Sunday, June 15, 2008

Balik Kampung

14 Jun 2008

Pagi tu aku bangun lebih kurang 6.30pg la. Kemudian mandi and pack semua barang aku. Aku nak balik kampung. Yeye. Dah lama aku tak balik kampung la. Lama dah tak jenguk rumah. Huhu. Sebenarnya mula-mula plan nak balik dengan Niza. Tapi tak jadi sebab dia dah kat kampung dah. Malam tadi Zakiah sms taney balik kampung ke tak. Dia ingin menumpang. Sorry la Zakiah. Aku nak sambung blaja. Jadi kene budget semua la.

So lebih kurang 7.30pg aku keluar rumah dan menunggu bas. Aiks, apa kes tunggu bas. Ni bahana minyak mahal. Aku mengambil keputusan untuk naik bas sahaja. Yer la. Memikirkan kos bahan api meningkat sebanyak 40%, sudah tentu pengangkutan aku pun meningkat sebanyak 40%. Kalau dulu gedebak-gedebuk RM200 cukup untuk minyak dengan toll. Sekarang dah tentu naik kepada RM300. Kalau naik bas baru RM20, Pergi balik baru RM40. LRT dengan bas lebih kurang RM10 which overall lebih kurang RM50. Huge different. Cuma the problematic is kat kampung kena share motobike dengan my mum la. Tapi tak ape. My 125z akan diletakkan di kampung soon. So should be ok la kan.

So sampai pudu lebih kurang jam 8.30 terus shoot pegi kaunter tiket. Alamak. Kene naik bas pukul 10.00 pagi. Thats the earliest I get. Tapi ok la. As long ada tiket. Pastu ingat nak menumpang. Bas pukul 9.00 pagi. Dengan muka tak malunye. Berdiri la kat depan bas tu. Hahaha. Tiba-tiba penuh plak. Tak kisah la. 10.00am should be ok. Sebab sampai lebih kurang 2.30ptg.

Tak lama lepas tu bas pun sampai. Aiyak, duduk je dalam bas. Apa lagi. Aku terus cari seat. Tak lama lepas tu bas pun jalan. Aku terus la. Tido la. Syiok siol tido dalam bas. Kalau drive letih ar. Memang la cepat sampai. Tapi gua tak larat la beb.

Then pukul 12 my mum tepon. Haiya. Aku dah la mengantuk. Mak mengganggu ke tenteraman tidur aku la. Nak tak nak terpaksa la angkat. Nanti jadi anak derhaka plak. Takut gua. Dia tanya aku dah sampai mana. Aku blur. Baru bangun tido dia tanya sampai mana. Dah la kat lebuhraya. Haiya, aku main tibai cakap tatau. Then sambung tido. Selalu memang macam ni. Aku kalau bas kat highway memang aku tido la. Sebab tengah laju sedap tido. Then kuar lebuhraya tangkak. Hahaha. Letih siol. Turunkan beberapa orang kat Muar. Then turunkan orang kat Batu Pahat. Pastu terus la ke destinasi kampung yang ku cintai. Rengit. Weaahooo. Sampai gak aku kat Rengit.

My mum dah tunggu. So aku cerita kat mak, yang my atm card cimb hilang. Huhu. Semua duit dalam tu. Tengah risau sebab tak tahu ape cite duit dalam tu. So pegi la beli tiket bas balik ke kl. Huhu. Aku amek pukul 4.30 petang. Sebab time tu memang sampai pudu la gua akan tido. Weahhooo.

Sampai jer rumah. Terkejut beruk aku. Mana rumah gua? Mak aku dah buka la. Dia nak renovate. So rumah papan tu dia buka and ganti dengan rumah yang lebih selesa. Hasilnya tatau la. Nanti tengok la kalau aku ada gambar rumah before kene pecah.

Masuk rumah, meja makan la tempat pertama aku tuju. Lapar giloss. Time tu dah pukul 3.30ptg tak lunch lagi. Mana la tak lapar gilos. Huhu. Mak masak kerabu pucuk ubi, ade ikan masin dengan sayur lemak batang keladi. Memang lauk kegemaran gua la. Kalau ada sambal tumis cili padi ke, cili kering la, konpem la aku makan sampai buncit perut.

Then, marah-marah Aishah. Nak tahu sebab apa? Sebab asyik berendut je dengan BF dia, dah la tahun ni nak SPM. Asyik sms. Nyesal plak belikan prepaid kat dia. Tak apa, ada cara nak buat. Hehehe. Kene jadi pakcik yang kejam baru la dia akan blaja la kot.

Lepas tu layan hindustan. Then tak lama lepas tu Kak Wati datang rumah. Bayar duit kutu. Huhuhu. Ok la kan. Tak apa. Borak punya borak. Aku solat la jamak. Hahaha. Mak bising asyik jamak je. Hahaha. Bukan selalu pun. Aiyak. Suka hati aku je. Petang tu Kak Idah nak balik muar semula. Sebelum balik aku bising dekat Ismail, yang sorang ni lagi la. Sibuk dah nak kerja. Tak nak sekolah. Maybe tengok mak dia susah cari duit kot. So dia ingin nak tolong. Tak apa. Nanti sampai la masanya yer is.

Pukul 6.00 macam tu mak ajak pegi rumah atok siti. So apa lagi. Siap-siap la ke sana. Pukul 6.30 macam tu Atok dengan dia punya daughter tengah sibuk-sibuk basuh ayam. Sebab the next day ade jamuan kat sekolah anak dia yang bongsu. Hari penyampaian hadiah darjah khas.

Sambil cuci ayam bercerita la dengan Halimah dengan Habsah. Cite pasal study. Aku kan nak sambung blaja. Si Limah nak buat double degree kat UM. Sem depan start first year. Walla weh. Gempak tu. Amek Degree science dengan Degree pengajian islam. Takut aku dengar. Si Habsah plak nak buat foundation law kat UiTM Shah Alam. Pastu si Habsah ni sibuk mengecek mak dia moto. Weahhooo. Jeles gak. Tak apa la. Tak lama lagi dapat la.

Lepas tu solat maghrib. Goreng ayam, blend bawang sume la. Which badan aku masa tu pun dah bau bawang. Then makan nasi sume. Aku kalau pegi rumah Atok siti memang kalau tak makan nasi memang tak sah. Mesti akan makan nasi punya. Siap semua lebih kurang pukul 9.00 malam aku balik.

Then balik rumah siap-siap nak pergi rumah Shahril. Member baik sekolah tadika, sekolah rendah and sekolah menengah sampai form 3. Lepas tu jarang jumpa dah. Dia ni dah menikah. Tinggal nak buat majlis kat rumah dia.

Sampai rumah Shahril, terus duduk dapur. Aku kalau datang rewang memang tak tahu nak buat apa. Just jadi pengacau je la. Selalu aku jadi pelayan tamu. Sebab antara lelaki yang paling sesuai menyambut tamu kat kampung la. Hahaha Sempoi.

Then kat rumah Shahril terus duduk dengan Cik Nah. Antara makcik yang aku rapat kat kampung tu. Terus la melantak kueh pulak. Aiyak. Makan je aku ni. Sambil borak-borak dengan Cik Nah. Lepas tu borak dengan Tok Su. Teringat kisah masa aku cuti semester. Aku nak kawan dengan cucu Tok Su. Tapi mak tak bagi. Weahhooo, kisah selanjutnya nanti I story lain k.

Shahril pun sampai dekat dengan aku. Duk borak-borak. Camne dia kenal isteri dia. Then borak-borak pasal kisah lama. Kawan-kawan. Hurm, banyak yang ingin dikongsikan. Tapi tak sempat. Yer lah. Pengantin kan sibuk. Tup-tup tengah borak tu keluar nama Doctor muda Batch kitorang masa sekolah rendah. Deja. Ahaks, tak sangka Deja femes. Deja dah cun sekarang wooo. Shahril dah nyesal tak tackle masa kami sekolah rendah dulu. So I think you know what I mean. Yer la, Deja dah semakin cantik sekarang. Sudah pandai bergaya. Memang la cantik.

Then about 12.00 aku pun balik. Penat dah. Salam-salam dengan semua orang. Then start moto. Zoom balik umah. Sampai rumah solat isyak kemudian tidur la. Lena sungguh. Sejuk la kat kampung. I like...

15 Jun 2008

Pukul 5.45pg mak dak kejut suruh solat Subuh. Kami nak kena pergi rumah Atok Siti. Mak kene tolong Atok Siti Masak. Sejuk tu pagi-pagi naik moto. Tak apa la. Aku solat dengan gosok gigi jer la. Mana yang sempat. Siap-siap pegi la rumah Atok Siti.

Sampai rumah Atok Siti, sambal goreng siap sudah. Mak tinggal masak sayur umbut kelapa, asam pedas dengan ayam masak kicap. Tugas aku masak nasi. Haiya. Hebat gak aku masak nasi ye. Weahhoo. Tak sangk masih berbisa tangan ni memasak. Ingat dah hilang bakat memasak sejak berpindah ke KL (sejak duduk kl tak pernah masak pun).

Aku focus dengan kerja sampai la settle. Lepas tu dengan muka tak malu aku cari la ape-ape yang boleh aku kunyah. Yang ada kurma. Kunyah je la kurma. Janji mulut aku ni mengunyah.

Then semua siap lebih kurang jam 8.30pg. Terus sarapan, sarapan nasi puteh dengan lauk-lauk yang dimasak tadi. Huyooo, heavy gilos sarapan pagi ni. Aku tambah 2 kali. Sedap siol. Memang betul kalau pegi umah Atok siti mesti kene makan nasi. Aiyak.

Then about 9.00am aku balik la rumah. OTW tu mak suruh singgah kedai. Pagi tu mak nak buatkan lontong untuk contractor kat rumah tu. Huhuhu. Terserempak dengan Wak Zarir. Selambe je aku jerit nama wak time tu. Hahaha. Aku memang selambe, forever selambe.

Wak ni aku kenal sebab sekelas time form 1 sampai form 3. kira kawan rapat jugak la. Walaupun tak ada la rapat sangat. Tapi still keep in touch dengan Wak. Dia sekarang keje celestica kat senai. Huyoo. Gempak tu. Aku juagk keje tak gempak. Wak Wak, sungguh bertuah badan kau. Wak ni baru jer melangsungkan perkahwinan. Sorry la wak. Tak dapat datang rumah kau. Aku ade hal last week. Aku gi Temerloh la last week. Sorry la Wak. Wak, kau ni aku tengok badan makin berisi, ni mesti sebab selalu minum susu ni. Tetttttttttt......

Sampai rumah aku keluar pegi cari sampul hadiah. Hadiah Shahril belum aku balut lagi. Huhuhu. Lepas beli hadiah aku sampai rumah and terus tidur. Selambe jer aku tidur. Mengantuk Seyh. Sebab tu aku tidur. Dah la perut kenyang. Tidur sedap bangat. Tengah tidur tu mak kejut ajak pegi rumah Shahril, gua tak larat la. Tido lagi syiok. Mak pegi sendiri je la gua cakap.

About 12.30 aku bangun. Mandi semua then balut hadiah. Hahah. Lepas tu tengok TV. Tak lama mak balik rumah. Mak ajak pegi rumah Cik Masini. Anak dia kawen. Hahaha. Semakin ramai generasiku berkahwin. Aku je masih menangguh-nangguh. Silap-silap jadi bujang tua.

Dari Rumah Cik Masini balik rumah kejap. Then terus pegi rumah shahril. Hahah. Aku Cuma nak tengok Shahril sanding. Tapi tak amek gambar dia banyak-banyak pun. Ambil sekeping je. Tu pun ambil gambar dia dengan kawan-kawan dia.
Masa kat rumah Shahril jumpa la Uda, Naim, Bajet, Noh, Ijal, Leman dan Da’i. Diorang tegur aku dah gemuk. Huwaaa, gemuk sangat ke. Aiyak, tak ape la. Janji bahagia. Huhu.

Then pukul 3.30 balik umah. Mandi siap-siap nak balik kl. Sebelum tu kite makan dulu. Biar aku tido lena dalam bas. Pukul 5.00ptg bas sampai Rengit. Naik, dapat tempat duduk terus aku tido. Lena siol tido. Sedar-sedar dah sampai Pudu dah. Lebih kurang 8.30mlm baru sampai pudu. Cepat gak bas ni. Then terus naik LRT sampai Jelatek Station. Naik bas sampai la rumah. Lebih kurang pukul 10.00 malam sampai rumah.
Best gak balik kampung kali ni. Hujung bulan ni maybe balik lagi. Tengok la keadaan, kalau settle semua cepat, balik la kg cepat-cepat. Hehe. Jumpa lagi di perjalanan yang lain. Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

Yuts, daw palagpat imo blog.

Anonymous said...

best la baca cite nih..hehe