Hari ni about pukul 6.00pg gua dah bangun. Ye la. Sebagai program director kene la bangun awal and gua terus shoot masuk bilik air and buat ape yang patut. Hehe. As program director kene la jalankan tugas dengan baik. Baru la depa mau bekerjasama dengan gua.
About 6.30 gua settle semua, terus start kete and kuar dari villa. Mencari menu pagi. Nasi lemak. Then jumpa la satu kedai makcik ni. Tapi kene off record. Hanya erna yang tahu. Tettttt. Then terus gi kedai next. Nampak menarik nasi lemak dia and menyelerakan. Aku terus order 21 bungkus. Nyum nyum. Sedap plak. Rasa mau makan dulu sementara tunggu dia bungkus. Huhu.
Selesai semua aku bayar harga yang telah di beri pada aku. RM31.50. Takde la mahal mana. Aku sangat puas hati dengan nasi lemak tu la. Lain kali PD trip aku akan order makanan kat situ la. Konpem punye aku akan order kat sana. Hehehe
Then terus shoot balik villa. Dengan My Bee gua. Hehehe. Sayang bangat sama kamoo. Keh keh keh. Sampai rumah about 7.30pg, gua terus jerang air. Nak buat air teh o. Nyum nyum. Sedap tu. Dah la mood vacation. Makan pulak sedap-sedap. Hehehehe.
Masa tu yang lain dah ade yang pegi pantai. Cik Nyah, Ayda, Nana, Am, Anas, Salmi and Adi nak naik banana boat. Hahahaha. Diorang kluar before breakfast. Then tak lama lepas tuh. Erna, Mai. Emy, Aishah, Fairus, Neng, Azhar, Hazman and laili plak punye turn kuar. Diorang ni tak hengat. Bawak nasi 9 bungkus, ayam berketul-ketul dengan air satu botol besar (tengok size badan ar kecuali azhar yang macam tak cukup zat).
Aku plak tengah tunggu Mr. Apa Brad (Nama melayunya Azhari) Yang datang all the way from soggomban. Sambil menunggu tu, tak lama Ikha baby dengan Ikha Kecik baru siap and diorang plan nak gi pantai. Ikha besar sarapan. Ya Allah, Yang Hazimin dengan GB tak bangun lagi. Memang sedap kot tido. Aku kalau trip memang jarang tido lama-lama.
Bila Encik Apa (nama melayunya Azhari) tiba. Aku terus ajak dia pegi pantai. Jalan-jalan cari pompuan. Wah, ghetu. Cari pompuan katanya. Kepala dah tumbuh tanduk. Aku jalan seround kat pantai. Then pegi tempat erna lepak. Nampak plak GB. Aku tanye mana Gmon. Depa tunjuk kat Tengah laut suda. Haiya. Cepat betul. Aku ajak Mr. Apa mandi. Tapi dia tarak mau. Aku terus berlari-lari ke pantai. Sambil swimming ala-ala ikan duyung jantan. Keh keh keh. Aku memang terror berenang. Tapi aku tak puas hati. Awat air dia masin.
Dah puas berenang about 15minit macam tu. Aku pun naik ke darat. Korek pasir ala-ala penyu bertelur. Keh keh keh. Walaupun aku tak bleh bertelur, tapi gua ade telur ok. Puas korek2 pasir ala-ala penyu tu, gua masuk balik laut. Seround lagi berenang-renang ala-ala ikan duyong parsi. Sampai la aku puas, then naik. Takleh lama-lama. Nanti aku burn plak. Dah la hitam. Huhuh
Sampai di Villa, Ikha baby tengah siap-siap nak balik KL. Dia kene outstation ke kelantan. Sian dia, tak dapat join sampai checkout. Anyway thanks ikha. Jumpa next trip. Lepas tuh aku mandi la kat tepi villa. Membersihkan sisik duyung yang banyak kene pasir ni. huhuhu. Masa tuh all yang dah balik dari pantai awal. Tengah bersiap-siap. Ada yang tengah tunggu turn bilik air. Hahaha. Yer la, bilik air cume 3, orangnye sudah 21 orang.
Aku decide mandi kat tingkat bawah Villa. Ok je mandi kat bawah. Then naik atas pakai baju. Siap semua about 11.00am. Perut lapar ma, aku tak sarapan lagi. Hehehe. Lapor po. Cocktail malam tadi pun ade lagi. Gua melantak puas-puas itu cocktail. Then gua terus malantak nasi lemak. Heavy lunch break betul. Mr. Apa aku cume hulur air teh O yang gua buat pagi tadi.
Selesai semua tu, gua terus mengemas. Tutup ape yang patut. Kunci apa yang patut. Huhu. Semua tu gua kene buat ma. Yer la. Program director la katanya. Selesai kemas, gua terasa penat. They all sume amek gambar kat luar Villa. Huhuhu. These are some picture taken during the trip before we all balik la.
Me, Ikha kecik, Ayda, Cik Nyah, Nana
Belakang: GB, Hazman, Hazimin, Anas, Azhar, Me and Fairus Tengah: Adi, Am, Ikha Kecik, Emy, Mai, Lely, Neng, Aishah and Erna Depan: Salmi, Cik Nyah, Nana, Aida
Ni pehal plak
Ni ntah kenapa ntah aku bleh pose macam tu
Mula-mula yang gerak meninggalkan villa is, for sure la Ikha baby bersama Cik Vios 1982 (Motif sangat amek plate number sama dengan tahun lahir). Sebab dia nak kene pegi kelantan. Then Ayda dengan Mr. Picanto nye. Yang join dia, Cik Nyah, Ikha Zul dengan Norahana. After that pasangan suami isteri Adi dengan Am dengan Generasi ke2. Lepas tuh Anas, Salmi, Hazimin dengan GB with Mr. Iswara. Tak lama lepas tu Fairus, Aishah and Lely dengan Hot FM Viva Zoomer. Then Neng dengan Zehar with Kancil peliharaan. Last but not least, aku dengan My Bee kesayangan. Yang join aku Erna, Emy, Mai dengan Hazman. Masa ni Ms. Erna yang bawa. Selalu bawa my baby u, (Cik Atos) Kali ni tuka taste kejap. Bawa My Bee plak.Belakang: GB, Hazman, Hazimin, Anas, Azhar, Me and Fairus Tengah: Adi, Am, Ikha Kecik, Emy, Mai, Lely, Neng, Aishah and Erna Depan: Salmi, Cik Nyah, Nana, Aida
Ni pehal plak
Ni ntah kenapa ntah aku bleh pose macam tu
Sebelum masuk kereta, I kunci gate and salam dengan Encik Apa. Say thanx and sorry sebab tak dapat nak entertain dia well. So aku terus shoot masuk kete. Then singgah ke Motel beach point utk pulang kunci. We all puas hati la. Yer la sewa RM450 je. Memang la puas hati.
Dalam kete tuh semua orang kata lapar. I ajak they all pergi RnR soghomban. Yang dapat join, My Bee, Mr. Iswara, The Pet Kancil and Generasi ke2 sahaja. Yang lain ade hal masing-masing. Aku cume makan sandwich dengan beli air je (Depa kata I on diet). Kenyang lagi makan nasi lemak pagi tu.
Then Solat Zuhur. Siap-siap gua pun balik KL dengan all the people yang join I tu. Masa on the way tu nak ikut exit kajang. Tiba-tiba ‘gedegang’. I pun terus bayar toll. Cerita selanjutnya dalam next entry. Terus shoot pegi rumah Emy kat Pocong Hill Park, Then anta Erna kat Jalil Hill. Then tak larat, anta mai dulu kat lodjing Height (Ni rumah dekat dengan loji penapisan ke hape ni). Then terus anta man kat AU4. Aku balik rumah. Terus park kereta kat dalam. Takut ape-ape berlaku la kan. Unload barang. Then, letak baju kotor kat tepi mesin basuh (suh Risma cuci). Aku kan pemalas. Best sangat. Aku pun terlelap kejap. Hehehe. Yer la. Program director memang bz kan. Tak cukup tido. Sampai rumah pun dekat pukul 5.30 petang tu. Memang exhausted gile.
Thanks to all ok. I like this trip. Rasanya antara the best event yang success kot yang I pernah anjurkan. Next trip bulan ni ok… kalau nak tau, roger I ok
No comments:
Post a Comment