Friday, June 13, 2008

Kembali Ke Kapsul Masa

Kisah 1hb Jun 2008

Hari ni plan nak ke satu Destinasi cinta. Atas jemputan Saudara Zulkarnain Wahab. Junior 2 tahun dari aku. Dah nak kawen dah dia ni. Hurm. Kenal Zul time bila ye, kalau tak silap time aku Gamma sebab dia join UPG. Masa tu dia Alpha.

Aisyah plak kalau tak silap aku kenal dia time aku Delta. Dan dia Gamma masa tu. Dia mula rapat dengan Zul sewaktu mereka berdua di tampuk pimpinan SRC. Alhamdulillah jodoh mereka berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin.

Zul dinikahkan pada 24 May 2008 di Melaka. tak dapat datang time tu. Yer la, di Melaka kan. Lagipun I'm on silent vacation time tu. Majlis persandingan di Melaka pada 25hb. Emy datang, dia bagi gambar, tapi lupe mana aku letak gambar tu kat hp. Terdelete kot. So aku cilok la satu gambar dari blog Zul http://tallandround.blogspot.com/ so bleh la korang jeenguk2 blog dia k.So 1hb tu aku pergi la ke Majlis menyambut menantu. About pukul 11 aku terus start enjin My Vi aku and terus meredah Jalan Tun Razak untuk menjemput Anas di Taman Desa. Sampai je (about pukul 11.45 macam tu) naik la umah dia kejap. Nasib baik muke yang aku tanak tengok tu tak ada. So aku pun buat bodoh je la.

Then pukul 12.00 kitorang gerak ke destinasi. Ya Allah kawasan polis tu. Dewan besar. Maktab ape ntah yang polis punye kat Cheras tu. Aku tak bape nak sure la. So dari luar nampak Gah. Then masuk dalam terus duduk dulu. Huyooo. Grand gile. Terasa macam pegi wedding of the year. Haha.

Then lepak dalam 15minit. Aku dengan Anas pun cedok la makanan. Aku amek ayam masak merah, daging masak kurma, kuah dhal dengan acar jeruk dengan nasi minyak la of course. bile menyuap suapan pertama tu, Ya Allah, sedapnye. Terasa menyesal plak amek sikit. Hahaha. Aku ni memang muke tak malu kan. Tapi malu nak tambah bile dah habes tuh. Hahaha. just cover2 amek buah oren dengan tapai pulut. Memang sedap. Puas hati. Then duduk setable dengan Dato' mana ntah. Asyik cite bisnes je. Kite yang makan gaji ni just mampu dengar je la. lepas depa blah. Aku tanye Anas "Anas tak teringin nak buat bisnes ke?". Which aku dah lupa jawapan dia. Wakaka.

Then about pukul 1.30 tu Pengantin sampai dan berarak ke Pelamin. Cantik pelamin dia. Sewa kat mana Zul? Nanti I nak sewa gak. Dia buat majlis kahwin sekali dengan kakak dia. Huhu. Selepas berarak dan duduk di pelamin, terus berkelip-kelip lensa kamera mengambil gambar mereka. Majlis di teruskan dengan Tepung tawar. Grandnye majlis. Terus aku cakap dengan Anas,

"Anas, Anas dengan Salmi nanti buat majlis kat dewan macam ni ye."
"Mana mampu Zaffril, mahal tau buat majlis macam ni."
"Anas duduk condo kan. So you have no choice."
Anas senyum jer. Tak mampu kata apa dah.

Weahoo... nanti majlis Anas dengan Salmi pun macam ni. Hehe, so sewaktu tepung tawar tu ade la pengacara majlis yang memperkenalkan pengantin. Maksud saya in detail la. Huhuhu. Cerita background Zul and lepas tu ape yang membuatkan dia memilih Aishah sebagai pasangan hidup. Lepas tu macam dah lama sangat je kami duduk.

About 2.30 kitorang angkat kaki. Beransur pulang. Yer la, penat woo. Plus malu plak duduk lama-lama. Dah la yang datang tu hebat-hebat belaka. Kami ni cume makan gaji je. Sempoi. Hahaha. Aku pun datang pakai jeans dengan shirt je.

Itulah kisah yang lambat aku ceritakan. Sorry Zul. Selamat pengantin baru. Masih tak terlambat lagi kan. Anyway beberapa hari lepas tu Zul ym dengan aku. Dia cakap thanks sebab datang and aku plak say sorry sebab tak tunggu dia turun pelamin and jumpa dia. Huhu. Terasa bahagianye dia waktu tu. Dari cara dia ym pun dah tau. Bahagia rupanya yer. Jeles plak. Anyway cantik baju yang korang design sendiri tu. Nice.

No comments: