Tuesday, November 11, 2008

Durhaka Yang Bijak

Sessi persekolahan dengan murid tadika

Guru tadika: Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid: Nampak cikgu.
Guru tadika: Pen ada kan ?
Murid-murid: Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika: Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid: tak nampak cikgu.
Guru tadika: pen ada tak?
Murid-murid: tak ada cikgu.
Guru tadika: Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid: tak nampak cikgu.
Guru tadika: Tuhan ada tak?
Murid-murid: tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin: Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika: Boleh,mari ke depan.
Amin: Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid: nampak.
Amin: cikgu ada kan ?
Murid-murid: ada.
Amin: Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid: tak nampak.
Amin: cikgu ada otak tak?
Murid-murid: TAK ADA...!!!!!

No comments: