Monday, June 30, 2008

My Bee Accident - Ya Allah...

29th June 2008

GEDEGANG, “eh aku eksiden ke?” Itu lah first thought aku. Bengang gile. Tengah-tengah nak bayar toll kat lorong tunai (touch and go aku dah habes kredit) ade plak mamat cina ni hantam My Bee aku. Tapi aku cool je. Muka dah bengkek bangat. Terus kuar kete. Tengok kete aku, teruk siol, huh. Then cina tu cakap. Kite jumpa kat depan.

Aku pun terus la masuk balik bayar toll then terus park kat tepi jalan. Habes park aku terus keluar kan henpon tepon Faiz, tanye apa yang aku kene buat. Then dia, cakap aku kene amek nama, no. telefon dengan no I/C dia. Letak phone terus suh erna amek gambar. Thanks erna with your help. Mimi plak tepon lepas tu tanye ok tak. Aku cakap ok je.

My Bee

Aku pun belek-belek my Bee aku. Teruk tu My Bee. Kete mamat tu takde ape pun. Aku cume bengkek bangat time tu. Hurm. Then All yang joint aku sms cakap kami eksiden.

Then mamat tu bagi name card and dia suh follow pegi Toyota. Aku pun follow je la. Kat kajang prima. Jauh tu. On the way Kak Mah plak tepon. Tanye ok ke tak. Aku cakap ok je. Mimi sms “Baba suh mintak cina tu 1500”. Aku diam je la. Sebab tengah drive dengan bengkek bangat.

Sampai kat Toyota tu. Tempat servis dia tak buka lagi. So aku malas nak cakap banyak. Cina tu cakap, “U hantar dulu, nanti I bayar U punye kete”, dia Hulur 250 kat aku. Dia tanak buat report. Dia nak settle luar. Adeh, mana la nak cukup macam ni. Aku malas nk cakap banyak terus shoot gi umah emy. Hantar dia balik. Yer la, kami semua dah penat bangat time tu. Kalau aku masa tu ok. Hurm dah satu penumbuk aku bagi. Then sampai Umah emy, buka la bonet. Nak bagi emy barang. Bonet plak takleh nak tutup. Adeh lagi la gua bengkek.

Terpaksa ikat dengan plastic sampah. Dah itu jer yang ada. Then anta they all yang dalam kete. Terus balik umah. My Bee terpaksa parking dalam. Takleh nak lock. Hurm.

Malam faiz datang rumah. Then dia belek kete. Dia estimate RM2000 untuk part sahaja. Aku terus direct call mamat tu. Aku cakap kat dia aku nak buat report. Reason aku, sebab 2000 for sure dia tak nak bayar, nanti dia ingat aku tiyau dia. Then lagi satu reason aku, aku tanak anything happen in the future, aku takleh nak buat ape-ape sebab report polis takde. Cina tu kata dia akan buat sama-sama dengan aku. That’s better. Then dia cakap claim insurans dia je. Lagi senang. Tak akan effect NCV aku.

30th June 2008

Esoknye aku pun buat la report polis bertemankan Mimi. Tunggu cina ni kat Kajang Prima. About pukul 10.00pg macam tu la lebih kurang. Sampai terus aku telefon dia. Cakap aku dah sampai di tempat yang dijanjikan. Tak lama lepas tu dia pun sampai. Cina ni baik. Nasib baik la aku dalam keadaan mood yang sangat baik. Hehehe. So terus jadi baik.

Sampai balai polis and park kete, aku terus masuk dengan Cina ni (Tan namanya. Nama sebenar gua tak ingat). Mimi tunggu kat kete. Tak pepasal karang kete hilang. Tengah jalan nak buat report, aku tanya Tan ni dia semalam kenapa? Dia cakap, dia penat sangat. Kelmarin dia keje sampai pukul 7.00ptg then terus rush balik Melaka sebab nak attend wedding ceremony saudara dia. Then masa hari eksiden tu dia kene balik KL cepat. Masa sampai toll tu dia just release minyak then ingat jauh lagi. Rupanya dah langgar My Bee. Dia dah take coffee break pun takleh nak handle lagi.

Then after report sume. Soal siasat, dia pun di saman la. Sian dia. Tak ape la. Bisnesman macam you kan banyak duit kan Mr. Tan, betul tak? Nasib baik la you langgar I time I ok. Kalau masa tu I period, mesti u teruk kene maki dengan I.

Duit yang dia bagi tu, aku pulang balik. Sebab dia mintak balik. Sian plak kat dia nak bayar saman tu semua. Biarlah dia.

About pukul 11.30pg baru settle, lepas tu amek gambar kereta semua la. Aku pun terus balik. Takleh nak hantar ape-ape sebab document tak ada. Pegi la jumpa Faiz (Mimi dengan Faiz ni memang takleh pisah betul). Makan kat McD Sunway.

Then anta Faiz balik ke opis semula then aku dengan Mimi terus balik rumah. Petang tu aku tatau nak buat ape. Nak kuar pun kete tengah macam tu. Huh.

1st July 2008

The next day aku register kat kampus then amek police report. Then terus anta kete kat Toyota PJ, pastu advisor tu cakap few documents tak complete lagi. Hurm. Kene pegi lagi kat balai polis tu. Haiya. Tak apa la. As long tak effect NCV aku.

Korang tau tak. Eksiden ni buat semua kerja aku tertangguh:
  1. Aku kene postponed my registration for master because of kelalaian orang which membuatkan aku bengang sangat-sangat.
  2. Aku plan nak balik kampung sebab nak berehat-rehat before sambung belajar. Which aku tak dapat buat sebab aku malas nak balik kampung naik bas. Ni lagi satu aku bengang gak.
  3. Aku terpaksa melayan karenah public transport kat Malaysia ni which banyak membuang masa aku dari membantu aku.
  4. Buang duit and masa aku sebab terpaksa ulang-alik ke kajang semata-mata nak buat report and ambil salinan report. 3 kali aku kene kene pegi kajang.
  5. Aku terpaksa minta surat dari Insurans company for claiming purpose. Bengang gila aku
  6. Aku kene cari macam-macam document. Which aku tak perlu buat atas kesalahan orang.
  7. Kalau aku tak eksiden, aku tak pelu buat semua ni. Tapi aku percaya Qada’ dan Qadar. Itu saja yang membuatkan aku tidak berapa bengang.

For all driver out there, please la. Kalau dah tau penat sangat-sangat, jangan la rush ok. Just berhati-hati. Kalau boleh jangan setakat coffee break. Try to sleep for at least 30 minutes or take a bath at RnR. Cause you might kill somebody.

Nasib baik la gua ade insurans. Kalau cedera bleh claim insurans. Insurance cannot bring back life, or bagi balik body part yang dah putus. But at least insurance can help some people to continue living. Betul tak? So kalau sape-sape yang berminat nak buat saving yang dapat protection, u can contact me by giving your email ok.

2 comments:

dikazzz said...

ceh! ceh! apesal ko panggil kete ko 'my bee' jugak? my BEE tu nama kete aku tau! plate kete aku kan BEE...ceh! tak aci nama sama! =p

Anonymous said...

awk g ipd kajang ke?..nape x ckp awal2?..kakak angkat sy pegawai polis kat situ..hehe