Monday, December 15, 2008

Lelaki Buta dan Sudu

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Abu, pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu. "Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.

Abu mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang"... ... ... ... Dengan agak terperanjat Abu mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya. Abu memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata, "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan."

"Dasat juga mat ni"Bisik Abu dalam hati. Abu mengiyakan sambil merenung lubang hidung sibuta. Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya dating semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Abu muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Leha, kamu usapkan sudu ini di ketiak kamu".

"Apa-apa lah abang ni ?" tanya Leha tak faham. "Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Abu setengah memaksa. Leha, tanpa confident, mengusapkan sudu tersebut di 'ketiak!nya' dan menyerahkan kembali kepada Abu. Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta itupun menghidu sudu itu, dengan mengernyitkan keningnya, lelaki buta tersebut berkata, "Sungguh ku tak sangka menyangka makwe lamaku Leha bekerja disini... ... boleh aku jumpa dia kejab tak?" Boleh la! boleh la! boleh la!

Morale of the story. Selain dari cap jari, bau ketiak juga boleh dibuat pengenalan diri.

2 comments:

Duke Luce Dell'amore said...

hakhakhak...xsnonoh!

Kal-El said...

nice story...
=D