Monday, December 15, 2008

Multilevel Marketing

Baru-baru ni aku diberitahu seorang teman rapat yang satu syarikat Multilevel Marketing (MLM) akan diserbu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam jangkamasa terdekat. Puncanya, ada pengguna yang terasa tertipu la kot. Yang tu aku tak pasti la punca sebenarnya. Dalam pemerhatian katanya. Sumber ini boleh dipercayai.

Baru ni tadi. Lebih kurang jam 9.00 malam. Seorang bekas rakan sekerja semasa di Texas dulu dok promote la kat aku ni pasal MLM gak. Punye la dia gigih terangkan kat aku. Aku just jawab ok je. Dia tanye aku berminat tak. Aku cakap "tak minat".

Kenapa aku tak minat dengan bende2 macam ni? Adakah aku tak percaya dengan plan 'buat duit' mereka tu yang boleh kelabu mata 7 saat bila tengok. Sebenarnya aku percaya memang boleh buat duit and kaya-raya. Tapi aku tak berminat.

Kenapa pula aku tak berminat? Senang je, sebab saya suka hidup secara normal. Menjadi seorang normal. Tak perlu nak menjadi kaya-raya. Sebab kat dunia ni pun pinjaman je. Teringat bila sorang mamat tu cakap "Duit bukan segalanya, tapi segalanya perlukan duit". Aku balas balik "Betul tu, mati pun guna duit. Buat beli kain kapan". Hamek kau setepek kat muka.

Peluang tak datang banyak kali dalam hidup. Tapi pada aku peluang-peluang yang macam ni aku tak minat la. Aku suka hidup aku sekarang. Seronok ape hidup macam sekarang ni. Memang la susah sikit. Tapi aku suka, bermula dari bawah.

Tadi member aku ni bawa la upline dia. Bawak BMW. Sombong nak mampus. Pastu kedek. Ape la. Dah kaya tapi makan pun aku bayar sendiri. Kata prospecting. Tapi hampeh. Ni la satu yang aku tak suka. Dah kaya tapi kedek. Aku ingat la sorang member aku cakap kat aku "When I'm rich one day, all my friends will come to me. They just want to sit on my money." and for your info kawan aku ni memang dah kaya-raya. Tapi kawan-kawan dia takde plak datang kat dia minta sedekah kat dia. Semua lari. Aku bukan la nak gelak. Sebab aku kenal kawan aku ni dah lama. Dia ni pun kedek gak. Wakaka sebab tu takde orang nak duduk kat duit dia. Silap-silap duit kita yang dia duduk. Kedek katanya

Aku suka dengar plan diorang. Tapi aku hanya akan cakap "Ok", at the end of the conversation aku akan cakap "Tak minat" and aku akan bangun, shake hand dan blah dari table tu.

Terima kasih kepada mereka-mereka yang berusaha gigih. Hahaha, cuba lagi tahun depan. Mana la tau, kali ni aku boleh duduk kat duit korang. Walaupun tak hengen aku. Sebab aku pun ade duit aku sendiri. Walaupun sikit, tak ape la. Halal sahaja tidak mencukupi. Yang penting barakah. Itu yang kita cari sebenarnya. Betul tak?

Cari duit banyak mana pun tak akan cukup. Even tauke gula pun siap suruh kerajaan naikkan harga gula. Padahal dah jadi orang terkaya kat Malaysia tu. LDP pun tanak turunkan kadar toll dia walaupun tahun lepas untung 1.6 billion. Tapi kalau barakah, berapa yang kite dapat tu akan cukup. Dan saya pula, hanya mencari keberkatan itu. Susah nak dapat. Tapi akan berusaha sebaik mungkin.

Nota kaki: 'Kedek' tu 'kedekut'.

3 comments:

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

sgguh bermakna!
suke2..klu karangan ni pendek skit,mesti agi best!simple & padat!

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

kedek tuh haper?

Pojiepooh Abdullah said...

alhmdulillah..
xguna kayo tp kedek (guna gak pkataan tuh yer..)