Saturday, December 20, 2008

Wish list 2009

2008

Wish list aku cuma 2 je tercapai. Aku nak memiliki 1st car. Which semua orang dah tau kete aku ape and dah eksiden 2 kali dah pun. Hahaha, baru 11 bulan pakai dah eksiden dua kali. Hamek kau. Macam mana la aku ni bawak kete agaknye. Ganas sangat la kot. (Teringat 10 saat masa aku bawak kete 170km/j kat plus highway masa nak ke utara bulan 8 hari tu)

Pastu aku teringin bangat nak sambung study akhirnya dah abes satu sem pun kat sini. Syukur sangat aku sambung study. Kalau idak memang aku takde keje la kat opis. Silap-silap hari bulan kene buang keje macam member aku yang lain tu. Takut pakcik.

2009

Apa yang aku nak tahun 2009.

Aku nak sangat beli rumah la. Lokasi dia di mana? Kalau bleh biarlah berdekatan dengan Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Bangi, Serdang dan yang sama waktu dengannya la. Bentuk rumah pula. Tak kisah la. 1st rumah kan. Rumah teres biasa pun boleh la.

Aku nak sangat kahwin la kan. Umur pun dah meningkat. Tapi nak buat camne. Student, nak bagi anak isteri makan ape nanti kalau dah kawen. Haiya. Tak sesuai tau. So kalau tetiba dapat duit yang banyak dan dimurahkan rezeki, kawen je la. Tak susah kan.

Aku nak sangat ada anak tahun depan. Yer la. Dah teringin nak kawen takkan tanak anak kot. Hurm, laki ke pompuan aku tak kisah. Aku harap sangat yang anak aku nanti jadi anak yang soleh dan solehah. Itu je harapan aku dan aku akan pastikan yang aku akan berikan didikan yang terbaik untuk dia.

Dah kawen and ada anak, aku nak la kereta yang besar sikit. Aku kan anak banyak-banyak. Kalau bleh aku nak anak 8 . Weahoo. Banyak sungguh anak aku nak kan. So aku takde la nak beli kete sedan biasa atau mini car. Tak sesuai. Aku dah ade sedan. So aku nak kumpul duit la. Kalau mampu aku nak sangat ade Toyota Wish. Hurm, kenapa tak Toyota caldina. Caldina pada aku lebih sporty manakala Wish lebih elegence. Pastu MPV dah on planning la kan. SUV la plak. SUV aku nak kumpul duit beli Lexus RX350 (Cantik bangat). Aku ni sangat la berangannye nak beli bende2 mahal. Padahal takde duit pun nak beli semua tu.

Tu antara yang terlintas di kepala otak aku ni la kan. Tapi dalam keadaan aku yang begini, tunggu tuah je la kot.

4 comments:

you are now in my zone said...

gud luck el! :)

rizz said...

part anak tu yg xthn kemen nk 8.muahaha

cik wanie said...

wah wah wah ,
kalau fikir pasal kawin ok gak,
paling best dah fikir nak anak dah tue,
chayok chayok:)

hani said...

tudiaaaaa...good luck!..:)