Saturday, December 20, 2008

Gambar ukuran passport

Hari ni aku mengambil kesempatan untuk mengambil gambar ukuran passport. Memandangkan gambar passport dalam bentuk digital semua berada dalam komputer lama dan komputer tu dah pun corrupted (belum berkesempatan nak betulkan). Jadi aku mengambil keputusan untuk mengambil gambar yang baru.

Sebenarnye aku ambil gambar ni sebab nak kene isi application form untuk menjadi pembantu penyelidik kat sini ni la kan. Yerlah. Nak independent. Dah besar takkan nak minta mak ayah lagi. Aiyak, tak sesuai. Maintenance aku ni agak tinggi la every month. So nak tanak, kene la keje. Tapi related dengan ape yang aku buat la sekarang ni.

Inilah gambar yang aku ambil tadi

Ni la gambar yang boleh dikatakan terbaru. Dengan rambut yang semakin sikit. Haha, hari tu Nuar ade tanye "El memang takde rambut ye?". So dengan bangganya aku menjawab, "ada je rambut, tapi selalu je cukur". Hahah mungkin sebab setiap kali gathering sayapian, kepala aku ni tak pernah berambut. Ni pun bakal mencukur lagi. Maybe 2@3 hari lagi la kot mencukurnya.

Pojie mesti cakap "Amboi, sakan bergambar dengan uniform kotak-kotak". Hahaha Pojie, tak mampu nak beli baju lain. Setakat ni pakai ape yang ada je. Keh keh keh. Boleh macam tu. Mat rempit katanya kan.

So ape nak komen kat gambar aku tu. Muka flawless kan. Keh keh keh, edit tu. Padahal muka aku banyak je jerawat. Ni pun baru nak ok sikit dari jerawat. Nanti ada masa free aku cite la pasal jerawat aku plak. Hahaha

Rambut tu memang dah makin sikit. Takyah la nak tegur. Aku terima je seadanya. Dah ada orang sayang kan. Tak kisah la cacat sikit. Tapi tetap sempurna di mata dia. Hehehe. Anyway tengah gigih gak melebatkan rambut. Yang tu pun teringin nak share dengan readers.

Ok, aku cau dulu. Nak merempit. Tapi jangan sampai tersepit. Tak pun jangan sampai kene kepit. Nyesal nanti. Hahaha

3 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

el guna minyak kelapa dara. sekian. kikiki :)

Khai a.k.a Inche' Dean said...

minyak lintah pon leh.. hihi..
[matilaa kene banned ngn el]...

Unknown said...

adoilah si nuar & khai,
saja jerkan kenakan awk,
hehehhehehehehe:)

tapi masih cute kan:)