Sebelum memulakan kelas, Cikgu Ismail mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM50 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 25 orang pelajarnya.
"Siapa nak duit ni?" tanya Cikgu Ismail..
Semua pelajar mengangkat tangan.
"Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Cikgu Ismail meramas-ramas duit itu hingga renyuk.
Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?"
Hampir semua pelajarnya mengangkat tangan. Cikgu Ismail mengangguk dan mencebikkan bibir.
"Okey apa kata kalau saya buat macam ni?"
Duit RM50 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..
Cikgu Ismail memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.
"Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Cikgu Ismail.
Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada pelajarnya masih mengangkat tangan.
"Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?" tanya Cikgu Ismail lagi.
Pelajarnya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Cikgu Ismail.
"Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut."
"RM50 tetap RM50 walaupun 10 kali dipijak." kata Cikgu Ismail. Semua pelajar yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.
Cikgu Ismail mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup,setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.
"Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi."
"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?"jelas Cikgu Ismail.
Semua pelajar ternganga mendengar penerangan guru itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata guru itu...

No comments:
Post a Comment