Saturday, June 28, 2008

To PD With Love Part 1

Weahooo... Hari ni gath dekat PD dengan MMUians. Hahaha. Setelah berhari-hari plan, akhirnya terlaksana gak impian kami nak buat gathering with all our frens kat MMU dulu. Plus macam celebration aku habes blaja, Adi baru kawen and we all yang dah lama tak jumpa la obviously. Aku sebagai event director sangat la sibuknya. Adeh, penat siol. Tapi aku puas la, sebab buat bende baik kan. Bukan aku nak buat pesta buih pun kat PD tu.

List mereka-mereka yang join :-
  1. Zafril
  2. Adi Yuseri
  3. Hazimin
  4. Aizuddin
  5. Anas Akmal
  6. Fairus
  7. Azhar
  8. Hazman
  9. Nurul Erna
  10. Emy Suraya
  11. Maisarah
  12. Siti Nusyahadah
  13. Laili
  14. Aishah
  15. Norahana
  16. Ayda Fadhlullah
  17. Zulaikha Hamzan
  18. Zulaikha Zulkifli
  19. Dalila @ Cn
  20. Salmiwati
  21. Amzatuliana
  22. Baizura
  23. Saiful Azlan
For about pukul 7.00am aku bangun. Then terus solat subuh gajah. Hahaha. Then mandi semua and prepare barang sume la. Ade yang dah masukkan dalam kete. Then about pukul 8.10am aku keluar rumah. Terus tepon Mai dengan Hazman yang aku nak gerak dah. Diorang kata ok je. Then aku pegi petronas isi angin tayar. Minyak dah isi penuh dah hari tu.

Then sampai rumah man 8.30am, then punggah barang masuk semua. Then 5 minit lepas tu sampai rumah mai. Kesian mai sebab asyik jadi mangsa aku yang sentiasa on time ni. Hahaha. Sorry la Mai, aku tak suke janji melayu.

Then terus shoot amek erna kat umah dia kat bukit jalil. Then terus gi umah emy. Sebab kami memang rancang nak masak-masak kat sana. Huhuhu. Sampai rumah emy keluarkan terus ape yang patut. Huhu. Sampai umah emy kite makan dulu. Hahaha. Sedap bangat karipap. Pastu ade roti cecah dengan kari ayam. Nyum nyum. I like.

Lepas tu terus la aku keluar mencari bende2 yang tak ada. Yang cari tak jumpa masa kat carefour malam tadi. Then terus shoot pegi Tesco Puchong. Then ada yang tak ada kat Tesco, singgah Giant. Keluar Giant beli jaring utk barbeque. Kat sana takut dah berkarat. Huhuhu. So kami sediakanlah yang baru. Masa on the way nak balik Mai call cakap tembikai masam sudah. Terus balik ke Giant beli tembikai.

Settle semua balik rumah Emy. Aiyak, aku pun ape lagi, terus masak ape yang patut. Aiyak gua sudah lambat. Time tu dah pukul 11.00pg. Kalut-kalut masak bihun. Hahaha. Aku ok jer. Then marinate ayam. Azhar suh korek tembikai. Aku, Mai dengan Neng dok potong kobis dengan lobak. Nak buat coselaw. Pehtu Erna goreng bihun. Emy pulak sibuk dengan marinate ayam dengan kambing. Huhu

About pukul 1.00 petang kami pack pack barang. Aku, Mai, Man dengan Azhar gerak dulu. takut ade yang dah tunggu kat Nilai. Tempat menunggu. Then 1.45 adi dah call, dia bgitau dia dah sampai RnR Nilai. Aku terus pecut. Kete aku mendak siol. Barng banyak, Orang pun banyak. Haha.

Sampai RnR Nilai. Terus jumpa orang yang sampai awal. Lepas tu Erna call suruh tunggu. Neng dah tak larat nak drive. Dia penat sangat sampai dari penang. So tunggu la Neng. Hahaha. Sian awek aku sorang tu.

Then terus shoot ke PD. About pukul 2.45ptg bertolak terus. Kami konvoi 3 kete la, My Bee, Generasi ke2 dan the kancil pet. Terus meluncur di PLUS sampait exit Seremban PD. Then terus meluncur lagi di lebuhraya PD seremban. Sampai dekat teluk kemang kami pun sesat. Haiya, salah plak. Hahahahaha

Terus call management tempat tu kat mana. Management tu tanye you jadi datang ke tak. Adeh, kami terlambat sikit daa. Ambil kunci pun dah dekat pukul 4.00ptg. Ni sesat punye pasal la ni. Rupanya jalan masuk tu kecik je. Jalan kampung. Hehehe. Ok lah. Ambil kunci semua, then takde ape lagi dah. Aku pun terus ke Villa yang dimaksudkan. Nak cari Villa ni punye la susah. Haiya. Sesat lagi.

Then call balik. Nasib baik jumpa banglo tu. Nampak macam horror. Tapi semua ok la. Complete and menarik gak di dalam. Maybe sebab cat dia dah agak kusam kot. Masa sampai neng pun cakap, “Mule-mule ingat banglo lain, Neng cakap kat Azhar, nasib baik la bukan banglo ni yang kite dapat”. Rupanya telahan neng silap. Kita akan tinggakl di situ.

Sampai je kat sana, terus call Mr. Picanto, Viva Zoomer. Cakap we all dah sampai and we all bagi direction. Sampai je terus la minum petang. Menu minum petang puding mai yang sedap bangat, karipap emy, puding erna yang sedap gak plus air teh o.

Sesi pembahagian bilik, Adi dengan Am satu bilik. Memula aku ingat nak sebilik dengan bestfren aku ni. tapi tak bleh la, depa dah kawen. Emy, Mai, Erna, Neng, Aishah and lely sebilik. Ikha baby, Ikha Kecik, Cik Nyah, Nana, Ayda, and Salmi sebilik. (Cik Nyah ni perempuan tulen tau. Bukan transvetter). Azhar dengan Hazman sebilik. Aku, GB, Hazimin dengan anas sebilik.
Semua dah sedia sampai tak tahu ape nak buat kat Villa. Depa pun pergi pantai. Aku plak tunggu la semua sampai. About 6.30ptg aku hidupkan bara api. Masa ni dengan Ikha Hamzan and GB. Huhu, gigih siol. Aku menghidupkan bara api. Neng, Azhar dengan Hazman pegi beli Ice and ape ape yang patut la.

Petang tu Bai dengan Tunang dia sampai. Huhu. Makin ramai. Tapi bai dengan tunang dia tak lama. Huhu, kejap je. Dia tak tido di Villa.

Malam tuh semua bagi kerjasama yang bagus, aku sibuk kat dapur dengan coleslaw, salmi dengan anas sibuk goreng keropok and kentang goreng, ade jugak emy membantu. Sambil tu salmi dengan anas potong buah. Kat luar, erna, emy mai dengan neng feat aishah dengan lely sibuk buat cocktail. BBQ di handle oleh Hazman, Fairus, GB, Ikha, Azhar, Adi. So lengkapla kan. Semua bagi kerjasama. Kalau aku buat semua. Bisa pengsan dong.

About 9.00mlm semua dah lapar and dah mula makan. Tu pun ade yang curi-curi makan. Kalau la I tahu, I panggil tukang kipas. Bleh tolong kipaskan BBQ kite kan kan.

Then malam tu aktiviti makan makan and makan. Menu, Kambing, ayam, coleslaw, Kentang goreng, Mee hoon, Roti John, keropok sayur, Buah honey dew dengan Sun Melon. Air cocktail version emy suraya. (Senang je buatnye).

Selain makan, aktiviti malam tu, kite berkenalan semula. Yer la dah lama tak jumpa kan. So sesi ice breaking. As promise, off record. So ok la kan. Takyah tulis.
Malam tu sedap plak mengunyahnye. Huhu. Then pukul 12.00malam aku baru mandi. Lepas mandi semua aku turun semula. Tutup ape yang patut semua la. Everything is ok. Under control. Ikha Baby ade tanye gak. Boleh ke laki pompuan duduk 1 banglo? Hurm aku cakap kat Ikha, kite tak buat ape pun. Lagipun kite duduk bilik asing-asing. Bukan sekali except for Adi dengan Am.

About pukul 1 semua tido dah. Aku pun masuk tido lepas memastikan semua daolam keadaan terkawal.



No comments: