Tuesday, November 04, 2008

Selamat Tinggal Texas

Saya telah terlupa untuk mengucapkan selamat tinggal buat mereka-mereka yang berada di Texas. Saya minta maaf la tidak mengucapkan selamat jalan pada kalian semua sebab takut tak tertanggung airmata ini. Chewah, ayat hampeh gile.

Terlalu berat sebenarnye nak mengucapkan selamat tinggal. 2 tahun berada di sana terasa sungguh kejap. Selain dari Gerakan MBs (terpaksa dirahsiakan). Saya tidak mempunyai ramai kawan rapat di sana.

Faredi, Muzaimi, Enol, Azam, Herol, Ajis, Imran, Topeq, Boy, Wan, Syamim, Am, Norma, Pak Tam, Abg Nordin, Mizi, Butang, Shah, Alam, Che Yum, Balan, Fahmi, Pejal... (maaf kalau ade yang tertinggal) Terima kasih sebab jadi kawan aku selama 2 tahun aku kat Texas.

Lama kan aku kat Texas. Huyoo, puas la kat sana. Seronok pun ada. Satu pengalaman yang aku tak boleh beli kat mana-mana. Nanti habes belajar, aku bercadang mahu ke sana semula. Insyaallah, Tercapai la hendaknya. Mencurahkan bakti di Texas.

Lately sebenarnye aku sibuk dengan final exam. Banyak paper aku ambil semester ni. Rasa tak larat pun ade. Fed up dengan study pun ade. Give up pun ade. Rasa nak bercuti pun ada. Tapi nak tanak aku kene make an effort to finish until the finish line.

Sebenarnye masih berminat untuk menulis. Ada beberapa cerita menarik untuk ku tulis. Bukan kisah diri aku. Kisah Makhluk halus paling kurus (Kemain Kuwang Hajo). Sedang gigih mencari idea untuk di ketengahkan dalam cerita ni. Mungkin tahun hadapan la baru di publish. Kali ni nak tulis sampai habis. Takut kekeringan Idea.

2 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

amboi perenggan terakhir!!

Anonymous said...

hey ell,
jgn la cepat fedup..finish wut u've start..setiap yg susah surely ada senang yg menanti..
abis exam ni kan bleh rilek puas2..masa tu nak menulis smpi muntah ijau pun bleh..wakakkakkaa:D
jgn bazirkan masa, effort n ur money..
kayuh pelan-pelan..:P

regards,
su amni