Sunday, November 09, 2008

Exhausted dengan exam

Assalamualaikum to all my blog readers. Haha, dah beberapa hari tak sapu sawang blog aku ni. Hurm, sibuk agaknya. Aku memang sibuk sangat pun. Sibuk badan atau dalam bahasa omputihnye busy body. Kenapa? Lu fikir la sendiri.

Aku masih mencari sentuhan hampeh dalam blog aku ni. Tapi tatau la. Kenapa aku kehilangan sentuhan. Sentuhan kecundang kot. Wakakaka. Anyway minta maaf la yer. Posting sebelum ni ntah ape ape ntah. Ape ntah nak jadi pada aku ni. Posting ngaruts. Mencarut tak apa (wah gitu, mencarut katanya - Ikut style azmi cakap yer).

Lupa nak bagitau, tadi sempat la berborak dengan abg six pack kita aka Azmi, komplen kenapa blog dia bersawang. Haiya, ghupanya dia mencari ketenangan. Alhamdulillah, nak masuk bulan Zulhijjah ni, sesuai la sangat kan.

Ni nak cerita la sikit, ape jadi kat aku sejak dua tiga minggu ni. Sebenarnye aku bukan ape. Aku sibuk dengan Exam. Ya Allah, seksa betul exam. Dengan project lagi. Ni takde ape la sangat nak berceritanya. Ni nak cerita, exam memang menyusahkan, s**k and f**k. Semua sekali la. Memang nak mencarut je kejenya.

Dalam exam hall la kan. Cari mana satu aku

Semester ni aku amek 4 paper. Nak dijadikan cerita 4 paper ni tersangat la susah (tough la kononnye). Yer la, ingat senang. Rupanya susah nak mampos. Aku rasa dah abes exam ni pun aku tatau ape yang aku blaja. Boleh gitu? Bukan susah sebenarnye. Tak susah sangat. Tapi aku takde masa nak mengkaji lebih mendalam (Ikut style acap suda). Last-last project gua kantoi. Bersedialah untuk kene bambu dengan supervisor start minggu depan. Memang hancoss aku. Takut muntah hijau je nanti.

Sebenarnya blaja ni best. Ni 1st exam aku. Open book tu. Dibenarkan membawa sebuah buku yang ori saja. Tapi dengan selambe kodok aku bawak buku yang di photostate (murah ma, ori mahal) notes, handouts dan segala bagai (yang kat international dengan cyberjaya or malacca campus jangan jeles). Ni satu tips dari aku kalau open book exam. Baca soalan, dapatkan keywords and then refer pada index kat pages belakang. Konpem jawapannye ada di page yang diberitahu. Keh keh keh. Nak dijadikan cite. Exam ni aku punye la seronok. Siap boleh bagitau member pages jawapan untuk setiap soalan. Siap bleh share notes dengan dia. Selambe kodok la memang. Dalam 1 jam 80% of the final exam question aku dah cover. Pergh. hebat tu (tatau la betul ke tak, cover maksudnye aku dah jawab la, selalunya gua kantoi je). Then jenuh mencari 20% lagi jawapan. 45 minit aku duk belek-belek buku. Sebab keyword dia ade dalam buku katanya. Last-last aku tibai jer jawapan yang ade logik la. So takde la aku nak panic at the disco sebab hilang markah 20% macam tu je. Habes exam aku submit then tanye member aku Reza ape jawapan untuk soalan tu. Dengan hampanya dia memberitahu aku. Jawapan tu sebenarnye ade kat satu handouts yang aku tak pernah terpikir pun untuk membeleknye. Cipan. Bile aku tengok notes tu. Sebijik, nyesal pun tidak berguna, jawapan sudah dihantar dan bersedialah untuk terima apa jua keputusan. Tak terpikir plak masa Aku duk selak buku. Tak selak langsung pun notes (sebenarnye aku tak study pun untuk part tu).

Then 2nd paper, aku ikut la tips yang dia bagi dalam kelas (tips katanya). Gigih tu aku study ikut yang dia bagi la kan. Semangat membara nak dapat dekan katanya. Haha. Aku masuk exam lambat 2 minit. Bukan ape. Malas nak masuk awal. Then masuk lambat kene tegur dengan my lecturer kenapa masuk lambat. Aku cakap la, jalan jam. Propa sangat kan. Keh keh keh. Pastu aku mulakan dengan Bismillah. Pastu buka kertas soalan ni. Penuh harapan tips yang diberikan keluar. Punya semangat dengan senyuman lebar. Bile aku buka je. Soalan pertama dah juling biji mata. Sampai soalan 6 aku tengok rasa macam nak terberak la plak. Haiya, camne nak buat ni. Nasib baik kene jawab 4 je. Tak jadi nak terberak. Rasa nak terkentut sajo. Tapi aku memang tak boleh buat langsung. Aku intai kawan sebelah. Answer booklet dia tatau tulis ape. Tak nampak. Then berserah je. Jawab jer la ape ape. Aku suka hati membuat skema jawapan sendiri. So abes exam aku menangis sepuas-puasnya. Wakaka, malu je la kan. Mat rempit nangis tepi jalan. Uweekkk

Tensen nak jawab 2nd paper, sakit perut nak terberak tengok soalan

Pastu aku lupakan kesedihan paper ke 2 sebab nak concerntrate paper ke 3. Punya gigih aku study. Serius shit, aku terpaksa bangkit. Kalau idak macam mana nak dapat dekan. 1st paper 20% hilang macam tu je. 2nd paper dah muntah darah la kan (silap haribulan kene repeat). 3rd paper la aku nak menaruh harapan pun. Kali ni open book, open notes, open baju, semua boleh open la kiranya. Suka aku, kan best kalau semua paper masa aku study degree dulu macam ni. Konpem aku ni dekan every sem. Bile aku tengok soalan tu. Aku memang yakin bleh buat. Memang sangat yakin yang aku betul. Tapi bile masa tamat, aku tak habes lagi tulis jawapan. Aiyak, then my lecturer tambah lagi 5 minit. Aku teruskan mengira. 1 minit sebelum 5 minit itu tamat aku hantar saja. Then Reza tanye, dah siap ke. Aku cakap, aku surrender (siap angkat tangan tanda aku dah tak larat nak buat). Aku tau orang lain tak siap. Masa tu aku tak siap 2 soalan dengan kadar markah about 10% macam tu la. Haiya, tensen, bile boleh jawab tak cukup masa la plak. Bile ngadu kat supervisor, dia gelak je. Haiya, serius wo. Memang tak sempat nak buat. Tak cukup masa. Aiyak, terima lah saja. Tak ape, 3 doors down la. 1 more to go.

Ni skema jawapan untuk 3rd exam paper yang aku buat. Padahal tak siap pun aku jawab hari tu. Hampess

Then last paper plak aku semangat berkobar. Kali ni the one and the only hope untuk aku kejar dekan la kan (macam caca punye status ym la). Aku sangat bersemangat. Kali ni open book. Boleh bawak 2 buku. Ikutkan hati aku nak bawa semua buku yang ada kat rumah. Tapi takkan la kan. Takde kaitan pun buku2 yang lain. Then aku bawa 1 je. Then bleh bawak 2 keping kertas dengan suka hati la korang nak tulis ape kan. Aku dengan selambe kodok membawa 12 keping kertas. Buzz plak bawak 8 keping. Dia takut2 gak nak bawa. Tapi aku pedulik hape. Bile tengok soalan, hahaha, nyesal bawak banyak2. Yang aku guna setakat bape helai je. Hahaha, tuh la. Orang tamak selalu rugi. Dah la menyalahi undang-undang peperiksaan. Kalau kantoi time tu naya aku. Konepm kene pegi palace of justice. Wakaka, sila dakwa saya ye. Saya terima nikahnya (tak tahan nak kahwin dah sebenarnye ni). Ape aku melalut ni weh. Then aku pilih baik-baik soalan mana yang aku confident la konon2 bleh jawab. Habes exam si Buzz tanye, Wah, u boleh jawab ye. Aku pun cakap la, aku tibai je. Hahaha. Then dia balas ape ntah aku pun dah lupa.

Encik, jawab exam mana bleh dengar Ipod. I hantar u kat palace of justice la yer. Ada mahu?

So aku boleh bagi conclusion 1st paper 80% success. 2nd paper 100% terberak. 3rd paper 100% konpem tak cukup masa. 4th paper, paper untuk bersukaria. Lepas ni aku dah takde exam kecuali Viva exam je. Itu jer la satu tu. Lain takde dah. Happy sangat2 ni. Semua course paper dah complete. Cume project paper je terkial2 baru nak mula.

Itu la perihal exam aku. Memang seronok la exam. Tapi tu la. Tak larat nak study. Itu satu jer bende aku paling tak larat. Haha, aku jadi semakin malas bile semua housemate aku plak dah keje. So memang malas tak hengat. Ditambah pula dengan open book exam. Haiya. So next week bercadang nak tengok semua markah dari lecturer. Hurm. Insyaallah, bleh bodek2 minta ejas. Kalau tak dapat A bagi la A kan. Kalau fail minta la A jugak.

Sekadar gambar hiasan: Exhausted

Sampai sini dulu. Nak layan lagu abg faizal tahir. Hari ni gi karaoke sampai 2 kali. Memang mantap la kan. Alhamdulillah. Mantap sangat2. So syukur sangat2. Exam dah habes. Then hari ni sangat enjoy. Karaoke dengan Buzz and Caca kat Mines. Then pegi Alamanda karok juga dengan Bahar. Thanks a lot my bestfriend.



Nota kaki: Sayang, I tak tujukan sape-sape posting sedih-sedih tu. I saja je la.

4 comments:

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

haiyo!panjangnye entry die...
bkn takat u je stress..i pun stress cam nk muntah..hukhuhuhuhu..

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

gud luck! ;)

Anonymous said...

weh ko study ape sebnarnye weh?

Faizalism said...

viva exam? mcm viva thesis ke