekonomi. Tapi ape yang saya boleh katakan di sini, saya melihat kesannya dari beberapa sudut.

Pertama, dari sudut Amerika dan Israel. Saya melihat ini sebagai senjata yang ada oleh semua masyarakat dunia untuk melemahkan Israel dan Amerika. Sekadar untuk melemahkan. Tindakan memboikot akan melemahkan sekutu Israel, iaitu Amerika yang sememangnya menyalurkan bertrillion-trillion dana kepada Israel untuk menyerang Palestin. Saya melihat Bush mengambil peluang sebaik mungkin sebelum turun dari takhta Presiden Amerika, sebelum Presiden baru, Barrack Obama mengangkat sumpah. Jadi di sini, tindakan untuk memboikot hanya untuk melemahkan mereka. Tidaklah lama, untuk sementara sahaja. Mungkin sehingga Barrack Obama mampu meyakinkan semua penduduk dunia bahawa dialah yang terbaik untuk Amerika dan juga penduduk dunia.

Kedua, kesan kepada ekonomi. Tindakan memboikot akan menyebabkan pelabur lari? Saya melihat ini satu impak yang besar sejak China mula membuat dasar ekonomi terbuka. Malaysia masih lagi mampu bertahan akibat kestabilan politik pada masa itu. Tapi kini huru-hara. Pendekatan yang terbaik adalah, menstabilkan politik Malaysia dulu, barulah ekonomi akan stabil. Sekiranya Malaysia atau negara-negara Islam amnya diboikot oleh Amerika, pasaran Malaysia masih luas, kita masih ada pelabur dari negara-negara maju seperti Jepun, Jerman. Sekutu Amerika, biarkan mereka. Percayalah, negara Islam ada emas hitam yang sangat bernilai. Sekatan ekonomi kepada negara Islam akan melumpuhkan keteguhan mereka berdiri. Adakan ini significant? Jadi, mereka tidak akan memboikot Malaysia atau negara Islam yang lain. Kecuali Malaysia ada senjata nuklear dan Malaysia sendiri tidak mengisytihar yang Malaysia memboikot produk Yahudi, tetapi Rakyat Malaysia yang prihatin yang memboikot. Betul tak ayat saya ni?

Ketiga, bagaimana dengan pekerja pula. Meraka seharusnya dibayar gaji oleh majikan walaupun tiada sales masuk. Betul tidak. Kalaupun diberhentikan, mereka masih bernapas kerana, majikan harus membayar pampasan kepada pekerja yang diberhentikan. Percaya ataau tidak, masih banyak lagi majikan di Malaysia ini yang memerlukan pekerja. Janganlah terlalu demanding dalam memilih pekerjaan. Saya dulu bermula sebagai seorang Jurutera ber Ijazah Sarjana Muda, bermula dari gaji RM1500. Kawan saya pula bermula lebih rendah dari itu. RM900 pun ada. Bersyukur la selagi masih ada rezeki. Jangan terlalu memilih. Peluang yang ada di depan mata terima je.

Siapa agaknya yang jadi mangsa? Semua akan jadi mangsa. Saya akan jadi mangsa, anda, keluarga anda, dan seluruh peduduk dunia. Kenapa? Kerana tindakan memboikot akan merugikan kitaran hidup penduduk dunia. Tapi berbaloi.

Ini sekadar sekelumit pendapat saya sebagai seorang pelajar. Tapi ini semua bergantung kepada keadaan semasa. Apa alternatif yang kita ada? Dinar akan membantu melemahkan lagi ekonomi Amerika. Saya akan cuba cari fakta ini dan berkongsi dengan semua pembaca.

Sekian...

No comments: