Aku nak diet. Sebab berat aku naik. Dulu masa belajar berat aku 60kg je. Tuh masa undergraduate. Then keje kat Melaka agak menekankan perasaan. Pastu makan tak menentu. Kadang2 hampes tak makan langsung. Seharian tak makan. At last kurus kering camtu gak. (Mat rempit katanya, kenela kurus sentiasa. Tak sesuai berbadan besar jadi mat rempit karang).
Masa blaja, ade la member2 panggil aku tulang, rangka, jerangkung. Tapi aku tak ambil port sangat. Nak buat macam mana. Masa tinggi aku dah stabil, lebih kurang 5ft 8inch macam tu. Berat aku mula2 57kg. Ni time form 5. Teringat dowh zaman jambu batu aku. Then masuk undergrad, berat aku 60kg. Tak effect pun time cuti2 spm tu. Hahaha, hebat. Orang lain duk terbarai badan. Aku masih boleh kekal macam tu gak. Setakat naik 3kg je.
Then ade sekali tu cuti sem. Berat aku naik 6kg. Muka aku jadi bulat gile. Sembap. Cipet betul. Berat badan aku naik mendadak. Memang nampak chubby sedikit walaupun berat setakat 66kg. Seluar aku mula ketat dah. Sudah, tapi balik kampus. Aku tak perlu nak diet. Sebab berat aku pun mula susut.
Tapi masa kat kampus. Semua orang cakap aku kurus kering. Tapi berat 60kg tu. Bukan sikit, berat juga badan aku ni. Orang kata berat dosa kot. Keh keh keh.
Then keje tensen. Berat maintain 60kg. Tensen dowh. Sampai makan pun tak sempat. Camne aku nak naikkan berat badan aku. Kadang-kadang seharian tak makan ape. Keje menimbun kat opis banyak sangat.
Pastu aku dapat keje kat KL. Duduk dengan family aku. Pergh, makan sedap. Tido sedap. Hati senang. Berat badan aku naik. Aku rasa cecah kot 75kg. Aku jadi tembam gile. Seluar dari size 30 pun dah naik 33. Baju pun dah fit. Haiya. Camne ni weh.
Perubahan size badan tu pada pandangan aku ok sebenarnye. Aku tak kisah pun naik berat badan tu. Ataupun nak tuka semua baju dalam drawer pun aku tak kisah. Aku suka berbadan size besar. Sebab bile nyanyi napas tu agak panjang sikit. So suara pun susah nak pecah. Sebab pemecahan lemak tiada. Keh keh keh. Pastu, nampak agak tuff la badan ni. konon2nye la kan. Ape taknye 75kg dengan tinggi 5ft 10inch. BMI lebih kurang 24.77. Kire ok la kan. Ade yang kata aku nampak lebih sasa. (kononnye sasa la kan). Kawan-kawan aku pun ade yang memuji perkembangan badan aku ni.
Tapi yang aku tak berapa gemar ialah, aku cepat mengah. Lambat bile berjalan. Dulu gi opis amek masa 10 minit. Masa berat 75kg tu amek masa 20minit. Naya tu. So aku amek keputusan untuk menurunkan berat badan.
Tapi aku rasa posting ni dah panjang. Kalah karangan budak SPM. Jadi esok malam aku nak share macam mana aku diet. Untuk pengetahuan korang. Berat badan aku tinggal 62kg Sekarang. Aku amat selesa dengan berat sekarang. Cume bile nyanyi aku pancit la.
3 comments:
diet~
hah~ tau pun~ kalau budak SPM pun lom tentu nk tulis pnjg2 camnih
masuk la ptandingan esei
neway, thanks link adah ek?
berat tak kesah bro, yg penting bape inchi dan diameter ;)
yg lagi satu
ashraf.. apa tu, x paham....
kalau dah rasa jln skit penat, kena lah exercise skit.. ni tak... mana nak ada kehidupan yg sihat.l... kalau kurus pun x guna juga kalau x exercise kan.... haha
Post a Comment