Tuesday, September 30, 2008

10 Hari Mencari Raya (5th day)

Hari ni aku tak boleh la nak bangun lambat-lambat. Banyak gila benda kene tolong siapkan. Basuh ayam. Potong sayur. Rebus ketupat. Haha, kalau korang nak tau hari ni selalunya hari sibuk sedunia keluarga kami la. Memang sangat sibuk. Sebab kami membuat persiapan terkahir untuk raya.

So takyah celoteh panjang la kan. Menu hari ni untuk di masak sebagai jamuan tetamu

  1. Ketupat
  2. Ayam masak merah
  3. Rendang daging
  4. Sayur lodeh
  5. Sambal goreng
  6. Sambal kacang

Selalunya raya pertama dah habis dah. So kalau nak merasa my mum punye masakan. Kene datang raya pertama. Or else korang tak dapat nak merasa langsung la kan. Anyway, tak bleh nak tulis bebanyak hari ni. Busy sangat-sangat. Adios

Nota kaki: Busy cuci ayam, anta kunjungan, potong sayur, semua sekali la busynya.

Monday, September 29, 2008

10 Hari Mencari Raya (4th day)

Hari ni sambung buat ketupat la kan. Tapi takde la nak bercerita pasal buat ketupat lagi. Jenuh nak menulis pasal ketupat. Kalau dok cite pasal ketupat sampai aku pencen pun tak habes.

Hari ni aku pergi cuci My Vi gua la kan. Dah dekat 2 bulan tak cuci. Ya Allah kotor dia. Tuhan saja yang tahu. Tapi aku bukan nak cerita pasal My Vi aku yang sangat kotor tu. Aku nak cerita bende lain.

Masa aku tengah dok sedap menunggu kete aku yang siap di cuci. Ada 3 orang pompuan datang untuk cuci kete. Aku dok diam je then dia duduk sebelah aku la. Tapi bukan sebelah menyebelah k. Jauh la gak. Mulut Ya Allah, memang laser tahap Gaban Trek Potong Dua. Tu biasa la kan. Normal.

Yang sorang tu, Biasa la. Nampak sempoi je. Ok la. Nama pun anta cuci kete, Tak perlu nak vogue. Yang sorang tu macam make up artis. Huyooo memang stylo make up artis. Yang sorang tu plak ala-ala artis or persis model. Tapi tak siap. Wakaka selambe badak je aku kutuk. Dah la bulan puasa. Selambe buat doa kering kat blog. Hahaha

Tapi aku takde la nak cite pasal style diorang yang aku rasa tak sesuai tu. Tapi aku pasang telinga time dia borak. Nak tau what are their conversation?

Ms. Sempoi: “Kau tu dah la tak puasa?” (Masa memula dengar tu dalam hati cakap. Ala biasa la pompuan)

Ms. Make Up Artis: “Aku puasa 25 jam. Siap lebih sejam lagi” (Aku pelik sudah)

Ms. Model Tak Siap: “Balik ni nak siapkan ketupat?” (Tiba-tiba plak mencelah. Tak sesuai dengan topik la sayang oi. Tuh la, asyik berangan je)

Ms. Make Up Artis: “Aku bukan tanak puasa. Tapi aku lapo.” (Sah, bukan period)

Adeh, susah sangat ke nak tahan lapar yang sedikit. Bukan kecik pun. Dah besar panjang. Tapi itu hak dia la kan. Terpulang pada dia nak puasa atau tak. Sebab aku bukan nampak dia makan depan-depan aku. Maybe dia main-main je. Huhu

Ape pun, kepada Ms. Make Up artis. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Maaf la ye kutuk kau dalam blog. Haha.

Nota kaki: Puasa tinggal 2 hari je lagi. Rasa berat hati la plak. Hurm

Sunday, September 28, 2008

10 Hari Mencari Raya (3rd day)

Hari ni macam biasa la. Gua bangun lambat as usual. Penat siol plus mengantuk bangat. Haha, nasib baik gua belum ade anak. Kalau dah ada anak. Konpem bergolek2 dengan anak atas katil sambil cakap “Ala bucuk2 anak abah”. Wah sungguh berangan. Tapi dah diberi warning awal-awal kene habes blaja dulu baru la kawen. Wah, lambatnye. Tak ape. Sabar itu separuh daripada iman. (Kepala hanggok kau. Ni nak kawen la. Mana bleh sabar2)

Seperti biasa, konon-konon hari ni nak buat ketupat la gamaknya. 400 biji tu. Habes tangan gua calar-calar. Huwaa, tidak apa. Sangat bersabar bulan puasa ini. Mesti semua orang pelik kan. Kenapa buat sampai 400 biji. Tak ke banyak sangat tu. Selalunya 200 biji khas untuk diberi kepada jiran2. Huyoo…

Lagi 200 tu biasa la. Keluarga sendiri pun belum tentu cukup. Apa taknya, anak saudara saya sudah 19 orang. Semua kuat makan. Mak bapak diorang. Saya lagi. Nasib baik la adik saya kat oversea. Kalau tak, lagi la tak cukup. Apa taknya. Dia sorang je makan 20 biji. Huhu. Nampak je kecik. Sekali menghadap makan je orangnye semua sekali berjumlah 31 orang. Kurang2 kene potong 60 biji. Jadi 200 biji tu utk sehari makan je la. Hahaha

Tak ramai yang berbakat anyam ketupat. Termasuk la saya. Hanya reti membuat beberapa jenis sahaja. Antaranya ketupat sate, ketupat kodok, ketupat bawang comel dan ketupat bawang gemuk. Saya hanya berbakat utk 4 jenis ketupat itu. Ada lagi dua jenis saya tak tahu nak buat. Ketupat jantung dengan ketupat bantal. Weahhooo… jangan campur ketupat daun palas. Memang saya tak tahu la nak buat. Saya tahu makan sahaja.

Saya mulakan dengan memilih daun yang sesuai. Antaranya dari jenis pokok kelapa mawar. Untuk pokok jenis ni, daunnya agak tebal. Tetapi sedikit kecil. Sangat mudah di anyam dan daun dia tak mudah koyak. Saya sangat suka kalau dapat daun jenis itu. Dulu Arwah Kak Mi selalu datang ke rumah anta daun kelapa mawar. Huwaaa, rindu Kak Mi.

Jenis daun yang kedua pula yang selalu kami pilih ialah dari jenis pokok kelapa pandan. Kenapa kami pilih, sebab bau daun dia sedikit wangi. Tetapi nipis. Masih boleh di anyam. Tapi kene sedikit berhati-hati. Kalau tidak mudah koyak.

Abang saya suka menggunakan satu jenis daun lagi iaitu daun tepi rumah. Ala, maksudnya asal jumpa pokok kelapa la kan. Sabit saja daun dia. Ketupat juga jadinya. Tak ada la masuk periuk then nak makan pilih jenis daun kot. Tak sesuai.

Ade lagi la beberapa jenis daun. Tapi saya tatau la. Mak saya baru saja menanam kelapa matak. Tapi tak pasti sama ada daun dia sangat bagus untuk dikomersialkan sebagai ketupat atau tidak. Kita tunggu dan lihat.

Apa-apa pun. Selamat membuat ketupat dari saya. Saya tak ada aktiviti menarik untuk diceritakan hari ini selain dari membuat ketupat. 2 hari lagi nak berpuasa. Selamat berpuasa dan selamat beramal.

Nota lantai: Syoknye raya tahun ni.

Saturday, September 27, 2008

10 Hari Mencari Raya (2nd day)

Hari ni memandangkan tiada apa nak di buat. Aku decide tido and bangun lambat-lambat. Tido umah my mum yang baru ni sedap plak tidonya. Terasa malas nak bangun. Lepas solat subuh terus tido. Tak hengat dunia. Biasa la bujang. Kalau anak dara bangun lambat. Konpem diskaun 80%. Haha

Bangun je terus tolong my mum buat kueh tempeyek. Kali ni my mum bereksperimen pulak dah. Sama je macam anak dia. Tapi kali ni dia buat tempeyek guna pencetak. Bulat-bulat cantik. Tatau la apa rasanya. Puasa la kan. Mana nak tau rasa. Plus kat my house takde yang sedang ber‘cuti’.

Siap buat kueh tempeyek pun dah pukul 2.00 petang. Adeh. Eksperimen ni mengambil masa sangat lama. Dari pukul 9.30 pagi kitorang buat. Huwaaa. Penat. Tak apa. Sabar. Bulan puasa. Lepas siap buat kueh tempeyek baru la aku terhegeh2 nak mandi. Har har har. Malu siol. Tak apa. Nama pun bujang kan. Kalau ada isteri nanti mesti asyik komplen je aku jadi laki pemalas. Hahaha

Petang tu my mum decide kononnye nak beli la perabot. Haha, memandangkan rumah kami tiada perabot. Tapi bengkek gila. Semua yang my mum nak dah ditempah orang. Ntah ape ape ntah. Kalau berniaga, jangan la begitu beb. Tak baik wooo. Sian kat kami. At last my mum tak jadi beli la kan.

Terus beli barang runcit sikit. Hehe. Balik umah terus la on PC and then tido. Sampai about 6.30 pagi. Kelam kabut gua Solat Asar. Ape tak nya. Dah nak masuk waktu berbuka. My mum dah bising-bising suruh anta makanan kat Uncle Sareh. Dia tengah sakit Chikunia. Aku pun tatau sakit ape tu. Sort of Denggi modus operandinya. Nyamuk puncanya and then akan demam. Tak boleh nak bangun. Tak boleh nak makan. Badan bengkak. Sian my uncle. Anyway, any doctor yang tau camne nak bagi cepat sembuh.

Berbuka puasa simple je. Then pegi terawikh. Hebat. 20 rakaat lagi tu. Memang bravo aku kalau balik kg. hehe Bosan sikit hari ni. Takde apa nak buat.Hehehe So selamat menghadapi hari-hari terakhir puasa.

Nota lantai: Adik, ex-bf kau dah nak kawen 25 syawal ni. Kau balik la. Pastu nyanyi Pelamin Anganku Musnah. Weaaahooooooooo

Friday, September 26, 2008

10 Hari Mencari Raya (1st day)

Hari ni gua balik kampung. Syok bangat gua time nak balik kampung macam ni. About pukul 6.00 pagi gua dah bangun. Adeh, sah-sah gua tak sahur. Bukan ape, gua malam tadi balik lambat. Sampai rumah terus pekene nasi kerabu. Nyum-nyum. Sedap bangat nasi kerabu tu. Lain dari yang lain.

Lepas mandi and solat subuh terus kemas barang segala. Baju aku masuk dalam bakul je. Senang, Tak payah aku nak masuk dalam beg. Then kemas buku-buku semua. Buku aku le, balik ni nak buat assignment la kononnya la kan. Then nak tanda lab report my student. Plus hari tu aku bagi kuiz kat student. Pastu nak tanda yang tu. Then bawa la sikit borang insurans. Mana la tau ade yang nak beli insurans time raya-raya ni. Rezeki kan.

Tapi sebelum balik kene siapkan semua keje dulu. Mana bleh nak balik kg, tapi keje semua gua tinggal terbengkalai. Haha. Pagi ni nak kene settlekan proposal untuk project master. Tapi sikit jer la. Minta tandatangan Dr. Hamiruce Marhaban. Hehe. Pastu lepak lab tolong si Akmal buat dia punye final year project. Weaahooo PCB design. I like. Tapi bhanyak dah lupa la weh. Sorry la Mal. Dah 2 tahun tinggal. Mana nak ingat. Nota aku pun terbang ke mana ntah. Nanti aku try tanye my ex boss. Mana tau dia bleh tolong la kan. Aku just nak refresh balik my memory.

Pukul 11 pagi baru gua bertolak dari UPM. Haha, gua isi minyak kete then baru la shoot masuk lebuhraya melalui tol serdang. Ngeh ngeh ngeh. Pastu ada sekali berhenti tepi lebuhraya. Tunaikan kewajipan. Selambe kodok tepi lebuhraya. Weahoooo

Pastu aku decide la kan. Memandangkan hari jumaat. So aku membuat keputusan untuk Solat jumaat di masjid MITC Melaka. Sampai-sampai terserempak dengan ayah angkat gua. Nama dia Encik Ismail. Weahoo anak angkat durhaka sungguh aku ni. Ape taknya. Tak pernah tepon. Dah lama aku tak jumpa dia. Hehe lepas sembahyang sunat ternampak plak Mohsin. My good friend time form 6 dulu. Terus je gua sms dia. Nak pegi duduk sebelah and borak-borakkan. Hehe so sms je lebih menghormati orang lain.

Habes solat which I really can’t remember tajuk khutbah dia. Aku terus pegi dapatkan Mohsin. Jenuh kejar nak jumpa dia. Ape taknya. Dah lama tak jumpa ma. Dah 8 tahun tak jumpa dia. Borak la kejap. Sedikit info pasal Mohsin. Dia sekarang lecturer kat Kolej Komuniti Bukit Beruang. Dulu form 6 sama dengan aku. Lepas tu sambung blaja kat Kuitho (nama sekarang UTHM). Lepas dari jauh sayup-sayup ternampak muka yang sangat familiar. Terus kejar dan kejar. Akhirnya dapat berborak dengan dia. Siapa dia? Biarlah rahsia. Hehehe.

Lepas solat aku tunggu kejap sambil mengimbau kenangan aku duduk Melaka. Dulu aku duduk Melaka. 6 tahun tu. Bukan sekejap. Lama la jugak. Siap keje kat sana lama gak la bleh tahan lamanya tu.

Terus shoot ambil my anak sedara, Azri kat Kem Terendek. Dia bukan tentera. Tapi anak tentera. Bukan sekolah MRSM Terendak. Tapi Sekolah Menengah Kem Terendek. Ade asrama kat situ. Then pick up dia terus pergi umah Bamin. Takde orang plak. Tak ape la. Lain kali aku singgah. Terus aku shoot pegi Muar. Ikut jalan biasa je la. Jimat duit tol. Lagipun kenderaan tak banyak ma. Yer la. Masih ramai yang bekerja.

Singgah Bazaar Ramadhan kat Muar. Kat situ my Kek Dah berniaga. Huhu Lepak-lepak sampai pukul 5.00 petang. Jumpa la si anak sedara aku Esah dengan Mael. Mael makin kurus. Pelik gak aku. Kenapa ntah kurus. Mak dia kata isap rokok. Hoho, perkembangan yang menarik. Tuh la Esah, kau nak kurus sangat. Tapi orang lain plak yang kurus. Camne tu.

Then teruskan perjalanan balik ke Rengit lebih kurang p[ukul 5.00 petang la kan. Hahaha, penat siol drive. Aku non-stop kali ni except pukul 6.30 berhenti solat Asar kat Koris and then berhenti sekejap kat BP senggarang untuk beli Air minuman. Tu jer la untuk berbuka.

Sampai umah about 7.30. Memang sudah berbuka la dalam kereta. Heheh. Malam my mum ajak terawwikh. Tu jer la yang aku buat sepanjang hari ni. Takde banyak bende pun yang aku buat. Seronok nak update blog ni. Weaahhoooo. Bukan ape, cuti panjang kan. Nanti balik kampus baru nak update takut banyak plak yang dah lupa. Hehe.

Kita sambung hari esok. Ok. Till then, wassalam.

P/s: Awak, yang kita cakap rahsia tu kan, bukan sape-sape pun. Hehe, cume jumpa one of my good frenster buddy. Hehe, sayang awak sangat-sangat. Muah muah.

Wednesday, September 24, 2008

Tak Sihat

Dalam umat islam menunaikan puasa, saya pula tak sihat. Demam yang agak kronik, batuk yang agak kronik dan juga selesema yang sangat kronik. Bermula dengan sakit tekak hari Ahad. Then hari Isnin petang dah collapse dah. Memang letih weh. Memang tak larat. Tapi terlalu banyak sangat bende yang nak kene settle. Sebab tu la demam gua tak kebah. Haiya, ni pun berderet assignment nak kene buat.

Polisi client pun aku tak deliver lagi. Hurm, pastu busy dengan my Master project and then kelas lagi. Memang la demam tak nak baik. Dah sakit pi bantai lagi buat keje semua. Hamek kau. Demam tanak baik. Haha tapi tak sanggup menangguhkan keje yang terlalu banyak tu. Kalau bertangguh memang akan bertangguh semuanya and nanti semua screw up. Huhu. Rasa balik cuti baru rehat semua la. Nak gi klinik pun tak sempat. Macam mana tu. Memang pengsan la aku ni weh. Huhu.

Nak buat camne kan. Nama pun komitmen hidup kan. So terpaksa la berkorban. Sakit setakat demam je. Ala, kalau nak diikutkan hati memang nak baring atas katil je. Haiya, memang maut la gua. Huhu, tak apa. Slow and steady ok. Rileks, banyak lagi bende kene fikir selain berehat. Hurm, tapi kalau tak cukup rehat mana keje nak siap semua la kan. Betul tak.

Anyway dalam tak sihat tak sihat tu. Makan tetap maintain. Macam Encik Zul Yahya kita cakap aku ni bela hantu raya sebab makan tak hengat dunia. Hahaha, semalam my fren, Mr Azhari belanja makan kat Residence Hotel Uniten Bangi. Aku ni kalau makan buffet memang stail buffet betul. Sampai aku takleh nak list down. Sebab banyak sangat makanan dia. Makanan dia banyak dah satu hal. Tapi yang aku makan banyak tu satu hal gak. Adeh, habesla program diet aku. Apa taknya, aku sampai about pukul 7.30malam then makan non stop sampai pukul 9.45malam. Then pukuy 10.00malam baru balik.

Memang puas hati la kan. Sebab free. Tak rugi bawak aku makan buffet. Sebab aku utilizekan semua ruang yang ada dalam perut aku. Wakaka, tapi masa makan dengan geng sayap konon control diet. Control sangat kan. Betul tak Nuar? Ape tak nye, aku duduk sebelah nuar yang makan nasi setakat sesudu jer. Then makan sayur sehelai. Pastu ayam setakat geget jer. Jeles aku dengan kekeringan Nuar tu. Wakakaka, sorry Nuar, I bukan kutuk you. For me, control makan dekat geng sayap. Yer la, casting model la kan (Sangat Verangan Ok). Hahaha, mati la aku kene carut dengan Azmi aka Abg Six Pack.

Ok la. Ni pun banyak lagi keje dalam perancangan untuk esok. Kelas pagi, then nak submit proposal scholarship master, then servis kete, pastu nak gi opis prudential, then nak gi masuk opis texas. Then balik rumah rehat puas2 sebelum lebam mata drive sampai JB. Anyway cuti raya tetap akan menulis, tapi tak sure bleh upload atau tak. I try my best la yer. My kampung internet connection tak bape nak sure. I mean broadband la kan.

Di kesempatan ini Zaff nak ucapkan to All My Readers tak kira la Silent Readers, semua la senang cite, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin ok. So till then. Jumpa Esok

Tuesday, September 23, 2008

Beban Yang Tidak Tertanggung

Ayah, biarlah Yusuf jelaskan disini, Yusuf selalu marah dan membantah cakap ayah kerana Yusuf kesiankan ibu.. Yusuf benci melihat ayah terlalu menekan ibu, menyuruh ibu lakukan itu dan lakukan ini..

Yusuf marah apabila pada satu pagi, ayah terbangun dari tidur dan minta ibu sediakan makanan. Ayah kata, ayah lapar. Ayah tidak boleh buat begitu. Ayah menyusahkan ibu.

Sebab itu Yusuf sengaja bercakap kasar dengan ayah. Betul, memang Yusuf yang larang ibu bangun. Dan betul, memang sengaja Yusuf cakap kuat-kuat supaya ayah dengar. Yusuf tahu ayah marah. Terpulang pada ayah, tapi Yusuf mahu ayah tahu, Yusuf tidak suka ayah buat begitu!

Tapi bila Yusuf meningkat dewasa, Yusuf diburu rasa bersalah sangat-sangat pada ayah. Yusuf tidak sedar, rupa-rupanya ketika itu ayah sedang sakit.

Yusuf fikir, ayah cuma mengada-ngada dan sengaja buat-buat sakit. Yusuf baru berusia 15 tahun ketika itu, Yusuf tidak tahu ayah ada darah tinggi dan kencing manis. Yusuf tidak tahu sakit ayah itu berbahaya. Yusuf sangkakan, penyakit ayah itu boleh sembuh.

Hari ni apabila teringatkan apa yang Yusuf lakukan pada ayah, air mata Yusuf akan mengalir. Lebih tiga tahun lamanya Yusuf bersikap kurang ajar, tidak bertegur sapa dengan ayah, meninggikan suara, tetapi Ayah langsung tidak pernah marah kepada Yusuf.

Tidak pernah ayah tengking Yusuf, apatah lagi memukul Yusuf. Tapi ketika itu Yusuf sangka, ayah takut dengan Yusuf. Sungguh, Yusuf tidak faham bahawa sebenarnya itulah tanda kasih sayang seorang ayah pada seorang anak yang tidak mengerti apa-apa.

Sehingga hari ini, peristiwa ketika ayah dipapah keluar dari rumah untuk dibawa ke hospital masih lagi jelas terbayang dalam memori Yusuf. Mahu saja Yusuf peluk dan cium kaki ayah memohon ampun.

Yusuf tidak sangka, sakit ayah sebegitu teruk sekali. Yusuf betul-betul takut kehilangan ayah.

Dan malam itu, ketika Yusuf menjaga ayah di hospital, sekali lagi ayah tunjukkan rasa kasih kepada Yusuf. Ketika Yusuf mengigil kesejukkan di dalam wad itu kerana hawa dinginnya yang membeku, ayah berikan Yusuf satu-satunya selimut yang ayah gunakan itu kepada Yusuf.

Dalam senyap Yusuf menangis melihat pengorbanan ayah. Dada Yusuf berasa terlalu sebak melihat ayah terbaring kesejukkan. Yusuf terasa seolah-olah Yusuf seorang bayi.

Dalam gelap itu, ketika ayah tidur, air mata Yusuf meleleh merenung wajah ayah yang sudah dimamah usia. Segaa perbuatan yang Yusuf lakukan pada ayah sepanjang tiga tahun lalu, berlegar di ruang mata, berurutan satu persatu.

Yusuf panjatkan doa, Yusuf harapkan agar ayah sembuh semula supaya Yusuf boleh berbuat baik dan meminta ampun dari ayah. Yusuf ingin mengurut kaki ayah seperti yang selalu dilakukan oleh ibu. Yusuf ingin tebus segala dosa yang Yusuf lakukan selama ini terhadap ayah.

Tetapi, Dialah yang memilikki setiap segala sesuatu di alam maya ini. Apabila esoknya ayah pergi meninggalkan kami semua, Yusuf tidak dapat menahan air mata Yusuf daripada mengalir.. Ayahh..

Semoga ayah dirahmati dan diberkati di sana. Yusuf akan sentiasa mendoakan ayah, sebagai tebusan di atas kesalahan yang Yusuf lakukan dulu, dan sebagai tandakasih Yusuf pada ayah.

Ayah... Yusuf akan bawa rasa kesal ini sepanjang hayat, biarpun Yusuf tahu, Yusuf takkan mampu menanggungnya. Maafkan Yusuf, ayah...

Anakmu, Yusuf Md. Idris
Negeri Sembilan

Monday, September 22, 2008

Kerja Paling Gilos

Saya pernah membuat kerja gila pada tahun 2005 dengan pergi ke Audition AF3(Zon Melaka). Fuyoo, saja bereksperimen dengan suara saya. Waktu tu saya masih berada di tahun 3. Tak perlu la cerita panjang. Membawakan lagu Sway dari Micheal Buble yang sememangnya Suweeyyyyy.... Terima kasih kepada Kak Ellie Suryati dan Abang Adnan Abu Hassan kerana memberikan kad merah kepada saya.

Pada tahun 2006 pula saya sekali lagi membuat kerja gila, pukul 6 pagi saya bangun dan merempit dari Melaka sehingga ke Bukit Jalil untuk Audition AF4 (Ni perkara paling gila saya buat la agaknya). Menyanyi lagu warkah berlagu pilu. Memang pilu. Terima kasih saya Ucapkan kepada Encik Sham Kamikaze dan juga Kak Aishah kerana memberikan kad merah.

Saya juga selalu membuat stage present sewaktu belajar dahulu. Berlakon teater, menyanyi atas jemputan rakan-rakan untuk majlis makan malam dan juga pengacara majlis. Sewaktu bekerja, sekali saya di panggil untuk menjadi pengacara. Fully speaking english tu. Huyooo... budak-budak office kata berhabuk. Tapi aku kata, bukan berhabuk. Tapi English aku capuk. Hancos.

Tahun lepas nak raya. Saya menghadiri casting (ujibakat untuk modelling) di Damansara. Untuk Iklan Perodua raya. Saya bersama Kak Alice, Abang Shahrul, Hafiz. Kami ponteng kursus time tu. Haha, selambe pegi casting. Mula-mula nak teman Kak Alice, but at the end, kami berempat casting. Selambe kodok. Aku cakap yang aku nak temankan Kak Alice casting jer. Then dia kata why don't you have a try. Aku pun give a shot la. Isi form and study the script. memang selamba. Haha, best. But I didn't made it neither 3 of them. But it was fun actually. I'm having a lot of fun. Yer la, aku kan suka bereksperimen dengan diri aku kan. So memang should try la kan.

Terlalu banyak perkara indah untuk di ceritakan hari ni sebenarnye. Tapi saya ceritakan sedikit hari ini dan selebihnya saya simpan untuk diri saya sendiri. Apa yang saya nak kongsikan hari ni adalah peluang saya mengexplore diri saya dari sudut yang sangat berbeza. Mungkin nampak saya ni gila glamour. Tapi itulah saya, bukan gila glamour, tetapi seorang yang suka bereksperimen dengan apa yang saya ada.

Hari ni, saya memberi peluang sekali lagi untuk diri saya terus bereksperimen dengan apa yang saya miliki. Saya pergi casting model untuk sekali lagi. Kali ini ditemani oleh seorang rakan saya di UPM. Jadi saya tidak perlu berseorang. Tidak la terlalu nerves. Kenapa saya mencuba lagi sekali? Saya memberikan alasan, saya pernah menyanyi di atas pentas menghiburkan orang, saya juga pernah menangis di teater dan saya juga pernah berceloteh untuk menceriakan majlis. Cuma satu sahaja saya belum cuba, iaitu model. Itu sahaja.

Rakan saya ini juga buat pertama kalinya casting model. Atas alasan, dia mengagumi Sheikh Muzaffar Shukor. Selain menjadi seorang Doctor, dia juga adalah seorang model, selain menjadi duta, dan kini seorang angkasawan pertama Malaysia. Menurut rakan baik saya ini, mungkin dia tidak boleh menjadi SMS, tetapi menghampiri kejayaan yang dikecapi sudah cukup baik. Kerana itulah idolanya.

Selain tu cari extra income la kan. Nama pun student. Kene la sacrifice something untuk mendapatkan something. Am I right?

So about 10.00am habes kelas aku dengan kawan aku ni terus shoot pegi Jalan TAR (Jangan hengat kami ni nak jadi model kamdar ok). Sebab agensi-agensi yang kami janjikan bertempat di sana. So sampai dekat 1st agensi lebih kurang pukul 10.45am. Seperti biasa isi form dulu la kan. Nama pun mintak keje. Hapa la. Tunggu about 5 minit, kami di panggil untuk casting. Tak susah, kami cuma perlu tunjuk level of confident yang tinggi di hadapan camera (Record ok, bukan setakat camera je), so mula dengan aku la. Then my friend punye turn plak. Simple question yang dia tanye, tell me about yourself, and then what make you inspire to be model. What are you looking into this industry. What do you think Malaysian current fashion. (Nasib baik la I hup To date tentang fashion). Sekadar menyebut beberapa soalan la. Mati la aku kantoikan soalan casting. Hehe, then dia cite pasal profile company and T&C etc la kan. Takkan nak detail kot. Cukup la. Menurut kata Encik Hakimi (Pengurus Syarikat la) kami akan diberitahu seawal esok atau selewat-lewatnya hari khamis.

Then about 11.45 abes, aku apa lagi terus pergi tempat casting ke 2 (Gila tamak kami kan), Then terus jumpa tempat tu terus masuk. Should be our casting pukul 2.00 petang, tapi memandangkan aku ada lab session, so aku terpaksa cepatkan la. Nak cancel sayang sebab peluang tak datang banyak kali dalam hidup kan. So sampai je buka kasut dulu (Adab melayu masuk rumah, kene la sopan kan). So sampai as usual, isi form. Then dah isi form tunggu lama gak. Dari pukul 12.00 tengahhari. Pukul 12.20pm masuk bilik interview. then terpaksa tunggu sorang lagi. Pastu dia kata tunggu sorang lagi. Ampeh, macam ni sampai petang tunggu tak penuh bilik. At last aku buka pintu. Dia tanye ada apa. aku cakap la lambat lagi ke. Then dia balas, ade ape ape ke petang ni. Aku cakap ada kelas pukul 2. Kalau nak tunggu gak aku cancel jer la. Then dia proceed gak untuk 3 orang. Tau takut. Hahahah, then mula la.

Start dengan briefing at 12.40pm. Aku dengan member aku mula la sangap. Apa tak nya. Bende yang sama dia cite. Aiyak, macam copy bulat-bulat. Takde tuka sikit pun. Haiya, tak kisah la. Dengar je. Then pukul 1.00ptg habes la semua briefing. Then start dengan fotografi. Yang ni lain sikit la. Takde video, so you should talk with your photo, how we want to do it. Try your best. Kawan aku ni la, terus je nak memula. Haha, dah tinggi confident level. Pastu baru la aku pulak. Ok la. Then terus cepat-cepat balik. Jalan kl jam pulak. Tak ape la. Aku speeding tak hengat la apa lagi. Yang ni plak dia kata result akan tahu esok atau paling cepat lusa.

Aku tak mengharap pun. Just do it for fun. Lagipun ank tolong member aku kan. Dia yang beria nak casting. So aku bawak jer la. Anyway alang-alang tu join the club sekali la kan. So should be ok la. I'm having fun bereksperimen dengan myself.

Itu jer la aku nak cerita. Kalau ada cerita result aku dapat la tu ek. Kalau takde tu anggap jer aku tak layak. Wakaka. See you, Adios



Nota lantai: Seronok sebenarnye buat casting. Saya suka pergi interview kerja. Tak kisah tak dapat. Tapi seronok sebab dapat gain self confident. Ala bukan kene bayar pun pergi interview. Everything free of charge. What you earn, your confident level. What you spent, just time and some transportation money la kan.

Saya bukan model wannabe

1. The person who last tag you is:
- Tag sebelum ni Rizz, pastu yang ni pun Rizz gak. Haiya, orang busy la nak buat Tag. Tak apa. Gigih sikit.

2. Your relationship with him/her is (Ni refer soalan 1 kan. Pening aku bila jawab soalan bawah)
- Geng Sayap kanan bloggers.

3. Your five impression of him/her :
- Baik
- Suka senyum
- Rajin tag horang
- Ntah
- Tu je kot

4. The most memorable thing he/she had done for you:
- Haha Rahsia la kot (Artis bangat jawapan ni)

5. The most memorable thing he/she had said to you:
- Ntah, ape aku borak dengan dia selalu pun aku tak hengat

6. If he/she become your lover, you will:
- Ni soalan paling gile. Kalau aku become his lover maka aku jadi 'teeetttt' [Censored]

7. If he/she become your lover, thing he/she has to improve on will be:
- Teteknya la kot. Wahaha, pastu renovate yang bawah la. Betul ape. Takkan aku nak bercinta dengan laki kot. Lu pk la sendiri

8. If he/she become your enemy, you will:
- Ambil M16, and you know what I do then

9. If he/she become your enemy, the reason will be:
- Kerana dirimu begitu berharga [model katanya]

10. The most desired thing you want to do for him/her now is:
- Apa erk. Tak ada kot. For the time being la. Kata rakan blogger. Aku rasa kalau ada lagi tag aku tulis nama dia jer la memanjang. Baru hang tau Rizz. Siap la hang aku dok tag hang je pas ni.

11. Your overall impression of him/her is:
- Haha, takde kot. Kalau Cik Anis tu boleh la nak impress

12. How you think people around you will feel about you?:
- Likeable... agaknya la kot.

13. The characters you love of yourself are:
- Funny in a serious faces. Never stop smiling. I love the way I am now and also I love the way I be.

14. On the contrary, the characters you hate yourself are:
- Aku ni susah sikit nak paham orang. Kadang-kadang orang merajuk aku ingat dia gurau. Hurm

15. The most ideal person you want to be is:
- Kalau boleh mesti la aku nak jadi macam Tun Dr. Mahathir (Pasti negara aku membangun dengan sangat mantap), bukan hancoss macam sekarang. Porak peranda sial. Siap Cik Anis bleh kene rompak. Camne tu? Sapo nak jawab?

16. For people that care and like you, say something to them:
- I love you so much and make all the 6 years of waiting worth

17. Pass this quiz to 10 persons that you wished to know how they feel about you :
- Banyaknya sampai 10, ok ok
- Adik Natasah
- Shikin Comel lote
- Azmi aka Abg Six Pack kite (Propa sangat kan)
- Hazimin (bukan dia layan pun tag-tag ni)
- Salmi (on behalf Anas sekali la yer)
- Wan Imran (Nanti merajuk plak tak tulis nama dia)
- Neng (Model Wannabe macam Rizz gak, lupa plak Tahniah menang innershine hari tu)
- Laili (Donut-donut, sila buat tag sambil makan donut ok)
- Erna (Jangan lupa, hari ni I ada special event)
- Najib (Saya tak sangka boleh selalu terjumpa awak, tapi tak kisah la, saya enjoy jumpa dengan awak. Cheh macam bercinta plak aku dengan najib kan)

18. Who is no.6 having relationship with?
- Tak pernah nak amek tau. Takkan nak jaga tepi kain orang kot.

19. Is no.9 a male or female:
- Female la. Nama pun Erna. Takkan la laki kot. Kalau lelaki sesuatu sangat

20. What is no.2 studying about?
- Bisnes Admin kan Shikin

21. When was the last time you had a chat with no.3?
- Tak pernah sms hokay...

22. What kind of music band does no.8 like?
- Dangdut kot. sambil layan gelek donut

23.Does no.1 have any siblings?
- Aku la antara siblingnye

24. Will you woo no.3? why?
- Bagi standing obviation sebab dia ade six pack... wah Azmi... propa sangat kan

25. How about no.7?
- Neng... Kenapa dengan neng...

26. Is no.4 single?
- Single rasanya. Hazimin. Kamu single ke? Tapi ramai jer nak kat kamu kan. "Awak-awak, terima kasih yer awak". Geli geleman sekejap

27. What is the surname of no.5?
- Abdul Latiff

28. What’s the hobby of no.4?
- Hazimin ni sukabuli student dia... weahooo... selamat bagi quiz k

29. Does no.5 and 9 get along well?
- Salmi dengan Erna ok jerk

30. Where is no.2 studying at?
- Dulu MMU. La ni pakcik tak tau k. Maybe kat bostwana la kot.

31. Talk something casually about no.1:
- Casual ye. 1 perkataan boleh. Katik

32. Have you tried developing feelings for no.8?
- Never la. Bercakap dengan dia pun jarang.

33. Where does no.9 live at?
- Adeh pening aku nak refer2 soalan ni. Bukit Jalil dengan Bandar Putra Mahkota

34. What colour does no.4 like?
- Ntah, Hazimin suka kaler gold yer. Duit katanya

35. Are no.5 and 1 best friend?
- Ape punye soalan daa... mana la depa kenal antara satu sama lain

There’s No 36 to 39~ Duh! (Bodoh la sape yang create tag ni. Tak reti tulis no ker?)

40. Does no.1 have any pets?
- Ada... anak ikan

41. Is no.7 the sexiest person in the world?
- Kalu sexy mungkin boleh jadi macam beyonce la. Tapi aku tanak. TTTEEEETTTTTT

42. What is no. 10 doing now?
- No 10 si Najib. Mana la aku tau dia buat ape. Yang aku tau study le.

p/s : jenuhh jawapp hahaaa

Saturday, September 20, 2008

Gian Plus Gersang Bangat

Dah lama tak buat posting. Lama-lama macam gian plak. Novel tu ditangguhkan dulu k. Sebab saya berkira-kira mahu membuka blog baru untuk setiap expresi bakat dalam diri saya. Pergh ayat tak tahan. (Ada yang kagum dengan setiap ayat yang aku gunakan tu)

Anyway tak tahu nak mula dengan ape. So aku start la dengan Tag dari Encik Rizz aka Abang Designer (bukan fashion designer) tapi designer ape ntah and model wannabe la katanya. Keh keh keh Chiayok2. Selamat posing ok.


1) 5 perkara wajib di pagi raye anda..
- Memula mandi sunat hari raya la kan. As usual. Hari raya pertama. Tuh perkara pertama aku akan buat bile bangun pagi.
- Lepas siap mandi. Aku pakai baju biasa. Nak melantak ketupat dengan rendang. Nyum nyum. Ade lebih dari 15 jenis rendang daging di pagi raya. Masak lodeh pun sama, lebih 15 jenis, Masak sambal goreng pun sama, ade lebih 15 jenis. Masak ayam pun banyak. Biasa la. Orang kampung memang selalu begini. Saling berkongsi makanan. Tu yang penuh meja makan tu. Selalu mak akan buat ketupat lebih kurang 200 biji. Tapi memang kami tak merasa la. Sebab semua bagi-bagi kat jiran. kalau nak merasa kene buat 300 biji la. Sebab keluarga kami yang sederhana besar kan. Memang makan sampai lebam la ketupat jiran-jiran tu.
- Dah lepas makan. Aku akan terus bersiap-siap untuk ke Surau berdekatan untuk Solat Sunat Aidilfitri. Selalunya sembahyang ok, boleh handle. Time khutbah la. Mengantuk sial. Malam raya dok merempit. Pastu melepak tak hengat. Mana nak cukup tido. Memang aku tersenggut2 la selalunya. No talking ok. Hilang pahala.
- Kemudian pergi ke kubur. Paling aku rindu Arwah Kak Mi (dia ni makcik aku yang paling aku sayang la). Teringat dulu masa kecil-kecil. Selalu kene marah dengan dia sebab lengahkan solat waktu asar sebab sibuk main kat luar rumah. Then dia akan datang kat aku marah aku. Dulu tak suke dengand ia. Now aku hargainya. Walaupun dah 12 tahun dia pergi, tapi aku masih lagi terasa bahangnya di sisi. Sebab dia selalu datang dalam mimpi aku sambil tersenyum. Aku tahu dia bahagia di 'sana'. Dan sememangnya kalau aku ke kubur. Di situ la paling lama aku akan duduk, Sedekah apa yang patut dan mengadu apa yang patut. I miss you so much Kak Mi (Adeh, berjurai air mata aku tulis ni weh. Tuh la Rizz, sape suruh tag)
- Balik dari kubur terus ke rumah. Then masa pagi raya baru nak pasang langsir. Kemas rumah semua. Biasa la. My mum is a bery bery bizi women lah kan. So terpaksa la pagi raya tu baru kemas. Raya tahun ni lagi la agaknya. Paling sibuk nak kemas rumah. Bila plak nak bermaafan. Lepas siap kemas rumah la.

2) 3 kueh rye kegemaran?
- Aku paling suka makan kueh tart nanas. Sedap wooo. Memang takleh nampak balang berisi kueh tart. Habes aku lahapkan.
- Dulu ada sorang member baik aku jual kurma delight. Best gak kueh tu. Tapi tatau la. Mana nak cari. Memang best bangat.
- Kueh batang buruk. Memang buruk benor batang dia (eh betul ke ayat aku ni). Tapi memang sedap la. Aku tak reti nak buat. So aku makan je la. Pergi raya rumah orang tengok 3 jenis kueh ni dulu, pastu clearkan balang dia baru balik. Hehehe

3) 2 sebab ape yg mbuatkan anda sebak di hari raya?
- Saya pernah jatuh moto pada hari raya ke3 sewaktu tingkatan empat. Memang sedih time tu. Tengah syok-syok raya jatuh moto plak. Memang seksa la nak beraya kan.
- Takde cerita hindustan kat TV. Adeh, tak dapek nak tengok hindustan. Sedih siol.

4) 2 sebab ape yg membuatkan anda girang di hari raya?
- Dulu masa kecik-kecik aku suka sangat pergi beraya. Nanti dapat duit raya. Sekarang dah lanjut usia mana ada lagi la kan. Yang ada kenangan beraya je la.
- Pada hari raya ke2 selalu nya ade ziarah marhaban dari orang-orang bujang dan juga yang perasan bujang seluruh kampung dari rumah ke rumah. Aku memang excited nak join la Sebab aku kan bujang. Heheh, lagi satu tak perlu nak susah-suah pegi sorang-sorang kat rumah tu nak minta maaf. Pergi sekaligus terus. Kan senang tu.

5) duet raye pling byk dpt?
- Tak ingat. Seingatnye ada sekali tu dapat 100 kot. Alhamdulillah. Tapi sekarang dah tak bape nak besar nilai tu dah.

6) 3 perkara paling tak suka/pantang di hari raya?
- Saya sangat pantang minum air berkarbonat sewaktu hari raya. Dan tak akan sekali-sekali meminumnya sewaktu hari raya. Tak kira lah pepsi ke, coca-cola ke, F&N ke (sekadar menyebut beberapa nama). Saya tak akan minum. Kalau di rumah yang saya datang tu tak ada air selain dari air berkarbonat. Saya akan minum di rumah berikutnya. (Boelh macam tu)
- Saya sangat pantang kalau baju raya tak siap. Hehe sebab tu la saya hantar tempahan awal.
- Saya tak suka tengok tv time raya. Takde cerita best.

7) 5 org yg perlu di tag!
- Kamu
- Awak
- Anda
- Mereka
- Siapa-siapa


Friday, September 19, 2008

Banner...


Sunday, September 14, 2008

Abg Six Pax, Terima Kasih

Pagi-pagi buka blog, dah ade announcement yang aku kene tag. Dari Azmi (aka Abg 6 pax kite). Saya cukup terharu dengan Anugerah yang diberi. Chewah. Hampeh. Perasan bagus. Terima kasih kepada Shikin dan juga Azmi sebab Selalu memberi saya amugerah.


Ucapan saya "Terima kasih". Cukup la kan, jangan panjang-panjang. Nanti tak tersebut plak kecik hati la kan.

Sambung dengan Tag. What I need to do next is, pastekan ape yang membuatkan Azmi aka Abg 6 Pack kita memilih saya untuk di Tag:

zafril@pakcik - hoo..blog dia ni dgn ayat yg pendek aku ckp, suka sgt mencarot tau. hahhaa.. tpi best la. dia suka cerita daily life die bout evrything he went through.


So, siapa 4 orang yang dalam kepala otak aku nak aku tag yer. huhuhuhu

1. Adik - Tatau la sebab ape aku nak tagged dia ni. Takde sebab sebenarnye. Tapi aku nak tag dia gak. Tak kira. So ni "blog paling gile katik"

2. Erna - Blog ni aku pilih sebab perempuan ini gile kaler pink. Wah, bleh macam tu? Ok erna, sila amek award anda "Blog paling gile pink"

3. Izaida - Saya suke membaca tulisannye. Kadang-kadang kosong. I like her quote "He isn't everything, but without him everything is nothing". So this award untuk izaida dinamakan "blog paling gile sayang boify". Hehehe

4. Laili - Saya suka makan donut. Saya tahu leli suka makan donut. Kawanh-kawan leli pun suka makan donut. Nyum nyum. Nah hamek kau. Blog paling gile makan donut.

Tahniah kepada para pemenang. Dan enjoy...

Saturday, September 13, 2008

Duit tak ada, tapi hati ingin kawen


1.How old are you?
Currently 26 and going to be 27 this coming 23rd Ramadhan.

2. Are you single?
Yes, I'm still single but taken...

3. In what age do you think you’ll get married?
Dulu mengikut perancangan nak kawen at the age 24. Memandangkan abang-abang dan kakak-kakak saya semua memulakan langkah hidup at the age 24. Tapi ni dah terlajak dah. Aiyak, tak ape. Kami merancang sebelum usia kami menginjak 30 tahun. Insyaallah bulan 12.

4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now??
Insyaallah, semoga jodoh kami berpanjangan hendaknye.

5. If not, who do you want to marry?
Tak sempat nak fikir siapa. kalau bukan dia. Kemungkinan besar saya tidak akan kahwin sampai bila-bila. Saya tak nak kecewa lagi

6. Do you want a garden/beach wedding, or the traditional wedding?
Saya merancang di rumah saya traditional ft garden. Sebab tepi rumah saya banyak pokok, terutama kelapa sawit. Makan pulak mesti la nasi beriani. Jiran saya sangat hebat memasak nasi beriani tanam. Hehehe, nanti kalau ade ape ape wedding di kampung, saya tak akan lupa bawak bekal balik ke kl. Di rumah pihak perempuan, biarlah dia yang decide. Saya mengikut saja. Saya juga merancang mengadakan majliss resepsi di KL. Tempat akan diberitahu kemudian.

7. Your ideal motif?
Motif yang saya nak, hurm saya masih belum memikirkannya lagi. Biarlah motif tu wedding planner saya uruskan. (Sedang berkira-kira mahu melantik siapa)

8. Where do you plan to go on a honeymoon?
Honeymoon, saya merancang honeymoon di pulau-pulau cantik di Sabah. Dia pula merancang mahu melaksanakan umrah bersama-sama. Insyaallah, akan dilaksanakan kedua-duanya (dapat gi swiss pun best gak kan)

9. How many guests do you think you’ll invite?
Di rumah saya kemungkinan mak saya akan mengedarkan 2000 kad jemputan. Insyaallah, setiap tetamu adalah doa bagi kami. Resepsi di KL mungkin hanya akan menjemput sahabat handai, saudara-mara dan juja jiran-jiran sedikit.

10. Do you want an extravagant wedding or a simple wedding?
Simple tapi nampak grand bangat. Haha, tuh yang paling penting. Sebab saya suka sesuatu yang teramat simple tapi nampak gah dan hebat.

11. Do you want the traditional vows or something you’d make up on your own??
"Aku terima nikahnya ___________ dengan mas kahwinnye RM ________ tunai."

12. How many layers of cake do you want to have?
Tak payah berlayer-layer. Saya nak order satu kek yang panjangnye 1 meter dan lebarnye 0.8 meter. Dan ianya mesti la cheese kek. Saya sangat sukakan cheese kek. Kemudian diatasnya hendaklah diletakkan topping yang sangat best la. Tentulah blueberry. So jadilah blueberry cheese cake. Maybe akan suruh aimi yang buat kot.

13. Do you prefer having your reception at a hotel or at a simple place?
Bernikah saya lebih prefer di masjid la. Kemudian majlis dirumah dia, biarlah dia yang tentukan. Dirumah saya pula, tetap buat dirumah saya. Resepsi di KL, insyaallah di dewan badminton. Boleh gitu.

14. When do you want to get married, evening or morning?
Saya merancang untuk bernikah pada hari jumaat. the next day majlis dirumahnya. Dirumah saya kemungkinan besar selang seminggu. Sebab jauh la kan.

15. You’d rather have your reception outdoors or indoors?
Indoor stadium. Haha, takde la. Majlis bersanding di rumah saya mungkin dibuat didalam rumah. Makan beradab di luar rumah. Tempat makan tetamu ala-ala garden wedding la kot.

16. Do you like a grand entrance for your groom?
Aku yang kene deside ker? Kalau boleh aku nak la karpet merah dari Selatan ke Utara kan. Tapi melampau la plak. Tapi biarlah red carpet sampai atas pelamin. Tapi semua terp[ulang pada pihak perempuan. Saya mengikut sahaja. Tetapi di rumah saya, sudah tentulah saya akan mempergunakan anak saudara saya sebaik mungkin. Tentu segak bila Azam, Azim, Aina dan Juga Arfa menjadi pengiring kami sewaktu majlis resepsi di rumah saya. Saya sedang berkira-kira pakaian untuk mereka. Tentu gak kan.

17. Name the song/tune you’d like played at your wedding??
Saya menginginkan lagu I do (cheerish you) dari 98 degrees dipasangkan sepanjang majlis saya. Tu adalah lagu khas dari saya untuk isteri saya. Selain tu, saya juga nak lagu cahaya cinta, lelaki ini, syurga dihati kita, keabadian cinta, dengarkanlah, issabella, epilog cinta dari bromley dan banyak lagi la.

18. Are you a morning person or a night person?
Saya seorang yang senja person. Hahaha

19. Do you want a solemn ceremony or a light one?
Ntah, tak pernah terpikir plak.

20. What age do you want to get married?
Kembali ke soalan 3 ye. Tak larat nak tulis panjang-panjang

21. Describe your ideal husband/wife.
Semestinya dia seorang teman bicara saya, tempat bermanja saya, tempat saya meluahkan isi hati saya, tempat saya curahkan cinta saya, dan orang yang sanggup berkongsi susah dan senang bersama saya dan menerima saya seadanya dan menerima segala kekurangan diri saya.

22. Do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?
Ikut mereka, kalau depa rasa nak makan pakai tangan. Ikut la. Kalau tak nak pakai sudu dengan garfu la. Chopstick pun saya akan sediakan k. kalau ade yang nak tunjuk skill makan beriani kambing dengan chopstick la.

23. champagne or red wine?
Saya nak bagi tetamu saya Red gak. Tapi Red syrup dengan susu dengan cincau. Atau nama glemernye sirap bandung cincau.

24. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Beberapa hari selepas wedding la. Sebab nak hilangkan penant wedding dulu. Baru la ade 'tenaga'. Wakakakaka

25. Money or household item?
Ape ape pun saya terima dan hargai. Kalau nak bagi kereta pun ok gak.

26. Who will pay for the bills?
Sama-sama la kot. Unless dia kata pay on my credit card la kan. So tu tak bleh nak elak la.

27. Are you ready for married life?
Currently belum. Yer la, kan masih blaja lagi.

28. Do u think you will still be a virgin until u get married?
Nak try boleh tak? For sure tak boleh kan. Let that best thing after married la kan.

29. Will u always be true to your wife/husband
Saya akan sedaya upaya untuk berlaku jujur dengan dia... Jujurlah padaku, bila kau tak lagi cinta, tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama... lalalal

30. How many kids do u like?
Saya mahukan 8 orang. Tapi bergantung pada rezeki. Saya terima saja. Saya sentiasa berdoa yang saya akan ada waris.

31. A new house for a newly wed or an old one?
Insyaallah, rumah baru. Saya akan berusaha sedaya upaya untuk membeli rumah. Kalau rumah lama pun saya akan pastikan dah siap renovate baru la.

32. Will u celebrate silver wedding, gold wedding, or diamond wedding?
Semua la. Platinum pun masuk sekali yer.

33. What kind of cuisine would u like for ur wedding?
Sudah tentu beriani tanam jiran saya. Memang menjilat jari. Ditambah pula makanan kampung. Pergh, memang membuka selera saya sekarang ini. Tidak lupa juga ikan tamban masin kering tak cukup makan. Sedap tu mkalau goreng makan dengan sambal belacan dan ulam (tapi ade orang tu tak makan ulam)

34. Will u record ur honeymoon in a cd or dvd?
Record la. Lepas tu jual. Hahaha, takde la. Yang censored tu takkan la nak rakam kan. So just amek gambar jalan2 jer la.

35. Whose wedding plans would you like to know next??? choose 5 person as Your friend?
Kepala ni malas sebanarnye nak pikir siapa yang harus saya tag. Yer la kan. Tak semua orang banyak masa macam saya. Dan ade juga yang dah berkahwin. Macam ni la. Sape 5 orang yang nak kene tag tu angkat tangan. Ha yang tu satu, yang tu dua, yang tu tiga, yang tu empat dan yang tu lima. Ok semua yang angkat tangan tadi. SIla buat tag ini k.



Nota lantai: kebahagiaan selalu dapat dicapai apabila tiap manusia itu sentiasa saling memahami, menyayangi dan memerlukan antara satu dengan yang lain.

Friday, September 12, 2008

Tetap Bersinar Selama Ramadhan


Tak sudah-sudah saya di tag. Adeh, susah juga kalau di tag. Sometimes takde masa untuk membuat tag tu semua. Kerana lately memang saya agak sibuk dengan urusan kampus yang tidak henti-henti exam daan juga assignment. Minggu depan pun ade lagi 2 exam. Haiya, tak sangka sangat study di sini seteruk begini. Jika tahu begini susahnya, tidak akan aku keluar dari comfort zone aku suda. Tapi disebabkan ingin meningkatkan taraf hidup di saat akhir zaman ini, saya membuat ape yang termampu. Dan inilah jalan yang saya pilih.

Berbalik kepada tag tadi. Saya telah di tag kepada Cik Shikin comel dari seremban. Terima kasih Cik Shikin. Jasamu sangat di hargai. Sekurang-sekurangnya ada jugak entry yang hendak diceritakan saat paradigma membutakan mata memekakkan telinga. Eh, melalut plak aku. Ok, kite mula membuat tag ini.

Cara membuat tag ini adalah:
  • Copy gambar di atas lalu posting di blog anda
  • Teruskan tags ini minimum ke 5 blogger muslim yang anda kenal. Sape sape yang rasa dalam kalangan 5 orang yang baca blog aku. Anda sudah di tag.
  • Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) sebelah alamat blog pemberi tag

    Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com, juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney
    sofiaroxy, Zhoewynz.blogspot.com, UmmiRosma,Munirah Abd, theorangelily.blogspot.com, lilred799.blogspot.com, thecuppycakeyumyum.blogspot.com, shikinsaiful.blogspot.com, http://elzaffril.blogspot.com
Nota lantai: Orang yang selalu kene tag adalah kalangan orang yang femes. Betul tak?

Thursday, September 11, 2008

Pengalaman Lailatulqadar

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar, " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

Nota lantai: Tak sabar nak balik kampung beraya. Orang yang jauh jangan jeles k. Sila hantar salam lebaran anda di utusan k

Wednesday, September 10, 2008

Rempit kene tahan polis

Haha, saja je buat gempak. Sebenarnye tak kene tahan polis pun. Saja jer buat gempak. Actually aku sudah di tag oleh Encik Azmi (Abang Six Pack kite). Nah hamek kau. Cara membuat tag ini adalah dengan post semula 10 gambar kegemaran anda. So aku dah sediakan 10. So enjoy k. Sebelum tu saya mengucapkan terima kasih kepada Abang Azmi aka Abang Six Pack kerana Meng'tag' saya'

Gambar yang pertama ni mungkin nampak biasa saja. Tapi pada saya ia penuh dengan makna tersirat. Terima kasih kepada jurugambar saya kerana telah membuatkan saya nampak agak 'stunning' Keh keh keh, boleh macam tu? So mula dengan pic yang biasa. Tak bape gempak la kan.

Gambar kedua ni ketika aku masih comot-comot lagi. Comot plus comel. Ade yang kata aku cute masa kecik-kecik. Tapi sekarang pun cute gak walaupun dah tua. Hahaha, biasa la. Selalu asapkan muka. Memang la cute. Tak caya tanye Baz.

Gambar yang ketiga ni aku suka bukan la sebab adik aku yang perasan comel tu. Tapi sebab rambut aku. Haha, abang ipar aku pernah cakap aku masa kecik-kecik macam anak mat salleh. Rambut blonde. Tapi masa form 5, cikgu pernah tahan aku sebab dia kata aku colour rambut. Iskh mana, ni ori tau. Tak main la colour-colour. Aku tak berangan ok. Semua anugerah asli. Chewah

Gambar yang ke empat ni aku suka sebab gambar ni nampak sungguh klasik. Nampak sedikit oldies dan sedikit lusuh. Tapi smart. Dengan gaya kampung aku. Pergh. Memang mengancam. AKu pun tergoda dengan diri aku sendiri. Camne tu?

Gambar yang kelima adalah hari paling bermakna dalam hidup aku. Bersusah payah selama hampir 6 tahun. Akhirnya aku sampai juga ke tepian. Pergh. Yang dua orang tu memang baik aku. Selama aku blaja di MMU. Aku suka pic ni bukan la sebab gambar ni cantik or kami bertiga yang hensem. Aku suka gambar ni sebab memori indah kami bertiga. Pergh... ayat tak tahan...

Gambar yang ke enam ni pula di ambil sewaktu konsert nasyid di MMU pada tahun 2007. Aku melihat gambar ini pada keikhlasan di raut wajah muka aku yang bangga menjadi anak Malaysia (masa tu la bangga, lepas tu tak bangga dah). Kalau ada pertandingan gambar merdeka, konpem aku akan hantar gambar ni.

Gambar ke tujuh ni bukan la aku nak ajak racing. Tapi nak tunjukkan, ni la motosikal kesayangan aku. Pergh, memang aku sayang bangat dengan motosikal aku ni. Ada kereta pun aku tetap akan sayang motosikal aku ni sampai bila-bila. Biasalah, cinta pertama.

Gambar ke lapan ni pulak, aku sebenarnya saja nak melaram pegi opis. Tak sangka terpose mantap la plak. Tapi ok la kan. Something different. Menarik gak. Nice touch dude. Simple buat look gorgeous. So ade sape-sape mahu photoshoot dengan aku, meh kontek aku.

Yang ke sembilan. Pic ni bukan aku suka sebab pink kalernye. Tapi sebab hubungan kami yang sangat istimewa. Semoga jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat kami. Amin...

Gambar terakhir pulak. Gambar rambut aku sekarang. Botak dan seksi. Comel kan. Tapi dah kurang sikit comelnye. Muka dah penuh jerawat. Tapi should be ok la. Kan dah janji dengan Baz nak pi asap muka. Hehehe, dan pic ni memang aku suka sangat sebab cahaya dari muka aku tu. Keh keh

Menurut tag ini lagi. Saya harus menyenaraikan 10 orang untuk di tag dan membuat bende yang sama seperti aku buat di atas. Huargh... berikut adalah orang-orang yang saya tag

-Semua pembaca blog sayang yang ke 10. Lalala

Pandai-pandai la korang cari k. Dah lewat. Selamat malam. Night

Nota lantai: Shikin, awak punye besok yer. tak larat la

Tuesday, September 09, 2008

Lantak la lagi

Semalam bithday sorang member aku. Nama fiddeen. Masih single. Keje sebagai lawyer kat sebuah lawyer firm. Haha, promote sikit member aku ni. Untuk reader yang masih single boleh jer kalau nak aku adjust-adjustkan dengan dia. Hehehe no tepon dia sila minta personally k.

So aku dengan dia decide pegi makan kat Chicken Hartz Buffet la. Sebab memang plan kami mahu melantak sepuasnya. Hahaha, baru la syiok buka puasa. So kami decide nak buka puasa di time square, sebab chicken hartz paling mudah di access di sana.


So aku berkira-kira untuk makan:
  1. 8 ketul ayam
  2. 1 pinggan spaghetti
  3. 1 pinggan salad
  4. 1 pinggan buah
  5. 1 Cawan aiskrim
  6. 1 cawan air
Cukup la tu, dah banyak la kan. Tapi tak pasti la target aku tercapai ke tak la kan. Hahaha, aku ni nampak je slim. Tapi bile makan. Pergh, hancos. Tibe-tibe edy sms aku dia kata buka puasa kat time square ke. Dalam hati, ikan tamban kering tak cukup makan betul la dia ni. Dah tau aku kat situ pi la tegur. Aku ni dah la memang tak nampak ape. Dengan mata rabun mana la aku nak hirau sana sini. Siap la edy, aku jumpa kau, tau la ape aku nak buat.

Then terus la dengan fiddeen pergi ke Hartz chicken buffet. Tak mahal tapi puas hati la nak melantak makan. So bile tengok menu yang ade hari ni, best gak. Tapi aku menyumpah-nyumpah sebab machine aiskrim rosak. Lainkali aku nak pegi yang kat sunway pyramid la. Kat sana lagi best tempat dia.


Makan punya makan aku kire apa yang aku makan:
  1. 8 ketul ayam (berjaya)
  2. 1 pinggan pasta (ganti spaghetti kira berjaya la tu)
  3. 1 pinggan salad (berjaya)
  4. 1 pinggan buah (berjaya)
  5. 1 pinggan pedal ayam, kentang sagat, wedges, pie ayam, puding roti (ni aku amek sikit2, penuh gak pinggan so extra berjaya la gak kan)
  6. Aiskrim gagal sebab machine rosak.
  7. Air aku minum 2 cawan. Hehe
Mesti korang tak caya kan. Haha, jangan sangka perut kecik makan sikit. Perut kecik la makan banyak. Then solat maghrib terserempak dengan edy. Ha amik kau, dush... aku hulurkan tangan salam dengan dia. Dia bagi aku cawan kfc. Time kasih edy. Keh keh keh, edy ni kawan sekampung aku la. Batu pahat. Edy, kau kata kau diet... tapi agak tembam sikit la edy.

Lepas tu window shopping kat Sg. Wang Plaza. Terawikh sendiri la kat umah. Selalu macam tu. Hehe, balik kekenyangan. Memandangkan misi tak selesai, aku singgah McD sri serdang. Beli Sundae. sambil tuh beli la McChicken Burger sekali. Nyum nyum. Balik boleh buat moreh. Keh keh keh.

Itula kisah aku berbuka puasa yang paling banyak la kot. Aku rasa kalau 1st ramahdan dulu buka puasa kat situ, konpem makan lagi banyak. Ni dah kurang makan. Sebab dah slim sikit la aku rasa. Hehehe, till then. Nite

Nota lantai: Aliza, kau jangan lupa mintak kat kawan kau resepi kek yang aku mintak. Nanti raya aku nak buat.

Selamat Pagi Cikgu

Rupanya bukan senang menjadi seorang cikgu. Adeh, begini la rupanya menjadi seorang cikgu. Ni baru jadi tutor dengan lab demo. Dah susah cenggitu. Nanti kalau jadi lecturer macam mana. Hebat gak dugaannye.

Mula dengan 3hb. Aku mula mengajar la tutorial time tu. Bile dah kat depan baru la kita tau perangai kite kat belakang. Tapi ade 3 jenis student yang aku kategorikan dalam kelas:-
  1. Student yang datang kelas. Sebab nak belajar and tumpukan perhatian sepenuhnya. Bila tak paham sikit dia terus tanya. (Jenuh aku nak menjawab soalan dia ni. Kadang-kadang out of my mind. Jenuh aku mencari jawapan dia. Tapi kene bagi jawapan yang logic and releven.)
  2. Student yang datang kelas. Duduk belakang, salin je ape lecturer tu tulis. Salah tulis pun dia salin gak. Tak kira la ape jadi pun dia tetap salin. Salah ke betul salin gak. (Yang ni senang nak handle tapi kesian ma. Sebab maybe dia tak paham ape yang dia belajar and apa yang kita ajar. Camne nak handle tu?)
  3. Student yang datang kelas semata-mata nak cukupkan 75% hours untuk kedatangan. Mungkin sebab dia dah paham dalam kelas and tak perlu nak datang tutorial. Ataupun dia nak belajar sendiri kat rumah. Yang peliknya, dah la datang tak concerntrate, boleh plak dia berborak non-stop dalam kelas. Aku pun pelik. Padahal macam takleh gossip kat luar kelas. Kat cafe ke. Kadang-kadang dengan roomate pun nak bergosip dalam kelas. Camne nak handle tu? Aku tanye, "You just borak-borak je. Tak buat ke yang I suruh buat. " Dia boleh jawab. "Tak paham la Encik apa yang dia ajar dalam kelas." So untuk yang macam ni at last aku biaq pi jer la.
Betul tak kepada Mr. Hazimin and Mr. Fendi. The student can be categorized onto this three groups right. Betul cakap orang tua-tua. Kalau kita buat macam tu, satu hari kite akan kene balik. Hahaha.

Dulu masa aku belajar, aku dalam katregori 2 dan 3. Kalau 2 tu selalu kelas electronics la. Yang mana aku jadi lone ranger. Tapi kalau yang ke 3 tu kalau ade geng borak dalam kelas la. Dengan adi pun boleh borak-borak. Padahal kat rumah pun boleh borak kan. Hahahaha So amek kau. Kan dah dapat student macam kau gak.

Semalam handle lab session. Yang ni bagus gak. Sebab diorang concerntrate dalam kelas. Senang jer aku nak handle. Yer la, mengadap pc mencari jawapan dia la kan. So ok la. Senang sikit nak handle. Baru nak try aku punye program (actually P-ja punye, aku edit), dah ade yang angkat tangan camne nak buat. Haha, lepas satu angkat tangan. Semua la angkat tangan. Pusing-pusing dalam kelas. Wakakaka, mantap aku. Mesti kaki aku berketul-ketul lepas ni.

Yang peliknye, ade sorang student aku tu. Dalam lab tu bukan run program. Tapi buka frenster. Aiyak, aku cakap kat dia senang je, "jangan lupa add saya dalam frenster yer". Terus dia minimize. Maybe malu kot. Keh keh keh, diorang dah besar la kan. Takkan nak marah-marah macam budak sekolah tadika. Tak sesuai. So ni marah teknik aku la kan. (Tuh la kau, dulu dalam kelas computer application asyik mirc je. Kan dah kene balik. Hamek kau setepek)

Jadi cikgu ni kene sangat bersabar la kan. Tapi I'm having fun. Mengajar student yang dewasa dan juga bijaksana. Lebih bijak dari aku pun ade. So aku just doakan semua student-student aku ni lulus.

Tapi aku yang jadi student ni plak yang pemalas sikit. Malas betul nak study. Bukan malas sikit, tapi malas banyak gile. 3 chapter nak masuk test pagi ni. Aku memang habes la. Habes menyelak je. Alamak, aku tatau la ape jadi dalam exam aku nanti. Habesla aku.

Tak ape. Ada sikit masa lagi. Sempat nak study. Tengok-tengok ape yang patut.

So untuk cikgu semua. Selamat pagi cikgu. Semoga cikgu rasa apa yang cikgu kepada cikgu dulu rasa macam mana cikgu buat cikgu kepada cikgu di dalam kelas. Bape banyak cikgu da.



Kepada Azmi dan Shikin terima kasih la kerana meng'tag' saya. Maafla, saya belum sempat nak menjawab tag tag anda. Hujung minggu ni insyaallah. Disebabkan banyak cerita yang masih belum di kongsi. Plus saya terpaksa menghadapi 4 paper test dan juga 1 paper assignment. Kat sini memang gile test dengan assignment. 1 subjek ada 2 test dan 3 assignment. Nasib baik la final dia bukan 4, kalau idak cukup 1, 2, 3 dan 4.

Nota lantai: Kenapa perempuan yang dah kurus, tahap kurus kering macam ikan tamban masin lagi kering tak cukup makan merasakan diri mereka gemuk. Pelik aku. Lelaki plak, gemuk and perut boroi tapi merasakan buncit diri mereka itu adalah six pack yang diorang built up kat gym. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Monday, September 08, 2008

Ramalanku benar belaka

"Kadang-kadang kita dok sedih, Allah turunkan hujan dalam hidup kita. Tapi sebenarnya Allah sangat baik hati sebab kurniakan kita pelangi."

Pelangi hari semalam sangat cantik. Eh semalam ade pelangi ke? Takde la. Ni pelangi yang Allah kurniakan dalam hidup aku saja. Syukur sangat. Harap-harap doa aku dikabulkan.

Tak sangka sangat hujan, ribut petir yang melanda. Tiba-tiba muncul pelangi. Harap-harap muncul la mataharinya. Insyaallah, selagi kita taat, matahari akan terus bersinar. Harapnya tak akan ada gerhana matahari la yer. Gerhana bulan pun tanak la. Sebab nanti kene solat sunat gerhana plak. Hahahah, gile pemalas aku ni.

Pelangi yang dimaksudkan takleh la nak gitau ok. Senyap-senyap sudah. Nanti ade orang kata riak plak. (Rekaan semata-mata, tiada kait mengait antara yang hidup dengan yang mati)

"Kau baru setakat sambung master dah nak kecoh-kecoh, si polan tu dah sambung PhD tak kecoh-kecoh pun"

Aku kan suka berdrama. Hehe, sedih bangat bile pendrive aku hilang. Memang kene beli yang baru la. Ni dah kire ribut petir dah ni. Semua bende ada dalam tu. Huhu

Nota lantai: Thanks Emy

When I grow up, I want to be..

Masih teringat lagi bila Mohd Yuan Fitri Khan bin Mohd Yusof membacakan sajak berbahasa Inggeris bertajuk "When I grow up", sungguh ringkas tajuknya. Dia memenangi pertandingan membaca sajak itu. Mungkin character dirinya banyak membantu dia untuk terus berjaya memenanginya.

Sewaktu tu aku baru sahaja berada di darjah 5, 14 tahun yang lalu. Lantas aku terfikir. Apa yang aku nak jadi bila aku besar nanti. Mungkin menjadi guru (melihatkan kecenderungan aku pada matapelajaran matematik di kelas). Mungkin juga menjadi polis (setiap petang asyik main polis entry). Mungkin menjadi menteri (melihatkan keseronokan ditemubual di berita). Mungkin menjadi penyanyi (selayaknye jadi penyanyi dalam bilik air saja). Itu antara rentetan ape yang aku nak jadi bila dewasa.

Satu petang, aku pernah mendongak di langit. Ternampak satu kapal terbang lalu di atas kepala. Hati aku terdetik, 'menjadi salah seorang di dalam isi perut kepala terbang itu tentu seronok'. Lantas aku nyatakan pada mak yang aku mahu menjadi seorang pilot. Mak kurang bersetuju.

Memang restu ibu sangat penting. Tidak mengapa, aku akhirnya apa yang aku ada sekarang. Bekas jurutera dan menuju menjadi seorang pendidik. Tapi aku harap tidak bernoktah di situ. Sebab aku masih merencanakan sesuatu. Masih banyak lagi yang boleh aku lakukan. Semoga aku berjaya dan success selalu. Amin..



Nota lantai: Bangun pagi cat rumah. Haish. Baru siap cat rumah. Bile la bilik aku nak bercat yer. Sorry la. Lately takde masa nak cat bilik. So mengecat rumah je. Haiya, busy betul aku lately.

Sunday, September 07, 2008

7 Hari Sedang Bercinta

Hari ni dah selesai 7 hari berpuasa. Aku masih sibuk dengan hal-hal dunia. Kenapa la aku jadi begitu sibuk. Kerja, belajar dan semua keseronokan dunia. Tapi tak mampu aku luangkan sedikit masa untuk muhasabah diri. Hurm, tahun depan la agaknya, kalau diberi masa yang panjang lagi.

Sepanjang tujuh hari berpuasa, 2 kali berbuka puasa di rumah kakak saya di keramat, 2 kali berbuka puasa bersama teman serumah yang baru, 1 kali berbuka puasa di pejabat insurans di PJ, 1 kali berbuka puasa di rumah supervisor di Bangi dan 1 kali berbuka puasa di Damansara.

Bersahur pula setakat ini saya baru 1 kali bersahur dirumah kakak saya, 1 kali bersahur bersama Shah, Baz dan Fiza. Selebihnya bersahur air masak je. Tu pun kalau aku rajin nak bangun la.

Semalam dapat sms. Dia kata aku ni seorang yang Ego, yes aku mengaku. Dah menjadi lumrah lelaki menjadi seorang yang sangat ego. Tapi berpada-pada la kan. Jangan la melampau sangat. Then dia kata aku seorang yang degil. Haha, sememangnye aku seorang yang degil. Susah nak mendengar kata.

Tapi ok gak kadang-kadang menjadi sedikit ego dan menjadi seorang yang degil sedikit. Kalau tidak, masakan saya diberi nama sedemikian. Dan nama saya sangat sinonim dengan itu semua kan.

Hari Jumaat lepas, saya menumpangkan seorang pelajar dari Iraq. Dia tanye aku la nama aku ape. Then dia kata maksud nama aku "A stronger person". Selame ni aku tak pernah tahu pun maksud nama aku. Terima kasih kepada semua orang yang pernah menyebut nama aku dengan penuh. Kerana itu satu doa buat aku. Patut la aku jadi sangat strong. Hahaha



Nota lantai: Suka membaca blog iwan aka aben. Jarang di update, tapi kalau dah di update. Pergh, bisa buat orang menangis.

Saturday, September 06, 2008

Bila Pakar Motiovasi Berbicara

The sms to Me:
  1. Saya argue dengan orang yang saya sayang
  2. Exam minggu depan
  3. Hidup di asrama buat saya sakit hati
  4. Abang-abang dewan makan sangat kedekut, tiap-tiap berbuka makan macam menu untuk banduan
  5. Saya geram dengan diri saya yang asyik complain
  6. I feel like a looser

I replied:
  1. Dalam perhubungan memang akan ada sedikit selisih faham. Tu perkara biasa untuk kita lebih mengenali dan memahami. Ambil sedikit masa untuk pulihkan sedikit keadaan.
  2. Exam tu satu cabaran dalam hidup, datangnye tak selalu. Sekali sahaja dalam hidup
  3. Awak masih muda. Cabaran hidup di asrama adalah sebahagian pelajaran hidup untuk masa akan datang. Tak lama, 3 bulan je lagi. Nanti awak akan rasa betapa berharganya pengalaman hidup di asrama. Tak semua orang dapat rasa.
  4. Sekurang-kurangnya awak masih boleh makan. Tak apa, awak pun kata nak diet kan
  5. Awak, manusia memang tak pernah puas dengan apa yang dia ada. Semua complain tapi jangan complain je, yang penting berusaha untuk perbaiki
  6. You are not a looser, you just need time to be a winner.


Nota lantai: Power gak aku jadi motivasi. Then banyak sms dia reply. Tapi yang aku nak gelak is "You are the best bro I ever met, seriously". Thanks.

Friday, September 05, 2008

Selamat Berpuasa

Hari ni takde berita sensasi untuk diceritakan. Aku banyak test nak kene buat. Banyak bende nak kene study. Haish. Kepala dah naik tepu nak buat semua benda. Penat pening semua ada. Aku kene start planning with evertything la.

Hari ni as usual. Berpuasa and berbuka puasa dengan housemate baru. Lepas buka puasa keluar berjalan dengan housemate baru ke Alamanda. Diorang nak beli ape ntah. Aku on je. Menumpang lagipun. So aku tak kisah la sangat. Hehehehe



Nota lantai: Orang duk sibuk pegi tarawikh, aku plak sibuk pegi Alamanda...

Kini Ku Ingin Kamu

Semalam, aku pegi ke Digital Mall. Hujan lebat bangat time tu. Digital Mall ni lebih kurang jelmaan Low Yat no 2 la kat KL ni. Tapi aku suke pegi sini sebab tak ramai orang. Sebab tu la aku suka pegi ke sana. Lagi satu barang dia pun lebih kurang je harga dia dengan Low Yat.

Aku kuar dari rumah lebih kurang pukul 12.00 tengahhari. Masa yang sangat cantik la kot. Sebenarnye aku tak sure nak pegi ke tak. Tapi at last aku just gagahkan diri pegi gak. Sebab aku memang desperately inneed computer. Desktop pun ok. As long aku bleh buat assignment dengan aman.

So survey punye survey, at last aku dapat la CPU yang aku nak. Walaupun takde la gempak mana spec dia. Tapi aku rasa ok la untuk aku guna dalam masa 2 tahun ni. (Tak bagitau mak lagi, kalau tak sure kene katok dah).

Tapi sebelum tu, kene cari broadband dulu. Aku mengambil keputusan untuk amek maxis broadband sebab ade discount untuk postpaid user. Weaahoo, aku suka bangat macam ni. Best best. Then tak sampai 10 minit semua settle. Tapi pekedai tu tegur aku.

Mxs Guy: Kat luar sana hujan ye?

Me: Ya

Mxs Guy: You pun hujan-hujan register broadband sanggup datang sini meh?

Me: Tak boleh ka?

Mxs Guy: Boleh-boleh

Me: I duduk jauh ma

Sebelum sampai rumah Kakak, aku beli keyboard dulu yang agak2 best la. Yang tak best tak nak la kan. Ngeh ngeh ngeh, so aku rembat 1 keyboard. Murah jer nyonya tu bagi aku. Aku puas hati. Serius shit.

Then terus balik ke Keramat, sebab mahu mengambil moniter, cpu lama yang dah takleh gune tu, mouse, and then speaker and semua jenis cable la kan. Then terus aku pack and masukkan dalam kete. Then berbuka puasa la di sana sekali kan.

Then malam tuh jumpa Hazman. Sebab nak pinjam CD XPnye sebab aku mahu memformat PC aku la. Hehehe lepak-lepak kat NZ curry house sambil tengok kekasihku seru. Not bad cite tuh. Aku suka gak la cite tu. Hehehe. So far tak pernah miss episod dia kat internet. Kat tv memang jarang tengok la. Tak sempat.

Pehtu anta hazman. Then aku terus la balik umah. Ngeh ngeh ngeh. Setup pc. Penat siol. Malam tuh tapi best bangat. Hehehe

Monday, September 01, 2008

Budak Botak

"Salam Ramadhan buat semua umat Islam seluruh dunia"

Terlalu seronok bila Ramadhan menjelma kembali. Terasa cepat sekali Ramadhan datang. Seperti terasa baru menyempurnakan Ramadhan tahun lalu. Bulan yang sangat bermakna bagi diri saya.

Kenapa istimewa? Saya dilahirkan pada 4.15pagi 23 Ramadhan 1402Hijrah. Pergh time mak aku masak untuk keluarga bersahur time tu la aku nak menjengah dunia. Time sibuk-sibuk semua orang nak prepare hari raya, sibuk la plak aku ni kan.

Haha, Apa la agaknya yang Kak Nong (panggilan adik beradik aku yang ke-4 dalam keluarga) complaint time aku nak keluar yer. Masa tu umur dia 12 tahun. Hehe. Tapi dia komplen2 pun dia tetap sayang adiknya ni.

Ramadhan yang paling saya ingati, mungkin ketika berusia 6 tahun. Kecil sahaja waktu tu. Saya telah terkena mercun. Huh, tak dapat saya bayangkan sakitnya ketika itu. Sewaktu tu hampir raya, Kak Mah saya (Yang sulung) balik ke kg. Saya terlalu excited mengejar arah kakak saya tu. Tibe-tibe mercun yang dibakar oleh abang saya meluru kearah saya (jarak saya dengan tempat abang-abang saya bermain mercun agak jauh). Dengan percikan api, mercun tu telah berputar di dada saya. Aduh, sakitnya.

Baju saya koyak dan saya bahagian dada saya melecur. Saya telah dibawa untuk pergi berubat tradisional (Tahun 1988, kampung pulak tu. Hospital jauh). Dan sehingga kini kesannya masih ada. Sizenya, sebesar cd. Syukur cuma di dada. Nikmat saya cuma ditarik di situ

Saya tidak pernah menyalahkan abang-abang saya. Tapi saya tahu yang sejak itu saya tak berminat bermain mercun (mungkin sebelum tu juga saya tidak bermain mercun). Bermain meriam buluh pun tidak berminat. Mahu bunyi mercun yang kuat. Beli saja CD mercun. Bukan susah kan. Argh, semua tu pembaziran.

Haha, sebenarnya aku merasakan yang aku perlu melakukan perubahan. Huhu, so aku decide untuk membotakkan kepala. Bukan atas nazar atau apa-apa. Sekadar suka-suka. Sekali sekala mencuba sesuatu yang lain. For the first time aku cukur kepala aku. Hahaha Aku suka style baru ni.

Sekali sekala melakukan perubahan drastik, apa salahnya kan. Tukang gunting rambut tu cakap kulit kepala aku lembut daa. Sebab tidak pernah dicukur, selalu mencukur janggut dan misai sahaja. Hehehe.

Segan la nak upload picture botak. Kalau nak tengok, datang Sri Serdang k. Boleh aku belanja minum petang sama-sama. Hehehe