Monday, June 30, 2008

My Bee Accident - Ya Allah...

29th June 2008

GEDEGANG, “eh aku eksiden ke?” Itu lah first thought aku. Bengang gile. Tengah-tengah nak bayar toll kat lorong tunai (touch and go aku dah habes kredit) ade plak mamat cina ni hantam My Bee aku. Tapi aku cool je. Muka dah bengkek bangat. Terus kuar kete. Tengok kete aku, teruk siol, huh. Then cina tu cakap. Kite jumpa kat depan.

Aku pun terus la masuk balik bayar toll then terus park kat tepi jalan. Habes park aku terus keluar kan henpon tepon Faiz, tanye apa yang aku kene buat. Then dia, cakap aku kene amek nama, no. telefon dengan no I/C dia. Letak phone terus suh erna amek gambar. Thanks erna with your help. Mimi plak tepon lepas tu tanye ok tak. Aku cakap ok je.

My Bee

Aku pun belek-belek my Bee aku. Teruk tu My Bee. Kete mamat tu takde ape pun. Aku cume bengkek bangat time tu. Hurm. Then All yang joint aku sms cakap kami eksiden.

Then mamat tu bagi name card and dia suh follow pegi Toyota. Aku pun follow je la. Kat kajang prima. Jauh tu. On the way Kak Mah plak tepon. Tanye ok ke tak. Aku cakap ok je. Mimi sms “Baba suh mintak cina tu 1500”. Aku diam je la. Sebab tengah drive dengan bengkek bangat.

Sampai kat Toyota tu. Tempat servis dia tak buka lagi. So aku malas nak cakap banyak. Cina tu cakap, “U hantar dulu, nanti I bayar U punye kete”, dia Hulur 250 kat aku. Dia tanak buat report. Dia nak settle luar. Adeh, mana la nak cukup macam ni. Aku malas nk cakap banyak terus shoot gi umah emy. Hantar dia balik. Yer la, kami semua dah penat bangat time tu. Kalau aku masa tu ok. Hurm dah satu penumbuk aku bagi. Then sampai Umah emy, buka la bonet. Nak bagi emy barang. Bonet plak takleh nak tutup. Adeh lagi la gua bengkek.

Terpaksa ikat dengan plastic sampah. Dah itu jer yang ada. Then anta they all yang dalam kete. Terus balik umah. My Bee terpaksa parking dalam. Takleh nak lock. Hurm.

Malam faiz datang rumah. Then dia belek kete. Dia estimate RM2000 untuk part sahaja. Aku terus direct call mamat tu. Aku cakap kat dia aku nak buat report. Reason aku, sebab 2000 for sure dia tak nak bayar, nanti dia ingat aku tiyau dia. Then lagi satu reason aku, aku tanak anything happen in the future, aku takleh nak buat ape-ape sebab report polis takde. Cina tu kata dia akan buat sama-sama dengan aku. That’s better. Then dia cakap claim insurans dia je. Lagi senang. Tak akan effect NCV aku.

30th June 2008

Esoknye aku pun buat la report polis bertemankan Mimi. Tunggu cina ni kat Kajang Prima. About pukul 10.00pg macam tu la lebih kurang. Sampai terus aku telefon dia. Cakap aku dah sampai di tempat yang dijanjikan. Tak lama lepas tu dia pun sampai. Cina ni baik. Nasib baik la aku dalam keadaan mood yang sangat baik. Hehehe. So terus jadi baik.

Sampai balai polis and park kete, aku terus masuk dengan Cina ni (Tan namanya. Nama sebenar gua tak ingat). Mimi tunggu kat kete. Tak pepasal karang kete hilang. Tengah jalan nak buat report, aku tanya Tan ni dia semalam kenapa? Dia cakap, dia penat sangat. Kelmarin dia keje sampai pukul 7.00ptg then terus rush balik Melaka sebab nak attend wedding ceremony saudara dia. Then masa hari eksiden tu dia kene balik KL cepat. Masa sampai toll tu dia just release minyak then ingat jauh lagi. Rupanya dah langgar My Bee. Dia dah take coffee break pun takleh nak handle lagi.

Then after report sume. Soal siasat, dia pun di saman la. Sian dia. Tak ape la. Bisnesman macam you kan banyak duit kan Mr. Tan, betul tak? Nasib baik la you langgar I time I ok. Kalau masa tu I period, mesti u teruk kene maki dengan I.

Duit yang dia bagi tu, aku pulang balik. Sebab dia mintak balik. Sian plak kat dia nak bayar saman tu semua. Biarlah dia.

About pukul 11.30pg baru settle, lepas tu amek gambar kereta semua la. Aku pun terus balik. Takleh nak hantar ape-ape sebab document tak ada. Pegi la jumpa Faiz (Mimi dengan Faiz ni memang takleh pisah betul). Makan kat McD Sunway.

Then anta Faiz balik ke opis semula then aku dengan Mimi terus balik rumah. Petang tu aku tatau nak buat ape. Nak kuar pun kete tengah macam tu. Huh.

1st July 2008

The next day aku register kat kampus then amek police report. Then terus anta kete kat Toyota PJ, pastu advisor tu cakap few documents tak complete lagi. Hurm. Kene pegi lagi kat balai polis tu. Haiya. Tak apa la. As long tak effect NCV aku.

Korang tau tak. Eksiden ni buat semua kerja aku tertangguh:
  1. Aku kene postponed my registration for master because of kelalaian orang which membuatkan aku bengang sangat-sangat.
  2. Aku plan nak balik kampung sebab nak berehat-rehat before sambung belajar. Which aku tak dapat buat sebab aku malas nak balik kampung naik bas. Ni lagi satu aku bengang gak.
  3. Aku terpaksa melayan karenah public transport kat Malaysia ni which banyak membuang masa aku dari membantu aku.
  4. Buang duit and masa aku sebab terpaksa ulang-alik ke kajang semata-mata nak buat report and ambil salinan report. 3 kali aku kene kene pegi kajang.
  5. Aku terpaksa minta surat dari Insurans company for claiming purpose. Bengang gila aku
  6. Aku kene cari macam-macam document. Which aku tak perlu buat atas kesalahan orang.
  7. Kalau aku tak eksiden, aku tak pelu buat semua ni. Tapi aku percaya Qada’ dan Qadar. Itu saja yang membuatkan aku tidak berapa bengang.

For all driver out there, please la. Kalau dah tau penat sangat-sangat, jangan la rush ok. Just berhati-hati. Kalau boleh jangan setakat coffee break. Try to sleep for at least 30 minutes or take a bath at RnR. Cause you might kill somebody.

Nasib baik la gua ade insurans. Kalau cedera bleh claim insurans. Insurance cannot bring back life, or bagi balik body part yang dah putus. But at least insurance can help some people to continue living. Betul tak? So kalau sape-sape yang berminat nak buat saving yang dapat protection, u can contact me by giving your email ok.

Sunday, June 29, 2008

To PD With Love Part 2

Hari ni about pukul 6.00pg gua dah bangun. Ye la. Sebagai program director kene la bangun awal and gua terus shoot masuk bilik air and buat ape yang patut. Hehe. As program director kene la jalankan tugas dengan baik. Baru la depa mau bekerjasama dengan gua.

About 6.30 gua settle semua, terus start kete and kuar dari villa. Mencari menu pagi. Nasi lemak. Then jumpa la satu kedai makcik ni. Tapi kene off record. Hanya erna yang tahu. Tettttt. Then terus gi kedai next. Nampak menarik nasi lemak dia and menyelerakan. Aku terus order 21 bungkus. Nyum nyum. Sedap plak. Rasa mau makan dulu sementara tunggu dia bungkus. Huhu.

Selesai semua aku bayar harga yang telah di beri pada aku. RM31.50. Takde la mahal mana. Aku sangat puas hati dengan nasi lemak tu la. Lain kali PD trip aku akan order makanan kat situ la. Konpem punye aku akan order kat sana. Hehehe

Then terus shoot balik villa. Dengan My Bee gua. Hehehe. Sayang bangat sama kamoo. Keh keh keh. Sampai rumah about 7.30pg, gua terus jerang air. Nak buat air teh o. Nyum nyum. Sedap tu. Dah la mood vacation. Makan pulak sedap-sedap. Hehehehe.

Masa tu yang lain dah ade yang pegi pantai. Cik Nyah, Ayda, Nana, Am, Anas, Salmi and Adi nak naik banana boat. Hahahaha. Diorang kluar before breakfast. Then tak lama lepas tuh. Erna, Mai. Emy, Aishah, Fairus, Neng, Azhar, Hazman and laili plak punye turn kuar. Diorang ni tak hengat. Bawak nasi 9 bungkus, ayam berketul-ketul dengan air satu botol besar (tengok size badan ar kecuali azhar yang macam tak cukup zat).

Aku plak tengah tunggu Mr. Apa Brad (Nama melayunya Azhari) Yang datang all the way from soggomban. Sambil menunggu tu, tak lama Ikha baby dengan Ikha Kecik baru siap and diorang plan nak gi pantai. Ikha besar sarapan. Ya Allah, Yang Hazimin dengan GB tak bangun lagi. Memang sedap kot tido. Aku kalau trip memang jarang tido lama-lama.
Me and Mr. Apa Brad

Bila Encik Apa (nama melayunya Azhari) tiba. Aku terus ajak dia pegi pantai. Jalan-jalan cari pompuan. Wah, ghetu. Cari pompuan katanya. Kepala dah tumbuh tanduk. Aku jalan seround kat pantai. Then pegi tempat erna lepak. Nampak plak GB. Aku tanye mana Gmon. Depa tunjuk kat Tengah laut suda. Haiya. Cepat betul. Aku ajak Mr. Apa mandi. Tapi dia tarak mau. Aku terus berlari-lari ke pantai. Sambil swimming ala-ala ikan duyung jantan. Keh keh keh. Aku memang terror berenang. Tapi aku tak puas hati. Awat air dia masin.
Duyung-duyung...

Dah puas berenang about 15minit macam tu. Aku pun naik ke darat. Korek pasir ala-ala penyu bertelur. Keh keh keh. Walaupun aku tak bleh bertelur, tapi gua ade telur ok. Puas korek2 pasir ala-ala penyu tu, gua masuk balik laut. Seround lagi berenang-renang ala-ala ikan duyong parsi. Sampai la aku puas, then naik. Takleh lama-lama. Nanti aku burn plak. Dah la hitam. Huhuh

Sampai di Villa, Ikha baby tengah siap-siap nak balik KL. Dia kene outstation ke kelantan. Sian dia, tak dapat join sampai checkout. Anyway thanks ikha. Jumpa next trip. Lepas tuh aku mandi la kat tepi villa. Membersihkan sisik duyung yang banyak kene pasir ni. huhuhu. Masa tuh all yang dah balik dari pantai awal. Tengah bersiap-siap. Ada yang tengah tunggu turn bilik air. Hahaha. Yer la, bilik air cume 3, orangnye sudah 21 orang.

Aku decide mandi kat tingkat bawah Villa. Ok je mandi kat bawah. Then naik atas pakai baju. Siap semua about 11.00am. Perut lapar ma, aku tak sarapan lagi. Hehehe. Lapor po. Cocktail malam tadi pun ade lagi. Gua melantak puas-puas itu cocktail. Then gua terus malantak nasi lemak. Heavy lunch break betul. Mr. Apa aku cume hulur air teh O yang gua buat pagi tadi.

Selesai semua tu, gua terus mengemas. Tutup ape yang patut. Kunci apa yang patut. Huhu. Semua tu gua kene buat ma. Yer la. Program director la katanya. Selesai kemas, gua terasa penat. They all sume amek gambar kat luar Villa. Huhuhu. These are some picture taken during the trip before we all balik la.
Me, Ikha kecik, Ayda, Cik Nyah, Nana

Belakang: GB, Hazman, Hazimin, Anas, Azhar, Me and Fairus Tengah: Adi, Am, Ikha Kecik, Emy, Mai, Lely, Neng, Aishah and Erna Depan: Salmi, Cik Nyah, Nana, Aida

Ni pehal plak

Ni ntah kenapa ntah aku bleh pose macam tu

Mula-mula yang gerak meninggalkan villa is, for sure la Ikha baby bersama Cik Vios 1982 (Motif sangat amek plate number sama dengan tahun lahir). Sebab dia nak kene pegi kelantan. Then Ayda dengan Mr. Picanto nye. Yang join dia, Cik Nyah, Ikha Zul dengan Norahana. After that pasangan suami isteri Adi dengan Am dengan Generasi ke2. Lepas tuh Anas, Salmi, Hazimin dengan GB with Mr. Iswara. Tak lama lepas tu Fairus, Aishah and Lely dengan Hot FM Viva Zoomer. Then Neng dengan Zehar with Kancil peliharaan. Last but not least, aku dengan My Bee kesayangan. Yang join aku Erna, Emy, Mai dengan Hazman. Masa ni Ms. Erna yang bawa. Selalu bawa my baby u, (Cik Atos) Kali ni tuka taste kejap. Bawa My Bee plak.

Sebelum masuk kereta, I kunci gate and salam dengan Encik Apa. Say thanx and sorry sebab tak dapat nak entertain dia well. So aku terus shoot masuk kete. Then singgah ke Motel beach point utk pulang kunci. We all puas hati la. Yer la sewa RM450 je. Memang la puas hati.

Dalam kete tuh semua orang kata lapar. I ajak they all pergi RnR soghomban. Yang dapat join, My Bee, Mr. Iswara, The Pet Kancil and Generasi ke2 sahaja. Yang lain ade hal masing-masing. Aku cume makan sandwich dengan beli air je (Depa kata I on diet). Kenyang lagi makan nasi lemak pagi tu.

Then Solat Zuhur. Siap-siap gua pun balik KL dengan all the people yang join I tu. Masa on the way tu nak ikut exit kajang. Tiba-tiba ‘gedegang’. I pun terus bayar toll. Cerita selanjutnya dalam next entry. Terus shoot pegi rumah Emy kat Pocong Hill Park, Then anta Erna kat Jalil Hill. Then tak larat, anta mai dulu kat lodjing Height (Ni rumah dekat dengan loji penapisan ke hape ni). Then terus anta man kat AU4. Aku balik rumah. Terus park kereta kat dalam. Takut ape-ape berlaku la kan. Unload barang. Then, letak baju kotor kat tepi mesin basuh (suh Risma cuci). Aku kan pemalas. Best sangat. Aku pun terlelap kejap. Hehehe. Yer la. Program director memang bz kan. Tak cukup tido. Sampai rumah pun dekat pukul 5.30 petang tu. Memang exhausted gile.

Thanks to all ok. I like this trip. Rasanya antara the best event yang success kot yang I pernah anjurkan. Next trip bulan ni ok… kalau nak tau, roger I ok
Saja je letak gambar ni... Kembang la tu

Saturday, June 28, 2008

To PD With Love Part 1

Weahooo... Hari ni gath dekat PD dengan MMUians. Hahaha. Setelah berhari-hari plan, akhirnya terlaksana gak impian kami nak buat gathering with all our frens kat MMU dulu. Plus macam celebration aku habes blaja, Adi baru kawen and we all yang dah lama tak jumpa la obviously. Aku sebagai event director sangat la sibuknya. Adeh, penat siol. Tapi aku puas la, sebab buat bende baik kan. Bukan aku nak buat pesta buih pun kat PD tu.

List mereka-mereka yang join :-
  1. Zafril
  2. Adi Yuseri
  3. Hazimin
  4. Aizuddin
  5. Anas Akmal
  6. Fairus
  7. Azhar
  8. Hazman
  9. Nurul Erna
  10. Emy Suraya
  11. Maisarah
  12. Siti Nusyahadah
  13. Laili
  14. Aishah
  15. Norahana
  16. Ayda Fadhlullah
  17. Zulaikha Hamzan
  18. Zulaikha Zulkifli
  19. Dalila @ Cn
  20. Salmiwati
  21. Amzatuliana
  22. Baizura
  23. Saiful Azlan
For about pukul 7.00am aku bangun. Then terus solat subuh gajah. Hahaha. Then mandi semua and prepare barang sume la. Ade yang dah masukkan dalam kete. Then about pukul 8.10am aku keluar rumah. Terus tepon Mai dengan Hazman yang aku nak gerak dah. Diorang kata ok je. Then aku pegi petronas isi angin tayar. Minyak dah isi penuh dah hari tu.

Then sampai rumah man 8.30am, then punggah barang masuk semua. Then 5 minit lepas tu sampai rumah mai. Kesian mai sebab asyik jadi mangsa aku yang sentiasa on time ni. Hahaha. Sorry la Mai, aku tak suke janji melayu.

Then terus shoot amek erna kat umah dia kat bukit jalil. Then terus gi umah emy. Sebab kami memang rancang nak masak-masak kat sana. Huhuhu. Sampai rumah emy keluarkan terus ape yang patut. Huhu. Sampai umah emy kite makan dulu. Hahaha. Sedap bangat karipap. Pastu ade roti cecah dengan kari ayam. Nyum nyum. I like.

Lepas tu terus la aku keluar mencari bende2 yang tak ada. Yang cari tak jumpa masa kat carefour malam tadi. Then terus shoot pegi Tesco Puchong. Then ada yang tak ada kat Tesco, singgah Giant. Keluar Giant beli jaring utk barbeque. Kat sana takut dah berkarat. Huhuhu. So kami sediakanlah yang baru. Masa on the way nak balik Mai call cakap tembikai masam sudah. Terus balik ke Giant beli tembikai.

Settle semua balik rumah Emy. Aiyak, aku pun ape lagi, terus masak ape yang patut. Aiyak gua sudah lambat. Time tu dah pukul 11.00pg. Kalut-kalut masak bihun. Hahaha. Aku ok jer. Then marinate ayam. Azhar suh korek tembikai. Aku, Mai dengan Neng dok potong kobis dengan lobak. Nak buat coselaw. Pehtu Erna goreng bihun. Emy pulak sibuk dengan marinate ayam dengan kambing. Huhu

About pukul 1.00 petang kami pack pack barang. Aku, Mai, Man dengan Azhar gerak dulu. takut ade yang dah tunggu kat Nilai. Tempat menunggu. Then 1.45 adi dah call, dia bgitau dia dah sampai RnR Nilai. Aku terus pecut. Kete aku mendak siol. Barng banyak, Orang pun banyak. Haha.

Sampai RnR Nilai. Terus jumpa orang yang sampai awal. Lepas tu Erna call suruh tunggu. Neng dah tak larat nak drive. Dia penat sangat sampai dari penang. So tunggu la Neng. Hahaha. Sian awek aku sorang tu.

Then terus shoot ke PD. About pukul 2.45ptg bertolak terus. Kami konvoi 3 kete la, My Bee, Generasi ke2 dan the kancil pet. Terus meluncur di PLUS sampait exit Seremban PD. Then terus meluncur lagi di lebuhraya PD seremban. Sampai dekat teluk kemang kami pun sesat. Haiya, salah plak. Hahahahaha

Terus call management tempat tu kat mana. Management tu tanye you jadi datang ke tak. Adeh, kami terlambat sikit daa. Ambil kunci pun dah dekat pukul 4.00ptg. Ni sesat punye pasal la ni. Rupanya jalan masuk tu kecik je. Jalan kampung. Hehehe. Ok lah. Ambil kunci semua, then takde ape lagi dah. Aku pun terus ke Villa yang dimaksudkan. Nak cari Villa ni punye la susah. Haiya. Sesat lagi.

Then call balik. Nasib baik jumpa banglo tu. Nampak macam horror. Tapi semua ok la. Complete and menarik gak di dalam. Maybe sebab cat dia dah agak kusam kot. Masa sampai neng pun cakap, “Mule-mule ingat banglo lain, Neng cakap kat Azhar, nasib baik la bukan banglo ni yang kite dapat”. Rupanya telahan neng silap. Kita akan tinggakl di situ.

Sampai je kat sana, terus call Mr. Picanto, Viva Zoomer. Cakap we all dah sampai and we all bagi direction. Sampai je terus la minum petang. Menu minum petang puding mai yang sedap bangat, karipap emy, puding erna yang sedap gak plus air teh o.

Sesi pembahagian bilik, Adi dengan Am satu bilik. Memula aku ingat nak sebilik dengan bestfren aku ni. tapi tak bleh la, depa dah kawen. Emy, Mai, Erna, Neng, Aishah and lely sebilik. Ikha baby, Ikha Kecik, Cik Nyah, Nana, Ayda, and Salmi sebilik. (Cik Nyah ni perempuan tulen tau. Bukan transvetter). Azhar dengan Hazman sebilik. Aku, GB, Hazimin dengan anas sebilik.
Semua dah sedia sampai tak tahu ape nak buat kat Villa. Depa pun pergi pantai. Aku plak tunggu la semua sampai. About 6.30ptg aku hidupkan bara api. Masa ni dengan Ikha Hamzan and GB. Huhu, gigih siol. Aku menghidupkan bara api. Neng, Azhar dengan Hazman pegi beli Ice and ape ape yang patut la.

Petang tu Bai dengan Tunang dia sampai. Huhu. Makin ramai. Tapi bai dengan tunang dia tak lama. Huhu, kejap je. Dia tak tido di Villa.

Malam tuh semua bagi kerjasama yang bagus, aku sibuk kat dapur dengan coleslaw, salmi dengan anas sibuk goreng keropok and kentang goreng, ade jugak emy membantu. Sambil tu salmi dengan anas potong buah. Kat luar, erna, emy mai dengan neng feat aishah dengan lely sibuk buat cocktail. BBQ di handle oleh Hazman, Fairus, GB, Ikha, Azhar, Adi. So lengkapla kan. Semua bagi kerjasama. Kalau aku buat semua. Bisa pengsan dong.

About 9.00mlm semua dah lapar and dah mula makan. Tu pun ade yang curi-curi makan. Kalau la I tahu, I panggil tukang kipas. Bleh tolong kipaskan BBQ kite kan kan.

Then malam tu aktiviti makan makan and makan. Menu, Kambing, ayam, coleslaw, Kentang goreng, Mee hoon, Roti John, keropok sayur, Buah honey dew dengan Sun Melon. Air cocktail version emy suraya. (Senang je buatnye).

Selain makan, aktiviti malam tu, kite berkenalan semula. Yer la dah lama tak jumpa kan. So sesi ice breaking. As promise, off record. So ok la kan. Takyah tulis.
Malam tu sedap plak mengunyahnye. Huhu. Then pukul 12.00malam aku baru mandi. Lepas mandi semua aku turun semula. Tutup ape yang patut semua la. Everything is ok. Under control. Ikha Baby ade tanye gak. Boleh ke laki pompuan duduk 1 banglo? Hurm aku cakap kat Ikha, kite tak buat ape pun. Lagipun kite duduk bilik asing-asing. Bukan sekali except for Adi dengan Am.

About pukul 1 semua tido dah. Aku pun masuk tido lepas memastikan semua daolam keadaan terkawal.



Friday, June 27, 2008

Toilet oh Toilet

Adeh, kepala tengah serabut. Tapi nak enjoy gak la. So post la gambar merepek-repek. Huhu. kepala gua takleh nak pikir da. Letih.

Teringat plak teater Toilet oh Toilet. Cerita yang menarik. Hehehehhe. Syiok layan cite tu. Walaupun gua bosan dalam dewan time tu. Tapi gua layan je. Beri semangat pada my best fren yang berlakon time tu.

Tibe-tibe gua rasa rindu nak belakon semula. Haiya, berlakon syiok woo. Nak try la sekali. Dah lama tak berlakon ni.





























Jangan Lupe Beli Kote

Hari ni tengah syok-syok keje tibe-tibe terima email dari Azmazi bertajuk, "Jangan Lupa Beli Kote". Budus gile head title dia. Aku tau ni mesti saja je gempak. Tapi rupanya betul la. Kote dowh. Tak caya tengok bawah ni.

Kote Hebat


Kote Mulut


Kote Keras

Kote Besi

Kopr Kote? Kote ape ni?

Kwick Kote? Kote cepat ke?

Tuff Kote? Krack Kote? Kote Mantap dengan Kote Patah? Ade ke?


Deck kote? Deck ape ye? Aku tengok thesaures dia kata 'hit', agaknye Kote pukul

Kote yang ade aloevera kot...

Thursday, June 26, 2008

Cinta Oh Cinta

Hari ni buka website sgs (School of Graduate Studies). Then tiba-tiba adalah satu link for scholarship. Hahaha. Gua mahu apply. Tapi yang peliknye kan, dalam tu siap mention khas untuk Multimedia University and University dalam Malaysia. Siap mention my previous University tu. Nyesal plak tak apply back to MMU. Bleh jumpa kawan-kawan lama. Tak ape la. Gua just apply je. Dapat tak dapat, biar Qada’ dan Qadar yang menentukan. Kalau memang jodoh gua, tak kemana. Chewah. Ayat tak menahan.

Dah lama tak bercerita kan. Huhu. Lagipun tak ada bende menarik untuk diceritakan dan untuk dikongsi. Hahaha. Mungkin mood untuk menulis semakin berkurangan. Disebabkan ketidaksabaran mahu menyambung pengajian. Ditambah dengan sangat desperate mencari scholarship. Huhu. Malam ni nak settlekan semua pasal scholarship Mara, Kuok Foundation dengan Tun Hussien Onn Scholarship. Masa spm dulu ada dapat scholarship untuk Tun Hussein Onn. Hahaha. Best gak. Weahooo.

Semalam Telefon Zul, kawan aku keje masa kat BIM technologies. PCB Design Engineer. Macam aku gak la. Time tu aku keje PCB Design Engineer. Jadi member kamcing aku la. La ni dia baru abes KPLI. Dah kahwin dah dia ni. Umur dia tua setahun dari aku. Dah ada anak dah. Huhu. Adam Aris, bila agaknya aku nak melawat si Adam ni. Ingat Adam, teringat pulak Faris Daniel, ni lagi satu baby comel. Anak kepada Faredi dan Dr. Fatila (Betul ker nama isteri kau ni Fared). Ya Allah, pipi dia montel bangat. Ni pun gua tak jumpa lagi. Yang gua jumpa, anak kepada Mr. Alamsyah, Ahmad Afiq. Tapi tu pun lama dah aku jumpa dia. Tahun lepas. Istimewanya Afiq ni, dia share birthday dengan aku. Hehehe, Afiq jom kite countdown sama-sama.

Bila tengok Fared, Zul dengan Alam dah dengan anak masing-masing. Teringin gak nak kawen. Ade anak. Hahaha. Tapi seru tak sampai lagi la. Hope tak lama lagi la. Aku target 2/10/2010. Ceh, dah siap ade tarikh tu. Kenapa aku pilih tarikh tu? Sebab tarikh tu sama dengan Birthday my mum, sudah semestinya tarikh itu sangat istimewa. Hehe. Adik, aku warning kau, jangan amek tarikh aku. Aku dah book tarikh tu. Rasanya time tu lepas raya kot. For about 2 weeks after raya (Ok la tu).

Semalam Erna call kata baby dia minta kasut baru sempena birthday. Hahahaha. Sian erna. Tak ape la. Dah la kasut dia bukan murah. Minta 2 pasang plak tu. Satu pasang RM360. Haiya. Nanti kalau My Bee minta kasut. Huh. Pening kepalo den. Owh Later I post into Blog what is My Bee actually. Erna give name My Baby, Irwan give name into Blackie and Me, My Bee.

Alamak, lupa plak nak bagitau... My Boo currently merajuk. Sebab dah lama sangat tak ngedate dengan dia. Nanti la K. I promise dengan U ok. I nak bawa My Boo duduk dengan my mum kat kampung. Hahaha. Sian dia kene tinggal kat kampung. Don’t worry, I always sayang you. 4eber and eber. Keh keh keh.



Wednesday, June 25, 2008

Petrol oh Petrol - Mengambil dari email

Kerajaan Tidak Berlaku Jujur Di dalam Soal Subsidi Bahan Bakar.
Kerajaan mendakwa terpaksa membelanjakan hampir RM40 Billion untuk menampung subsidi bahan bakar. Ini adalah sebenarnya satu dusta ataupun, satu cubaan oleh kerajaan untuk mengelirukan rakyat Malaysia.
Hakikatnya adalah,
  1. Kerajaan tidak menanggung satu senpun untuk subsidi bahan bakar.
  2. Subsidi bahan bakar juga tidak termasuk dalam data perbelanjaan kerajaan.
  3. Subsidi bahan bakar sebenarnya tiada.
  4. Yang ada hanyalah wang yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk subsidi tol, subsidi pengangkutan awam, subsidi bahan makanan dan lain-lain subsidi tetapi bukan untuk bahan bakar.
Oleh yang demikian, kenyataan berikut oleh Menteri Kewangan Ke Dua adalah tidak tepat dan bersifat cuba mengelirukan rakyat.Data yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Negara jelas tidak seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan Ke Dua, Menteri-Menteri Kabinet, Abdullah Ahmad Badawi dan juga oleh Khairy Jamaluddin di Persidangan Agung UMNO 2007.

Data Perbendaharaan Negara menunjukkan maklumat berikut,Menurut Laporan Perbendaharaan Negara dalam carta 4.3 Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan 2008, jumlah subsidi yang ditanggung Kerajaan pada tahun 2007 ialah RM12.1 billion iaitu 9.8% daripada RM124 Billion Perbelanjaan Mengurus Kerajaan. Manakala pada tahun 2008, jumlah subsidi yang diramal oleh kerajaan ialah RM10.1 Billion atau 7.9% daripada jumlah RM129 Billion peruntukan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan yang diluluskan dalam belanjawan 2008.Ini jelas menunjukkan bahawa perbelanjaan mengurus subsidi bahan bakar tidak pernah termasuk didalam perbelanjaan kerajaan kerana,
  1. Data perbelanjaan mengurus oleh Perbendaharaan menunjukkan jumlah yang lebih kecil dan tentu sekali tidak dapat menampung jumlah subsidi yang kononnya berjumlah RM40 Billion.
  2. Jumlah subsidi bahan bakar juga tidak termasuk di dalam data-data lain di dalam akaun kerajaan seperti yang tercatat di dalam laporan tahunan Perbendaharaan Negara.
Oleh yang demikian, dari manakah datangnya subsidi tersebut? Subsidi tersebut sebenarnya tidak pernah wujud.

Bahan bakar yang diguna untuk keperluan domestik diperolehi menerusi,

  1. Mekanisme tukaran minyak mentah negara.
  2. 400 tong minyak mentah berkualiti “Tapis Blend” iaitu minyak mentah berkualiti paling tinggi di tukar di pasaran global dengan keperluan minyak mentah dalam negara.
  3. Minyak mentah ini setelah diproses kepada petrol dan diesel di jual kepada rakyat pada harga yang ditentukan oleh kerajaan.
  4. Kerajaan memperolehi “keuntungan” bersih (kerana kerajaan tidak membelanjakan apa-apa) dari cukai yang dibayar oleh Syarikat Petroleum, Stesen-stesen minyak dan lain-lain pembekal.
Benarkah Minyak Mentah Malaysia Hanya Untuk Beberapa Tahun Lagi?

Kebelakangan ini, rakyat diberitahu bahawa sumber petroleum Malaysia akan berakhir dan negara akan menjadi pengimport bersih (net importer) bahan bakar ini. Ini dijadikan alasan oleh kerajaan untuk menaikan harga minyak dan seterusnya menarik “subsidi” bahan bakar bagi menyediakan rakyat dengan harga semasa bila negara mula mengimport minyak untuk kegunaan tempatan.

Bagaimanapun, Laporan Tahunan Petronas 2006 mencatatkan bahawa sumber minyak mentah Malaysia cukup sehingga tahun 2024.
Hassan Marican, Pemangku Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, pula menjelaskan kepada media bahawa pada tahun 2011 Malaysia akan menjadi net importer Petroleum kerana permintaan dalam negara akan melebihi keluaran minyak mentah negara. Ini bererti permintaan dalam negara akan melebihi 700 ribu tong sehari. Tetapi pada tahun 2011 dan seterusnya, negara akan masih mampu mengeluarkan 700 ribu tong minyak mentah sehari, itu tidak dinafikan oleh beliau.

Berdasarkan Laporan Tahunan Petronas semenjak 1980 melaporkan bahawa simpanan minyak mentah Malaysia semakin bertambah dan bukannya berkurang. Dalam tahun 1980. Dilaporkan bahawa simpanan minyak mentah Malaysia adalah sebanyak 3 billion tong, namun semenjak itu kita telah mengeluarkan lebih 4 billion tong dan hari ini kita hasih mengeluarkan sebanyak 650 ke 700 ribu tong sehari setiap hari selama 365 hari dan pada kadar ini boleh bertahan untuk 20 tahun lagi.

Sebenarnya, simpanan minyak mentah negara semakin bertambah dan bukannya berkurang. Pada tahun 2008, simpanan minyak mentah negara ialah 4 billion tong dan Malaysia berada di tempat ke 28 di dalam pemilik simpanan minyak terbesar dunia.
Minyak mentah Malaysia sebenarnya tidak akan kering dengan begitu cepat. Ini kerana Petronas, sebuah firma petroleum yang dimiliki oleh rakyat Malaysia melabur ratusan juta ringgit setiap tahun bagi mencari telaga minyak baru di seluruh dunia.

Menerusi pelaburan itu terhasilnya penemuan-penemuan baru dan menurut laporan yang sama, nisbah penggantian pada waktu ini ialah 1:1.8 liter.

Ini bererti, bagi setiap satu liter yang digunakan oleh Petronas menemui 1.8 liter sumber baharu. Ini bermakna kadar penggantian adalah lebih besar dari kadar penggunaan.
Penurunan Harga Minyak Tidak Mustahil
Bagi mengoptimunkan perolehan kerajaan menerusi minyak mentah kerajaan sebenarnya tidak perlu menaikan harga minyak. Bahkan kerajaan boleh mengoptimunkan perolehannya dengan menurunkan harga minyak pada waktu yang sama.

Pengurangan Penggunaan Petrol dan Diesel
Harga petrol Malaysia adalah yang tertinggi di kalangan negara-negara pengeluar minyak. Berdasarkan jumlah penduduk 26 juta orang dan kadar pengeluaran minyak mentah sebanyak 650 ke 700 ribu tong sehari, Malaysia mempunyai nisbah pengeluaran yang amat tinggi tetapi ianya tidak dinikmati oleh rakyatnya yang jauh lebih rendah dari negara-negara pengeluar lain.

Harga bahan bakar petrol dan diesel ini perlu diturunkan dan sememangnya mampu diturunkan. Antara proses-proses yang perlu diambil untuk menurunkannya adalah seperti berikut.

Peralihan daripada penggunaan Petrol dan Diesel kepada gas asli untuk kenderaan atau NGV perlu dilakukan kerana faktor-faktor berikut,
  1. Malaysia adalah negara ke 13 di dunia mempunyai simpanan gas asli terbesar. Pada tahun 2004, Dato’ Mustapha Mohamed mengumumkan simpanan gas asli Malaysia adalah sebanyak 89 trillion kaki padu.
  2. Walaupun kerajaan menggalakan penggunaan NGV kerana ia lebih bersih dan mesra alam tetapi kerajaan tidak mewajibkan setiap stesen minyak menyediakan kemudahan ini. Akibatnya stesen NGV amat terhad dan tertumpu di sekitar Lembah Klang sahaja.
  3. Penggunaan NGV secara meluas oleh pemilik kenderaan akan mengakibatkan permintaan terhadap petrol dan diesel berkurangan.
  4. Kesannya negara boleh menjual lebih minyak mentah dan ini akan membawa lebih banyak pulangan.
  5. Menerusi pendapatan lebihan ini, harga petrol dan diesel dapat dikurangkan lagi.
National Petroleum Advisory Council
Penubuhan semula National Petroleum Advisory Council (NPAC) bagi mengumpulkan pakar-pakar bagi merancang guna sumber tenaga negara dan mementuk polisi-polisi tenaga Negara yang berkesan. NPAC ditubuhkan bersama dengan penubuhan Petronas tetapi ianya sudah tidak wujud lagi pada hari ini.
Petronas sering mencatat keuntungan besar dari setahun ke setahun. Dan sebagai sebuah syarikat yang menjaga khazanah milik rakyat Malaysia, struktur organisasi Petronas perlu bermatlamat menjaga kepentingan rakyat.

Oleh itu NPAC perlu dihidupkan semula dengan melantik tokoh-tokoh berwibawa dan bukan semata-mata ‘perlantikan politik’. Dengan erti kata lain, menghidupkan semula NPAC tidak bermakna jika sekadar mahu melantik tokoh-tokoh UMNO yang telah ‘expire’ seperti contohnya dengan melantik Abdul Rahim Thamby Chik atau Zainuddin Maidin.

Check And Balance Di Dalam Petronas
Pada hari ini, Tan Sri Dato’ Mohd. Hassan Merican memegang ketiga-tiga jawatan tertinggi Petronas iaitu Sebagai Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas. Sebelum ini dua jawatan ini disandang oleh individu berlainan.
Tanpa mahu mempertikaikan pencapaian dan kejayaan yang dibawa oleh Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Hassan Marican sejak diteraju Petronas, namun dengan memegang ketiga-tiga jawatan ini, Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Hassan Marican menjadi begitu kuat sehingga menyukarkan check and balance di dalam Petronas seterusnya mengakibatkan tiada ketelusan di dalam pengurusan Petronas.

Kesimpulan
Rakyat Malaysia seharusnya menikmati kemakmuran daripada kenaikan harga minyak dipasaran dunia. Sebagai pengeksport bersih minyak mentah, kenaikan harga minyak beerti pulangan tambahan kepada negara.

Malang sekali, bukan sahaja tidak dapat menikmati kemakmuran daripada sumber hasil negara ini, rakyat Malaysia dibebankan pula oleh kenaikan harga minyak yang seterusnya memberi kesan berantai terhadap harga barang-barang keperluan.

Berdasarkan hujah-hujah dan data-data yang telah diketengahkan, terbukti bahawa tindakan kerajaan untuk menaikan harga minyak adalah tidak berasas.

Ini membuktikan kelemahan di dalam pengurusan oleh kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Rakyat Malaysia seharusnya menuntut hak mengecapi kemakmuran sebagai negara pengeluar minyak dan menyeru kerajaan menurunkan semula harga minyak. Jika ini tidak dilakukan, ekonomi negara akan merudum dan rakyat bukan sahaja akan menderita akibatnya tetapi terpaksa pula berdepan dengan pelbagai masalah sosial yang berpunca darinya.

Siapakah Yang Untung Dengan Kenaikan Harga Minyak Global
Jawapannya tentu sekali negara-negara pengeluar minyak, termasuklah Malaysia.
  1. Malaysia sebagai negara ‘net exporter’ minyak mentah menerima habuan besar daripada kenaikan harga minyak dunia. Data-data yang dikeluarkan oleh Kerajaan menerusi Bank negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara serta data-data dari Petronas sendiri menunjukkan semenjak dunia di landa krisis harga minyak mentah yang melambung, Malaysia menikmati pulangan yang semakin tinggi.
  2. Malaysia mengeluarkan 650 ke 700 ribu tong minyak mentah sehari (Bergantung kepada keluaran semasa).
  3. Malaysia menggunakan lebih kurang 400 ribu tong minyak mentah sehari.
  4. Ini bermakna Malaysia mengeksport bersih lebih 250 ribu tong sehari.
  5. Bagaimanapun minyak mentah keluaran Malaysia diklasifikasikan sebagai “Tapis Blend”, yang didefinisikan oleh Exxonmobil sebagai “Tapis Blend is a high quality, extra light, low sulfur crude. It has high quality clean products and conversion feed.” Iaitu minyak mentah berkualiti tinggi dan disebut oleh Hassan Merican sebagai Sweet and Light.
  6. Tapis Blend tidak digunakan dipasaran tempatan sebaliknya di eksport untuk pasaran luar negara pada harga yang mencecah 30% lebih tinggi dari harga minyak mentah yang digunakan didalam negara.
Mekanisme Penjualan Minyak Mentah Malaysia
Sebelum 2004, minyak mentah Malaysia di jual pada kadar USD30.00 satu tong. Hari ini harga pasaran bagi minyak mentah global berkisar di paras lebih USD130.00 satu tong. Ini beerti pendapatan negara menerusi segala bentuk cukai juga meningkat.

Telaga minyak di Malaysia dikendalikan oleh Petronas dan beberapa syarikat pengeluar minyak antarabangsa. Syarikat pengeluar ini mendapat keuntungan amat besar pada harga pasaran hari ini.

Tun Dr. Mahathir Mohamed, selaku Penasihat Petronas menulis di blognya, “Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran (Oleh Petronas semenjak 3 tahun lalu) oleh itu lebihan USD100.00 satu tong boleh di anggap untung bersih.”

Oleh yang demikian, memandangkan Malaysia memiliki lebihan sekurang-kurangnya 250 ribu tong sehari setelah ditolak penggunaan tempatan maka bagi setiap 1 tong itu pengeluar mendapat untuk bersih tidak kurang USD100.00.

250 tong x USD100 x 365 hari = Untung Bersih

Ini bererti pengeluar mendapat keuntungan berlipat ganda dan mereka terpaksa membayar cukai yang lebih tinggi kepada kerajaan.

Kesannya, kerajaan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi menerusi cukai langsung, cukai tidak langsung, dividen dan royalti dari hasil petroleum dan gas, berbanding 3 tahun yang lalu.

Data Perbedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini adalah disebabkan kenaikan hasil yang diperolehi kerajaan menerusi
  1. Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 20.7 B dalam tahun 2006.
  2. Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 2.3 B pada tahun 2006.
  3. Hasil Bukan Cukai – Dividen Petronas daripada RM9.1 B dalam tahun kewangan 2004 yang melonjak 100% kepada RM18.0 B pada tahun berakhir 2006.
  4. Hasil Bukan Cukai – Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun 2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006.
Benarkah Subsidi Petroleum Membebankan Negara
Kerajaan mendakwa bahawa kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi petrol dan diesel yang tinggi.

Sebaliknya, data-data dari sumber rasmi kerajaan membuktikan sebaliknya. Data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan pada tahun 2004, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM5.8 B untuk segala subsidi iaitu termasuk subsidi bahan bakar (Petrol, Diesel dan lain-lain), subsidi bahan makanan dan lain-lain.

Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi bagaimanapun meningkat hampir 3 kali ganda kepada RM13.4 B tetapi perbelanjaan untuk subsidi bagaimanapun menurun semula pada tahun 2006 kepada hanya RM10.1 B.Walaupun kenaikan pendapatan hasil kerajaan dari sumber Petroleum meningkat dengan mendadak yang membuktikan hasil kerajaan turut meningkat setiap kali harga minyak mentah dunia meningkat, tetapi subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak meningkat pada peratusan yang sama.

Ini membuktikan bahawa kerajaan masih mengalami perolehan lebihan jika ia mengekalkan harga Petrol dan Diesel pada harga yang lama.

Pada tahun 2004, kerajaan membelanjakan sebanyak 6.3% dari Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan untuk subsidi (termasuk segala bentuk subsidi) dan mencatat peningkatan kepada 13.7% pada tahun 2005 tetapi menurun semula kepada 9.4% pada tahun 2006. Subsidi yang dibelanjakan oleh kerajaan hanya mencatat peningkatan pada 0.4% dalam tahun 2007 walaupun kerajaan tidak menaikan harga bahan bakar sepanjang tahun itu.

Oleh yang demikian sebenarnya jelas bahawa subsidi bahan bakar petrol dan diesel sebenarnya tidak membebankan negara.

Mengapa Subsidi Petrol dan Diesel tidak membebankan Negara
Seperti yang dijelaskan, Malaysia mengeluarkan 650 ke 700 tibu tong minyak mentah sehari. Kegunaan dalam negara pula hanyalah 400 ribu tong sehari. Negara mengalami lebihan 250 ke 300 ribu tong sehari untuk dieksport ke luar negara.Memandangkan kegunaan minyak mentah dalam negara tidak memerlukan minyak mentah berkualiti tinggi, maka 400 ribu tong minyak mentah yang dikhaskan untuk kegunaan dalam negara di tukar di pasaran dengan 400 ribu tong minyak minyak berkualiti rendah. Pertukaran ini juga menguntungkan negara kerana minyak mentah negara dari kelas Tapis Blend yang harga lebih tinggi dari minyak mentah yang diperlukan oleh negara. Ini bermakna negara samada mendapat lebih minyak atau mendapat pulangan kewangan bersama minyak yang ditukar itu.Ini bererti, sebarang kenaikan harga minyak mentah dalam pasaran global langsung tidak menjejaskan negara.

Oleh yang demikian tiada sebab mengapa kerajaan perlu menaikan harga petrol dan diesel dengan memberi alasan mengurangkan subsidi terhadap bahan bakar tersebut!

P/s: Saya percaya yang kita menikmati kemakmuran dari emas hitam yang kita miliki. Berdasarkan harga emas hitam semasa di pasaran, kerajaan sepatutnya menikmati kemasyhuran dan kekayaan atas hasil bumi yang kita miliki. Sayangnya kita sebagai rakyat tidak dapat menikmati kemakmuran hasil bumi, malah dibebankan dengan keadaan yang sungguh tidak dijangka. Inflasi meningkat di kala masyarakat Malaysia masih ditakuk berpendapatan sederhana. Ada yang masih belum mampu memiliki apa-apa walaupun berpendapatan RM2000 sebulan. Fikir-fikirkan...